Freedom Riders Asia


Siri enam bahagian ini menampilkan pengembaraan peminat motosikal popular Charley Boorman yang meneroka budaya motosikal unik di enam negara Asia

Kuala Lumpur (26 Februari 2013) – Pada Mei 2013, para penonton di seluruh Asia boleh menyaksikan siri penjelajahan pacuan turbo bertajuk Freedom Riders Asia, yang meraikan pengembaraan manusia bersama motosikalnya. Rancangan tersebut akan disiarkan di saluran sukan serantau STAR Sports, dan diterbitkan dengan kerjasama jenama minyak pelincir utama global, Shell Advance. Program yang diacarakan oleh Charley Boorman, salah seorang mat motor yang paling diminati dan terkenal, akan membawa penonton mengikuti penjelajahan jalan raya yang sukar dilupakan merentasi enam negara, dalam enam episod yang menyeronokkan.

Dengan kerjasama rapat Shell Advance, Freedom Riders Asia telah diilhamkan dan dikembangkan oleh saluran sukan utama, STAR Sports, sebahagian daripada FOX International Channels (FIC) Asia, perniagaan multimedia antarabangsa News Corporation dan rangkaian TV berbayar yang terkemuka di Asia.

Diilhamkan berasaskan konsep inovatif seorang insan yang menunggang sebuah motosikal dengan satu tangki penuh petrol, Freedom Riders Asia menyaksikan Charley berganding bahu dengan penunggang tempatan dari setiap negara dalam penjelajahan meneroka kepelbagaian budaya Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Thailand.

Dalam setiap episod, Charley akan beramah-mesra dengan kumpulan peminat motosikal tempatan dan menghayati daya tarikan bandar dan penduduknya, selain menyertai kegiatan unik yang meraikan budaya motosikal tersendiri di setiap negara…semuanya dengan satu tangki penuh petrol.

Pengurus Jenama dan Komunikasi Shell Lubricants Yu Li-Ching berkata: “Freedom Riders Asia meraikan dan menghubungkan penunggang motosikal dari seluruh Asia, sambil menawarkan pengalaman pelancongan dan kembara menghiburkan kepada penonton yang lebih luas. Lebih penting lagi, Charley juga mencerminkan Shell Advance – untuk membolehkan penunggang motosikal menikmati setiap perjalanan dan mengecap kebebasan menerusi daya pergerakan lancar di atas jalan raya.”

Simeon Dawes, Naib Presiden Kanan Fox One Stop Media berkata, “Freedom Riders Asia dicipta khas untuk penonton Asia kerana Asia mempunyai semakin ramai peminat kembara dan pelancongan. Kami yakin bahawa penonton akan menghargai dan seronok meninjau tempat yang dikunjungi dan aktiviti yang dilakukan oleh Charley, lebih-lebih lagi dengan adanya sentuhan dan cita rasa tempatan.”

“Kami gembira kerana Shell Advance telah bekerjasama rapat dengan kami untuk menerbitkan program ini, berasaskan konsep rancangan inovatif yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan penonton.”

Charley Boorman, pengacara Freedom Riders Asia berkata, “Saya selama ini memang amat meminati motosikal, dan saya juga kagum dengan Asia dan kepelbagaiannya. Perkara menarik tentang Freedom Riders Asia ialah program ini membolehkan kedua-duanya digabungkan dan saya teruja untuk memulakan penjelajahan motosikal sekali seumur hidup ini.”

“Saya akan bertemu dengan angkatan penunggang motosikal tempatan yang hebat yang akan berkongsi dengan saya serba sedikit tentang pengalaman menunggang di tempat mereka dan saya tidak sabar-sabar untuk menjelajahi Asia untuk menimba pengalaman dan menikmati kebebasan menunggang motosikal di bawah sinar mentari!”

Selain daripada disiarkan dan dipromosikan di saluran STAR Sports, Freedom Riders Asia juga akan mencapai lebih ramai penonton menerusi promosi program inovatif di pelbagai saluran FIC Asia seperti FOX, National Geographic dan FX, lantas memberikan rancangan ini pendedahan promosi yang sangat luas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Charley dan Freedom Riders Asia, sila layariwww.charleyboorman.com dan www.youtube.com/user/shelladvance.





