Industri motosikal kita perlu lebih berani
Negara yang besar dan ramai rakyatnya, tentu memerlukan pengangkutan asas bagi membina tamaddun dan menjana ekonomi. Dari menggunakan pengangkutan haiwan, jentera mula direka seiring dengan kemajuan teknologi. Sedang negara China masih banyak bergantung kepada basikal, India yang merupakan salah satu tamaddun tertua dunia, mula melangkah dalam pembinaan motosikal. Mungkin umum mengetahui bahawa India mengeluarkan motosikal berenjin disel dan juga jentera Royal Enfield Bullet yang merupakan model motosikal yang mempunyai sejarah pengeluaran paling lama di dunia. Syarikat milik asal British itu kini dipunyai rakyat India sepenuhnya, seperti juga Land Rover yang dimiliki Tata. Imej motosikal bersesaran besar tetapi dengan kelajuan ciput di India, kini sudah di diambil alih oleh model model menarik yang berprestasi dan menjimatkan bahanapi. Tanggapan bahawa motosikal India terdiri dari model ketinggalan zaman kini bukanlah fakta yang tepat. Bagi yang pernah ke sana, memang benar di sesetengah tempat, kesesakan jalanraya nya adalah amat ketara, malah pemilik motosikal besar kadangkala hanya dapat meningikmati tunggangan mereka hanya di hujung minggu ataupun selepas tengah malam apabila jalanraya lebih sunyi. Populasi India seramai 1.15 billion dan pembangunan industri perkilangan telah meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan asas terutama sekali motosikal. Jualan motosikal di India melebihi setengah juta unit sebulan; menyamai jualan tempatan dalam setahun; dan pasaran yang besar ini telah menawarkan potensi perniagaan yang menguntungkan. Selain Honda, Suzuki dan Yamaha yang mempunyai kilang pemasangan di sana, terdapat juga jenama tempatan India seperti TVS dan Bajaj yang membangunkan model mereka sendiri.
Penampilan motosikal yang menarik, moden dan berprestasi kini menjadi keutamaan di India sesuai dengan permintaan yang meningkat dalam negara yang kian maju dalam dunia perindustrian. Permintaan tinggi ini sudah cukup untuk membuatkan pengeluaran model baru sebagai pelaburan yang berbaloi. Rekabentuk motosikal yang rata rata bersesaran sekitar 150cc seperti ini tentunya akan mendapat sambutan anak muda dengan harga yang mampu milik. Teknologi terkini juga mampu digunapakai apabila skel pengeluaran yang besar menjadikan ianya ekonomik untuk dikeluarkan. Yamaha FZ16 menggunakan enjin sejukan udara, namun mampu menjana kuasa 14 hp, ataupun model YZF15 yang mengeluarkan 17hp dari enjin 150cc empat lejang nya. Begitu juga dengan Suzuki GS150R dengan kuasa enjin 13.8 hp. TVS Motor Company yang merupakan pengilang motosikal ketiga terbesar di India, menawarkan Apache RTR 160 pula mampu mengeluarkan 15.2 hp. India juga merupakan kampung halaman Hero Honda, yang mengeluarkan model Hunk, sebuah lagi model yang mendapat sambutan di sana. Rekabentuk luaran sering menjadi keutamaan pembelian, dan fakta ini juga menyerlah dalam pasaran tempatan. Mengenai harga, Yamaha FZ16 dijual di India dengan harga bawah RM5,000. Kembali di sini, Hong Leong Yamaha menjual FZ150i lebih dari RM7,000. Perlu diingat, FZ16 lebih berkuasa dan lebih cantik. Dalam usaha kita menyasarkan pasaran global, sudah sampai masanya kita kembali berpijak di dunia nyata, dan mengorak langkah lebih berani dan agresif dalam pembangunan model motosikal yang lebih menarik, bagi pasaran berpotensi besar sebegini.
Modenas nampaknya sudah tampil berani dengan menawarkan model sport kapcai pertama mereka dan diharapkan agar ia terus menghasilkan model model dari hasil usaha tempatan. Kemajuan pembangunan teknologi di India, Thailand dan juga Indonesia kian deras meninggalkan kita di belakang, dan diharapkan pembuat motosikal tempatan akan bingkas mengorak langkah lebih cergas dalam membangunkan jentera bertaraf dunia dengan anjakan paradigma dari zon selamat dan model model konvensional.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kenapa la Yamaha x bawak masuk model mcm ni..da la harga lg murah..
i totally agree with you man!!
OK bgt spec & tongkrongannya, sayang harganya…
coba bs deketan ama mega pro
Yup, saya setuju pendapat bro..
Negara kita perlu variety motosikal entry level yg lebih byk. Kebanyakan penunggang yang rata-rata memiliki pendapatan kecil dan sederhana tidak byk pilihan melainkan kapcai seolah2 itu sajalah motosikal yg kita mampu miliki di dunia ni.
masuk malaysia kna charge cukai tinggi kot..bnda kalu laku lg demand la gov malaysia
saya belajar perubatan di india..
saya sudah beli dan pakai motor fzs setahun, tapi insuran dan dokumen motor baru je siap bulan nie..
sedap pakai motor nie, enjin smooth for 150cc. siap upgrade lagi ngan leg guard dan gold lever limited edition... harganye sangat murah 75000 rupees kalo beli original, tapi saya pakai second hand beli dari local people (original owner) 44000 rupees je..
bayangkan kalo tukaran wang 1000 rupees bersamaan rm50, berapa agaknya harga motor tue?? hehe..
bilalaa agaknya nak masuk malaysia motor nie, saya nak bawak motor dr india sangat leceh laa prosedur
daripada-- AbgKacak
Post a Comment