
Keseronokan sebuah motosikal serbaguna mungkin dapat dirasai dengan satu lagi model motosikal dari Mofaz Motosikal iaitu Momos Panthera CX 135. Jentera ini juga merupakan jentera seakan enduro yang menggunakan enjin satu selinder SOHC empat lejang sejukan udara dengan penyejuk minyak bersesaran 133.1 cc dengan nisbah mampatan 9.2:1, dilengkapi sistem nyalaan elektronik dan juga penghidup elektrik. Hantaran kuasa ke rantai pemacu disalurkan melalui kekotak gear empat kelajuan untuk mencapai kelajuan yang mencukupi untuk memotong kenderaan lain dengan agak cepat. Brek cakera hadapan nya yang digabungkan penggunaannya dengan brek gelendung belakang menjanjikan kuasa pemberhentian yang cukup selesa dan selamat.
Berat 116kg nya cukup selesa untuk kendalian mudah jentera ini, dan ia dilengkapi penyeraphentak belakang PDK dengan tangki simpanan (reservoir) yang mampu menangani ketidakseragaman jalanraya ataupun lopak kecil.

Paparan meter agak jelas dengan grafik terang dan merangkumi tolok bahanapi disamping maklumat kelajuan dan lampu isyarat yang lain. Seperti jentera enduro lain, posisi duduk agak selesa untuk kawalan jentera yang baik, dan ianya tidak meletihkan jika terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya di tengah bandar atau kota.

5 comments:
Kalau body dia patah ada jual tak
Boleh masok enjin apa..klu enjin lama da kong...da sapa tahu dak
Pm..
Kedai yg jual motor ni kat mana. Syaa duduk kat kajang Selangor
Boleh bawak kebun and offroad..kws luar bandar pendalaman sgt sesuai...
Post a Comment