Suzuki Shogun 125RR & SP
Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan model Suzuki Shogun 125RR & SP serba baru. Diposisikan sebagai “Motosikal Underbone Dengan Penampilan Sporty & Prestasi Unggul”, Suzuki Shogun 125RR & SP merupakan inovasi Suzuki dalam bidang kejuruteraan bagi memenuhi kehendak penunggang yang inginkan sebuah motosikal underbone yang lebih sporty, anggun dan berkuasa yang dapat mengatasi saingan dalam segmen 125cc.
Suzuki Shogun 125RR adalah versi otomatik sementara Suzuki Shogun 125SP dilengkapi klac tangan.
Fungsi Sistem Kunci Pusat & Penutup Kunci
Kunci pencucuhan dilengkapi penutup untuk mengelakkan kecurian. Penutup ini cukup senang dikendalikan dengan menggunakan magnet yang disediakan pada hujung kunci tersebut. Dengan fungsi sistem kunci pusat kedua-dua stereng dan tempat duduk boleh dibuka dengan kunci utama.
Brek Cakera Depan & Belakang
Dua brek cakera memastikan bahawa prestasi daya brek dapat menampung peningkatan daya pecutan dan kelajuan maksima Suzuki Shogun 125 RR & SP.
Lampu Kombinasi Belakang Dengan
6 LED Untuk Lampu Brek
Penampilan lampu belakang lebih kompak dan sporty hasil dari lampu brek 6-LED menambah karakter sporty. Lampu brek LED ini juga lebih terang dan selamat serta jimat elektrik.
Ruang Simpanan
Ruang simpanan barang bawah tempat duduk sebesar 7 liter untuk menyimpan barangan peribadi dengan selamat.
Lampu Depan Multi-Reflektor
Lampu depan multi-reflektor dua rangkap dengan pancaran yang lebih luas dan terang untuk penunggangan yang selamat, siang ataupun malam.
Inovasi Tambahan Pada Badan:
Panel meter dengan penampilan yang moden dan lebih mewah; ‘Balancer’ stereng disadur krom bergaya lsporty.
ENJIN ‘Re-Engineered’
Enjin serba baru dengan pelbagai ciri inovatif dan kehalusan rekacipta menjadikan Suzuki Shogun 125RR & SP lebih berkuasa malah juga lebih berekonomi. Ia juga memberi prestasi yang lancer dan meningkatkan keselesaan menunggang.
Penambahan ‘Balancer’ Enjin
‘Balancer single-shaft’ utama menghilangkan getaran enjin untuk penunggangan yang sungguh selesa.
Suis Posisi ‘Throttle’ & Nisbah Gear Baru
Selain dari meningkatkan prestasi enjin seperti pecutan lebih cepat dan kelajuan maksimum lebih tinggi, suis posisi ‘throttle’ juga mengurangkan penggunaan petrol. Nisbah gear yang lebih tinggi pula membolehkan Suzuki Shogun 125RR & SP mencapai kelajuan yang sama pada putaran enjin yang lebih rendah. Misalnya, Suzuki Shogun 125RR & SP serba baru mampu mencapai kelajuan 100km/j pada 8,300rpm dibandingkan 8,600rpm untuk model sebelumnya.
Modifikasi Ruang Pembakaran
Modifikasi ruang pembakaran kepala silinder baru yang menyempitkan sudut injap dan juga membesarkan pembukaan injap meningkatkan kecekapan pembakaran pada Suzuki Shogun 125RR & SP dengan meninggikan nisbah mampatan dari 9.5:1 kepada 9.6:1.
Ekzos Yoshimura – Aksesori Opsyenal
Untuk memenuhi kehendak penunggang yang inginkan prestasi yang lebih baik serta bunyi perendam lebih sporty, ekzos Yoshimura yang direka khas disediakan sebagai aksesori opsyenal. Ekzos Yoshimura yang canggih ini tidak panas disentuh walaupun selepas penunggangan jarak jauh.
Inovasi Tambahan Pada Enjin
Peningkatan kecekapan “intake” untuk meningkatkan penghantaran kuasa pada kelajuan rendah dan sederhana; Penggunaan teknologi PAIR (Pulsed-secondary AIR-Injection) Suzuki untuk mengurangkan emisi ekzos dan penambahbaikan system transmisi untuk penukaran gear yang sungguh lancar.
Suzuki Shogun 125RR & SP juga ada variasi 6 warna dengan pilihan warna New Titan Black dan kombinasi warna dwi-ton Autumn Red/New Titan Black, Brilliant White/New Titan Black & Marine Blue/New Titan Black untuk Suzuki Shogun 125RR serta Dark Grey/New Titan Black & Marine Blue/New Titan Black untuk Suzuki Shogun 125SP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment