Enam-selinder pada dua roda



Enjin berbilang selinder sebaris sentiasa menjadi daya tarikan peminat motosikal. Mungkin ada yang mengingati Honda CBX1000 yang telah diperkenalkan sebagai motosikal pengeluaran pertama Honda dengan enjin enam selinder sebaris dalam tahun 1978. Berbanding enjin empat selinder biasa, enjin enam-sebaris menawarkan kelancaran hampir sempurna dan janaan kuasa tinggi beserta dayakilas baik dan memberikan kepuasan tunggangan yang hebat.

Sejak BMW Motorrad menzahirkan hasrat pengeluaran Konsep-6 pada musim luruh 2009, enjin 6-selinder sebaris yang baru telah menarik imaginasi ramai. Enjin 6-selinder sebaris telah memasu kereta BMW selama lebih tujuh dekad. Motosikal BMW kini tampil buat kali pertama dengan pengenalan model K 1600 GT dan K 1600 GTL, dikuasai enjin 6-selinder sebaris yang dibangunkan sendiri oleh BMW. Enjin ini merupakan enjin 6 selinder motosikal yang paling ringan di dalam kelasnya dengan berat 102,6 kilogram,. Kedua-dua motosikal touring atau kembara ini mempunyai penampilan yang menarik disamping menjanjikan penunggangan dinamik dan keselesaan bagi tunggangan jarak jauh.

Penampan angin hadapannya boleh dilaras secara elektrik dengan mudah, membolehkan anda duduk tegak menguasai perjalanan kembara anda dengan bantuan pelbagai maklumat yang disalurkan kawalan pemanduan kembara dan komputer perjalanan. Panel instrumen K 1600 model terdiri daripada dua instrumen klasik jenis bulat untuk meter kelajuan dan takometer dan paparan TFT warna 5,7-inci.

Lampu xenon nya cukup terang untuk keselesaan dan keselamatan penunggangan malam, disamping mampu mengarahkan suluhan  secara otomatik ke selekoh yang anda ambil berpandukan arah belokan anda.

K 1600 GTL ini menggabungkan ketangkasan maksimum dan dinamik menunggang dalam pakej keseluruhan mewah. Dengan penghantaran kuasa yang luar biasa, tiga kuasa mod kuasa yang berbeza boleh dipilih dari mod hujan, piawaian dan dinamik. Sistem Gantungan Pelarasan inovatif Elektronik II (ESA II) membolehkan penunggang mudah menekan butang untuk menyesuaikan kadar gantungan tupang spring depan dan belakang, yakni melaraskan "kekerasan" sistem gantungan keseluruhan bagi menghasilkan kestabilan dan respons yang berkesan bagi semua jenis bebanan.

Secraa standard ia dilengkapi dengan ABS generasi terkini, dan datang dengan kotak simpanan sisi, kotak besar di belakang dan juga penyokong belakang pembonceng. Hantaran kuasa adalah baik walaupun mungkin dirasakan agak berlebihan kuasanya pada dua gear pertama. Sehingga 160 kmj kestabilan adalah baik, tetapi pada kelajuan yang lebih tinggi kestabilan nya mungkin membuat penunggang menjadi goyah.

K 1600 GTL merupakan motosikal kembara enam selinder yang cemerlang, menawarkan keselesaan jarak jauh dan keyakinan pengendalian lincah yang mengagumkan. Reka bentuk enjin yang unik memberikan kuasa besar yang lancar, dengan bunyi garau yang mampu menggerunkan, pada harga RM168,000.00


SPESIFIKASI
Enjin: 1649cc 6-selinder sebaris sejukkan cecair DOHC 24V
Kuasa maksimum: 158bhp @ 7750 rpm
Tork maksimum: 175Nm @ 5250 rpm
Tangki / jarak: 26.5 liter / 370km
Transmisi: Enam gear, klac basah, pemacuan akhir aci (syaf)
Berat: 348kg basah
"Kembara mewah berteknologi Jerman"




No comments: