Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Jessica Chew berkata usaha ini merupakan susulan fasa pertama liberalisasi tarif motor dan kebakaran yang telah diperkenalkan pada 1 Julai tahun lepas. Dalam proses liberisasi ini, para penginsurans dan pengendali Takaful diberi fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu dan perlindungan tambahan kenderaan yang tidak disenaraikan dalam tarif ketika itu.
Berkuatkuasa 1 Julai ini jumlah premium yang perlu dibayar akan mengambilkira bukan hanya nilai kenderaan dan kapasiti enjin, tetapi juga akan mengambil kira banyak faktor risiko lain seperti umur kenderaan dan juga umur pemandu serta ciri ciri keselamatan kenderaan, lokasi geografi malahan juga kesalahan lalulintas yang pernah dilakukan pemandu. Kesemua ini akan menentukan profil risiko pemegang polisi bagi menentukan jumlah premium.
Dalam ertikata lain, semakin tinggi risiko kemalangan anda, semakin banyaklah yang perlu dibayar untuk premium insurans. Tidak dinafikan bahawa amalan ini mampu memupuk tabiat pemanduan selamat dan rangkaian produk yang lebih pelbagai berikutan persaingan yang dijangka sengit di kalangan penanggung insurans.
Impak akhir mungkin hanya akan dapat dilihat setelah pengenalannya kelak, namun begitu mungkin boleh dijangkakan bahawa golongan yang paling terkesan adalah mereka yang memiliki kenderaan yang lebih berusia atau yang tidak memiliki ciri ciri keselamatan pasif seperti penggera kecurian, sistem brek abs and juga kawalan cengkaman ecs contohnya. Mungkin juga premium akan meningkat lebih tinggi lagi bagi pengumpul kenderaan klasik dan vintaj, yang akan perlu membayar harga perlindungan insurans yang tinggi walaupun kenderaan mereka amat jarang berada di atas jalanraya atas dasar pemeliharaan demi mengelakkan ia nya haus dan rosak. Mungkin kategori ini perlu diperhalusi dan ditawarkan pakej khusus demi kepentingan awam.
Apapun diharapkan perlaksanaan liberisasi ini akan diteliti sehalus halusnya oleh penanggung insurans dan pengendali takaful begi menjaga kepentingan umum tanpa melihat hanya pada margin keuntungan sahaja.
Isu ini bukan baharu malah pernah diketengahkan pada 2 Mei lepas lagi, di portal lain namun telah dipadamkan, dikatakan atas sebab sebab yang tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment