Trend positif serta sambutan pengguna yang menggalakan terhadap motosikal transmisi automatik (AT) menjadi petanda baik bagi Boon Siew Honda. Matlamat Boon Siew Honda ialah untuk menerajui segmen AT yang sedang berkembang menerusi pengenalan Honda icon. Sesi tunggang uji media Selasa 24 Mac lepas yang bermula di Pusat Keselamatan Tunggangan Honda di Seberang Perai, Pulau Pinang menuju ke Bandar Tasik Bukit Merah. Dalam perjalanan pergi balik yang melibatkan hampir dua jam, Icon menunjukkan kemampuan dan kredibilitinya sebagai sebuah medium pengangkutan yang mempunyai kelebihan tersendiri. Enjin 108cc dengan transmisi V-matic automatik, skuter kecil ini mempunyai daya tahan yang tinggi untuk dikerahketahap maksimum sepanjang perjalanan. Tangki petrolnya juga kecil, hanya menampung 3.5 liter sahaja pada satu masa. Jika ditunggang secara purata pada kelajuan maksimumnya iaitu pada bacaan meter sekitar 100kmj, satu tangki penuh mampu menghartungi lebihkurang 70km perjalanan. Model mesra penunggang ini direka untuk mengembalikan semula keseronokan menunggang. Penunggang dijamin menikmati prestasi yang lebih lancar, kendalian mudah dengan penjimatan minyak terbukti sebanyak lapan peratus berbanding dengan model-model pesaingnya yang lain. Penjimatan dapat dicapai hasil teknologi moden enjin Honda yang bukan sahaja cekap, malah bertenaga.Transmisi auto V-Matic Hondayang maju memanfaatkan "drive- and driven-pulleys" dengan tali sawat V berprestasi tinggi. Transmisi kuasa yang lancar ini bukan sahaja memastikan prestasi terbaik pada setiap kelajuan enjin (rpm), rnalah ia turut mengurangkan bunyi enjin dan tahap pelepasan ekzos jauh di bawah Standard Pelepasan Asap di Malaysia.

Penunggang icon sudah pasti akan menghargai kerangka baru yang dipertingkatkan. Jarak gandar kini lebih pendek tetapi tempat letak kaki yang lebih luas sesuai dengan saiz fizikal penunggang. Untuk mencapai kestabilan secara keseluruhan, semua bahagian elektrikal diselaraskan ke bahagian tengah motosikal bagi memastikan imbangan berat yang lebih baik dan pusat graviti yang lebih rendah. Demi mempertingkatkan tahap keselamatan, Honda icon baru ini dilengkapi SuisTongkat Kaki Sisi yang mematikan enjin secara automatik apabila tongkatnya diturunkan. Brek "Parking" khas merupakan satu lagi inovasi keselamatan Honda yang menghalang motosikal tersebut dari bergerak apabila enjinnya dihidupkan.

"Twin-Towers" Pulau Pinang.


