Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan menawarkan secara bidaan dalam talian melalui Sistem JPJeBid kepada orang awam.NPI Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State”bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis. Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”.NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada :Tarikh buka : 11 April 2025 (Jumaat)Tarikh tutup : 15 April 2025 (Selasa) - 10.00 malamTarikh keputusan: 16 April 2025 (Rabu) dalam tempoh 24 jamKaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid. Harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minima yang telah ditetapkan seperti ketetapan berikut:
Harga Bidaan Minima Bermula:
Nombor Utama RM 20,000.00
Nombor Premium RM 5,000.00
Nombor Menarik RM 2,500.00
Nombor Popular RM 500.00
Nombor Semasa RM 300.00
Orang awam dialu-alukan untuk menyertai bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025” melalui Sistem JPJeBid sebagai medium dan saluran untuk mendapatkan pilihan nombor pendaftaran kenderaan siri VIPS.Selamat Menyambut Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.