Monster dengan ABS



SATU lagi model yang menarik telah ditambah kepada barisan penawaran motosikal Ducati di Malaysia. Next Bike Sdn Bhd, pengedar tunggal ikon Itali itu telah melancarkan motosikal Monster terbaru mereka, Ducati Monster 795 ABS, pada 7 Februari 2013 lepas. Hadir pada pelancaran itu ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies; En Nik Danial Nik Mahmood, Naib Presiden NAZA Bahagian Dua Roda ; Encik Juan Chow Wee, Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd; Encik Paolo Ciabatti, Pengarah Projek Ducati MotoGP ; Encik Vitioriano Guareschi, Pengurus Ducati MotoGP Team serta penunggang MotoGP Ducati iaitu Nicky Hayden dan Andrea Dovizioso. Pelancaran model baru telah dijalankan di paddock Ducati selepas selesainya Ujian Musim Sejuk MotoGP di Sepang.

Ducati berhasrat untuk terus merangsang senario motosikal dunia terutamanya Malaysia dengan pengenalan model baru dan juga penubuhan rangkaian baru bagi membolehkan mereka untuk lebih mendekati pelanggan dan meningkatkan program gaya hidup tempatan dan antarabangsa, yang akan memastikan keistimewaan pemilikan yang unik.

"Tahun ini kami menjangkakan Ducati akan mampu meningkatkan jumlah jualan dan mengekalkan bahagian pasaran sebagai motosikal jenama premium yang popular," kata Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Group of Companies. "Ducati Malaysia pastinya siap-siaga untuk berkhidmat kepada para Ducatisti Malaysia dalam tahun 2013. Dengan kemenangan baru-baru ini untuk anugerah 'Pembukaan Ruang Pameran Terbaik 2012 dan pelancaran Monster 795 ABS, kita berada pada permulaan yang hebat!"

Encik Pierfrancesco Scalzo, Pengarah Jualan Ducati Asia Pasifik menambah bahawa Ducati akan terus menawarkan pelbagai motosikal premium, dan belum ada rancangan dalam masa terdekat untuk memulakan pengeluaran model motosikal yang lebih kecil dalam masa terdekat ini, tidak seperti pesaing mereka.
Penambahbaikan Teknologi akan terus ditekankan oleh Ducati untuk mengekalkan kepimpinan pasaran mereka dalam menawarkan motosikal yang hebat kepada orang ramai.

Majlis pelancaran itu juga dihadiri oleh ahli-ahli Ducati Club Malaysia yang telah berkesempatan untuk bertemu dengan penunggang MotoGP Ducati bagi sesi autograf eksklusif. Monster 795 ABS ini ditawarkan pada harga RM 66,888.00.















Amirul Hafiq Sertai Ujian Pra-musim Moto3


Pelumba remaja Malaysia, Amirul Hafiq Mohd Azmi mungkin mampu memenuhi impiannya bersaing dalam kejohanan dunia Moto3 tahun ini selepas beliau  diberikan satu peluang keemasan untuk    menyertai rakan se negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin di Eropah untuk  2 pusingan ujian rasmi  IRTA .

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Dato 'Razlan Razali  berkata Amirul Hafiq, yang mempunyai dua tahun pengalaman bersaing dalam kejohanan berprestij Piala  Red Bull Rookies , telah dijemput oleh Ajo Motorsports untuk menggantikan Nicolas Ajo yang tercedera. Nicolas juga merupakan anak pemilik pasukan tersebut iaitu Aki Ajo, yang akan bersaing untuk Techno Avant Racing dalam musim baru.  Amirul akan menguji jentera Moto3 KTM Nicolas dengan pasukan Aki , yang akan menilai kemungkinan Amirul untuk mengambil bahagian dalam kejohanan dunia tahun ini.

"Kami berbangga  mengumumkan bahawa kami telah menghantar Amirul Hafiq untuk menyertai Fahmi bagi mengambil bahagian dalam ujian pertama Moto3 di Almeria dan Valencia. Ujian pertama adalah tidak rasmi tetapi ujian Valencia merupakan ujian IRTA rasmi pertama yang dijadualkan dari Februari 12-14, 2013.


"Ini adalah peluang keemasan untuk Amirul, dan tertakluk kepada prestasi beliau, Amirul mempunyai  peluang seumur hidup untuk menyertai kejohanan dunia tahun ini," Dato Razlan berkata.

Amirul mencipta sejarah pada tahun 2011 apabila beliau menjadi pelumba Malaysia pertama dipilih untuk Piala Rookies Red Bull dan dia selesai musim ke-18 keseluruhan dengan 44 mata. Beliau telah dikekalkan untuk tahun kedua pada tahun 2012 di mana beliau meningkatkan prestasi beliau dengan kedudukan keseluruhan ke-16 dengan 63 mata.

