BMW R1200GS
Bayangkan kalau kita tidak perlu terikat kepada jalanraya sedia ada, dan bagai mampu untuk "membuat" jalan sendiri, menghalakan saja tunggangan kita ke mana yang kita mahu dengan mudah, penuh kuasa, gaya dan selamat. Barangkali ini yang hampir menggambarkan jentera BMW R1200GS, dan mungkin ianya faktor penyumbang yang menjadikannya model GS sebagai motosikal BMW paling popular setakat ini, dengan lebih 100,000 unit terjual di seluruh dunia setakat ini sejak pengenalan R80GS lebih suku abad dahulu.
Model baru R1200GS ini banyak menggunakan teknologi dan bahan binaan moden, yang berjaya mengurangkan berat keseluruhannya sebanyak 66paun berbanding model terdahulu, seperti lengan ayun Paralever belakang berekabentuk baru, yang digabungkan dengan Telelever hadapan yang memberikan kawalan roda hadapan yang lebih tepat dan jitu.
Sebagai jentera enduro paling berkuasa yang pernah dikeluarkan setakat ini, enjin over-square boxer dwi-selinder SOHC lapan injap, sejukan udara dengan nisbah mampatan 12:1 dengan sistem suntikan bahanapi mampu menjana 105 kuasa kuda untuk memacu jentera 229kg ini melalui kesemua enam gearnya dengan julat kuasa yang sekata, untuk mencapai kelajuan melebihi dua kali ganda hadlaju lebuhraya Malaysia, malah termasuk dalam kategori "habis meter" sebenarnya. Keyakinan penunggang ditambah lagi dengan penggunaan brek dwi-cakera depan dan mono-cakera belakang yang dilengkapi sistem ABS terkini untuk kuasa pemberhentian yang terkawal dan meyakinkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment