Lima bulan selepas perlumbaan akhir 2008 FIM MotoGP World Championship, edisi 2009 bermula pada 12 April dengan Grand Prix Commercialbank Qatar. Perlumbaan pertama 17 pusingan bagi menentukan siapa akan dimahkotakan raja kelas perdana itu mengambil tempat di Losail International Circuit untuk kali yang ketiga.
Satu-satunya perlumbaan malam pada kalendar MotoGP, acara sulung di bawah sinaran cahaya lampu sorot ini bermula tahun lepas tahun lepas, dan telah dimenangi oleh Casey Stoner dari Ducati Marlboro.
Juara dunia Valentino Rossi pernah menang di setiap trek yang diguna pakai pada 2009, tetapi masih belum pernah menang selepas matahari terbenam. Penunggang Fiat Yamaha itu berjaya menawan litar padang pasir tersebut di waktu siang di pada 2005 dan 2006, menyudahi perlumbaan di kedudukan kelima di Qatar musim lepas.
Losail International Circuit adalah sebuah landasan yang diminati bekas juara Stoner, yang berjaya mendapat kedudukan petak pertama pertama dan kemenangan MotoGP pertamanya di sini. Pelumba Australia itu memulakan musim baru dengan kejayaan pertandingan BMW M AWARD dalam ujian di Jerez, sejak menjalani pembedahan skafoid dalam November.
Dani Pedrosa, yang ketinggalan ujian terakhir pramusim kerana kecederaan, dan di ragui penyertaannya untuk pusingan Qatar sehingga kini.
Jorge Lorenzo pulang ke tempat penampilan pertama MotoGP pertamanya - di mana dia mengambil petak utasma dan menyudahkannya di tempat kedua - selepas satu pramusim bebas kecederaan . Dia akan berlumba dengan tayar Bridgestone pada Fiat Yamaha M1 untuk kali pertama dengan peraturan baru satu pembekal tayar sahaja.
Empat lagi penunggang-penunggang kilang akan beraksi di Qatar, Ducati Marlboro dengan Nicky Hayden, Repsol Honda dengan Andrea Dovizioso, Rizla Suzuki kekal dengan Loris Capirossi & Chris Vermeulen.
Juara Qatar 2004 Sete Gibernau akan menyertai perlumbaan MotoGP pertamanya sejak Grand Prix Portugis 2006, dalam kejohanan 800cc ini yang akan turut disertai Colin Edwards & James Toseland dari Monster Yamaha Tech3 , Alex de Angelis dan Toni Elias dari San Carlo Honda Gresini dan Marco Melandri dari Hayate Racing. Sesi latihan Grand Prix Commercialbank Qatar akan bermula dengan sesi latihan 45 minit untuk penunggang-penunggang MotoGP pada 10.30pm malam Jumaat 10 April 09.
Sumber/source:
Data
- Panjang: 5.380 meters
- Lebar: 12 meters
- Lurusan terpanjang: 1.068 meters
- Jumlah Selekoh: 16
- ke kanan: 10
- ke kiri: 6
1 comment:
new season..yeah...go the dukun 46!
Post a Comment