Peminat peminat motosikal pasti gembira dengan pelancaran motosikal Daiichi di Malaysia, yang akan memperluaskan lagi pilihan para pengguna dalam segmen pertengahan ‘adventure & sports / touring’. Siri motosikal DAIICHI, yang dilengkapi dengan ciri-ciri komprehensif juga dijual pada harga kompetitif dan mampu milik berbanding dengan model saingan.
Model yang dilancarkan Daiichi merupakan 3 buah model motosikal Megelli jenis 250cc dan sebuah model motosikal CFMoto 650NK. Terdapat 3 varian Megelli iaitu 250MR, 250SR dan 250RR. Megelli 250MR adalah versi motocross yang akan menarik perhatian penunggang yang ingin kebebasan pengembaraan off-road, dengan posisi tunggangan yang tinggi untuk memudahkan pengendalian off-road.
Model Megelli 250SR ditujukan kepada mereka yang lebih meminati penunggangan yang selesa. Ia dilengkapi dengan kerangka yang kukuh untuk kestabilan penunggangan kelajuan tinggi dan hendal tinggi untuk posisi penunggangan ‘easy-rider’. Megelli 250RR merupakan model motosikal sports yang dilengkapi dengan ‘body cowling’ sports sepenuhnya.
Jika anda gemar dengan kuasa pecutan yang pantas, model DAIICHI CFMoto 650NK pasti jadi pilihan anda. Model ini dilengkapi dengan enjin 4-lejang, dwi-selinder sebaris DOHC dengan 8 injap. CFMoto dilengkapi dengan brek depan cakera berkembar dwi angkup untuk membrek dengan stabil sejajar dengan kuasa pecutannya.
Kesemua model motosikal DAIICHI dilengkapi dengan panel meter yang canggih dengan meter kelajuan LCD. Model Megelli 250cc menghasilkan kuasa 27 Ps pada 9,000rpm manakala CFMoto 650NK menghasilkan kuasa 69 Ps pada 8,500rpm.
Megelli 250MR dijual pada harga RM16,520.00, manakala Megelli 250SR pula pada harga RM16,720.00 dan Megelli 250RR ditawarkan pada harga RM17,750.00. Daiichi CFMOTO 650NK pula boleh menjadi milik anda dengan hanya RM28,000.00
Siri motosikal DAIICHI boleh ditunggang uji di pengedar DAIICHI yang sah berhampiran anda atau hubungi N.B. Motors Trading Sdn Bhd pada talian 082-452 771 untuk maklumat lanjut.
4 comments:
Moto ni kena iklan dalam tv baru semua orang kenal. Sesetengan org, mengangap moto ni keluaran naza..
yang 250cc pnya tu 16k je,murah gak la
Agak2 hang p la antara brand ni ngan sym mana lebih elok? Aku dok teringin nak beli satu. Azam thn 2013.
http://salihinr.blogspot.com/2013/02/cfmoto-650nk-pengubah-pandangan.html
Post a Comment