Fahmi lebih yakin untuk 2012




Motosikal baru, permulaan baru untuk Fahmi dalam Moto3

Muhammad Zulfahmi Khairuddin tidak akan gundah untuk neghadapi musim yang akan datang selepas merekodkan 10 kali pusingan terbaik semasa ujian Moto3 baru-baru ini di Jerez dan Valencia bulan lepas. Pelumba AirAsia-SIC-Ajo matang dan tenang semasa kedua-dua ujian kerana konsisten merekodkan pencapaian 10 teratas dalam enam sesi, hanya terlepas dua hari latihan di Jerez setelah terlibat dalam kemalangan.

Namun Fahmi, 20, bangkit semula pada hari terakhir untuk mencatatkan masa terbaik peribadi 1 minit 48,4 saat, berikutan prestasi memberansangkan dalam tempoh tiga hari ujian pada 16 hingga 18 Februari 2012 . Tiga sesi pertama di Valencia dari 8 hingga 10 Februari lepas juga menyaksikan beliau berada dalam 10 tangga teratas.

"Ada yang meragui kebolehan saya menunggang mesin empat-lejang, tetapi ujian ini telah memberi saya peluang untuk membuktikan kepada semua bahawa saya boleh menangani cabaran-cabaran baru untuk musim yang akan datang.

"Walaupun masa pusingan saya nampak meyakinkan setakat ini, ia tidak bermakna bahawa saya boleh bersenang hati. Perjalanan saya masih jauh sebelum musim bermula dan saya perlu terus bekerja keras untuk mengekalkan prestasi saya," kata Fahmi.

Berdasarkan ujian yang menggalakkan dengan motosikal baru, Fahmi bercita-cita untuk mencapai kedudukan 10 teratas menjelang akhir musim ini setelah membiasakan dirinya dengan jentera baru ihsan pengeluar Austria, KTM.

"Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi saya untuk menunggang motosikal pengeluar. Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menjadi salah satu daripada lima pelumba akan diberi peluang untuk berada di atas pelana sebuah jentera KTM.

Fahmi menamatkan musim MotoGP lepas di tangga ke-18 dalam kelas 125cc, di bawah sasaran pencapaian tempat ke-15 yang di ingini nya. "Saya dapat meningkatkan pusingan masa saya selepas pusingan dan hari demi hari. Saya percaya bahawa kita akan mempunyai musim yang baik. Sasaran saya adalah untuk kerap menamatkan perlumbaan dalam sepuluh teratas, "kata Fahmi.


Prinsipal pasukan, Aki Ajo berasa bangga dengan peningkatan cemerlang Fahmi sejak pemuda muda Banting ini bernaung di bawah sayap nya pada tahun 2011. "Fahmi telah menunjukkan peningkatan yang besar sejak ia pertama kali datang kepada kami tahun lepas. Anda boleh lihat dalam keputusan ujian yang terakhir di mana beliau telah secara konsisten diletakkan dalam 10 teratas untuk semua sesi.

"Saya berbangga dengan penglibatan kami dalam kerjaya Fahmi dan telah menyediakan sebuah jentera pengeluar penuh KTM untuk nya musim ini. Harapan kita kepada nya telah meningkat dari hari ke hari dan kita berharap beliau akan terus membuat Motorsports Ajo berbangga musim ini, "tambah Ajo.

No comments: