
Kegemaran kepada motosikal jenis skuter memang telah lama tersemat di hati penunggang Malaysia. Sebut saja jenama Vespa, Piaggiodan Lambretta, mungkin ramai yang membayangkan zaman agogo dan pop yeh-yeh, di mana sewaktu itu kegunaan skuter adalah amat meluas sebagai kaedah pengangkutan yang mudah dan ekonomi.
Ritz Motor selaku pengedar Piaggio dan Gilera di Malaysia juga membawa masuk jenama Kymco, dan salah sebuah model Kymco yang di bawa masuk ialah skuter Bet and Win 150cc.

Tunggangan dirasakan selesa dengan penggunaan dua penyerap hentak teleskopik belakang dan juga fork teleskopik hadapan. Kedudukan suis kawalan mudah dicapai dan kawalan sewaktu mengambil selekoh juga dirasakan menyakinkan dengan tapak

selesa bagi penunggang juga pembonceng.
Mudah dikendalikan, ia sesuai untuk pelbagai perjalanan dekat mahupun jauh oleh kedua dua penunggang lelaki atau perempuan. Atau mungkin ianya sesuai untuk membawa yang tersayang pergi bersantai ke mana saja asal masa dan kelapangan mengizinkan. Jarak tidak menjadi halangan dengan sistem sejukan cecairnya yang mampu menangani kehendak kawalan suhu enjin yang optima.
Skuter ini ditawarkan oleh Ritz Motor melalui pengedarnya di seluruh Malaysia dengan harga atas jalan sebanyak RM6,435 (tanpa insurans).
No comments:
Post a Comment