Sambil melahirkan keyakinan dengan keupayaan Amirul Hafiq yang berusia 16 tahun dan berdasarkan dua tahun beliau pengalaman semasa Red Bull Rookies Cup, Dato Razlan berkata ia terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.

"Kami akan melihat prestasi beliau pada ujian tersebut dan mendengar penilaian Aki ... biar Amirul pulang dulu ke Malaysia sebelum kita membuat apa-apa keputusan ," kata Dato Razlan, yang juga mengumumkan bahawa SIC akan akan menghantar 2 pelumba lain - Muhammad Ammar Hafiq dan Husni Aizat Abdul Malek - ke Sepanyol untuk program pembangunan pelumba berasingan.


"Kami masih dalam proses penjadualan ujian  untuk kedua-dua penunggang Muhammad Ammar dan Husni Aizat di Sepanyol. Langkah pertama bagi mereka adalah untuk mengujimotosikal  KTM Moto 3  untuk CEV Sepanyol dan mereka akan dinilai oleh Aki Ajo.

 "Hanya seorang pelumba akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam CEV Sepanyol tahun ini dengan sekurang-kurangnya satu atau dua wildcard MotoGP," Dato Razlan berkata merujuk kepada  Grand Prix Motosikal Malaysia pada bulan Oktober 2013 kelak.

Muhammad Ammar dan Husni Aizat merupakan pendahulu dalam kategori junior untuk  Piala 250  SIC Ninja 2012- satu program baru yang diperkenalkan oleh SIC dengan kerjasama Kawasaki, Pirelli dan BikeArt Racing untuk mencungkil bakat-bakat baru dan membangunkan mereka untuk menjadi pelumba bertaraf dunia seperti Muhammad Zulfahmi. Di samping itu, Razlan berkata bahawa beliau turut gembira dengan komitmen Zulfahmi dalam latihan pra-musim beliau dan berharap bahawa pelumba 21 tahun itu Banting lama bolehmemperbaiki prestasinya pada tahun 2013 dengan pasukan baru beliau iaitu Red Bull KTM Ajo Racing Team.

"Fahmi telah berlatih dan meningkatkan kecergasan beliau. Kami telah menugaskan Jurulatih Peribadi Fahmi dan dia telah menunggang Motocross dan Supermotard sebagai latihan berterusan luar musim.

"Saya percaya Fahmi berada dalam keadaan yang baik, tetapi mari kita lihat bagaimana ujian kali pertama Fahmi dengan jentera baru, dan kesesuaiannya  dalam pasukan. Mari kita lihat hasil  ujian pertama dahulu sebelum membuat sesuatu andaian, " kata Dato' Razlan.

CFMoto 650NK: pengubah pandangan?



CFMoto, pengeluar motosikal yang sebenarnya terkenal di seluruh dunia, telah diperkenalkan kepada pasaran Malaysia dalam tahun 2012 dengan barisan model motosikalnya sporty. Kilang pembuatan mereka terletak di Hangzhou, China dan telah beroperasi selama lebih 20 tahun. CFMoto mengeluarkan 600,000 buah kenderaan setahun bagi pasaran antarabangsa dengan pengiktirafan piawaian ISO9001:2000 dan TS16949 manakala semua kenderaan yang menepati kehendak EEC, EPA dan keperluan DOT. CFMoto mungkin agak baru di Malaysia, tetapi ianya sudah mempunyai rangkaian pengedaran global yang mantap di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan, New Zealand dan Afrika serta di China. CFMoto untuk pasaran Malaysia dipasang di Kuching Sarawak.


CFMoto 650NK datang dengan imej kuasa dan prestasi, dan tidak dapat dinafikan, ia mungkin mengingatkan anda kepada sebuah model awal Jepun. 650NK ini berenjin selari 649.3cc berkembar sejukan cecair dengan engkol 180-darjah dan pencucuhan ECU. Sistem suntikan bahan api elektronik didatangkan standard, begitu juga dengan cakera depan 300mm berkembar dengan kaliber omboh berkembar, dan cakera tunggal belakang 225mm dengan angkup tunggal, dan diimbangi sistem gantungan Kayaba berkualiti tinggi untuk keselesaan bergaya.

650NK ini kelihatan menarik kepada mata tetapi yang akan menjadi ragu dengan prestasinya. Namun, anda mungkin akan dikejutkan setelah mencuba 650NK. Malah anda akan mudah lupa bahawa ia adalah sebuah motosikal buatan negara China. Kini adalah masa untuk perubahan pandangan terhadap stigma motosikla buatan China yang telah menghantui ramai selama ini.

Jelas bahawa 650NK mengikuti formula yang diuji dan terbukti, dan mengambil resipi daripada produk yang sedia ada, dan mungkin juga telah menyesuaikan reka bentuk untuk infrastruktur pengeluaran yang sedia ada, bagi mengeluarkan produk yang memenuhi kriteria reka bentuk yang sama tetapi pada harga yang lebih rendah.

Kedudukan menunggang yang santai membolehkan pengendalian dan kawalan mudah, dengan ketinggian tempat duduk serendah 795mm yang akan memenuhi kebanyakan penunggang. Kelihatan segak dan dengan bahagian depan seakan Transformers, ianya diserikan dengan penggunaan lampu projektor. Kualiti hiasan plastiknya boleh diterima, dengan cubaan mereplikasi seakan karbon untuk kelihatan canggih dan mahal. Sesetengah daripada anda mungkin tidak menyetujui cubaan tersebut, tetapi dengan pilihan alternatif grafik sedia ada dalam pasaran, mungkin anda tidak perlu berasa begitu kecewa.

Yang paling penting adalah rasa dan prestasi. Enjin empat lejangnya mampu menjana 57.6hp pada 8500 RPM, dengan 62nM tork sebanyak 7,000 RPM. Kotak gear 6 kelajuan dengan plat klac basah disudahi hantaran akhir jenis rantai. Tekan butang penghidup elektrik dan enjin berputar mudah sebelum melahu lancar. Ekzosnya dibuat dari keluli tahan karat dan merupakan bonus yang bagus. Enjin cepat meluncur melepasi 3000 rpm sebelum terasa sedikit gegaran sekitar 5000 rpm. Gegaran ini adalah cukup untuk mengaburkan cermin, namun tidak menjengkelkan.

Enjin ini mudah meningkat daripada 3,000 rpm sehingga kepada garismerah pada 10,000 rpm. Dalam gear 6, enjin bersenandung pada 4,500 rpm dan hanya menghampiri tahap selesa, dengan kelajuan menghampiri angka 100, dan apa-apa permintaan yang selebihnya akan lancar dipenuhi oleh enjin oleh berkembar sebaris ini.

Gear berubah lancar dan positif semasa ujian lebih daripada dua minggu, yang turut meliputi dua perjalanan melebihi seratus ilometer, tanpa sebarang kemasukan gear neutral palsu mahupun gear salah. Operasi klac adalah ringan, dan penukaran gear tanpa-klac (clutchless) juga merupakan sesuatu yang amat mudah. Mencapai dan mengekalkan kelajuan lebuh raya dengan motosikal ini tidak menjadi isu langsung, dan pendakian bukit dalam gear teratas dengan pembonceng juga tiada memerlukan peralihan gear.

Prospek jangka panjang? Ia adalah sukar untuk dikatakan, tetapi berdasarkan kepada kualiti pembuatan dan sudahan, CFMoto 650NK adalah pertaruhan yang layak, dan ia tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia adalah motosikal China terbaik yang pernah diuji. Dengan harga RM28, 510,00 ianya berbaloi untuk dipertimbangkan terutamanya jika anda mencari sesuatu yang berbeza sebagai pengangkutan komuter dan hujung minggu. Seperti yang dikatakan sesetengah pihak, mengapa bayar lebih?

Enjin: sejukkan cecair DOHC 8-injap selari berkembar empat lejang dengan aci oleng 180-darjah
Gerek dan lejang: 83 x 60 mm
Kapasiti: 649,30 cc
Kuasa output: 41.5kW/57.6hp pada 8.500 rpm
Tork maksimum: 62Nm/6.32kgm/45.72ftlb sebanyak 7,000 rpm
Nisbah Mampatan: 11.3:1
Pengurusan enjin: EFI suntikan bahan api elektronik dengan 2 badan pendikit dan penyuntik tunggal se selinder
Gearbox: 6-kelajuan
Clutch: Plet berbilang basah
Chassis: Tiub keluli bingkai bentuk berlian dengan enjin sebagai penyokong
Penggantungan: 41mm fork teleskopik
Belakang: lengan-ayun keluli tiub dan penyeraphentak monoshock
Jarak roda: 1415 mm
Berat: 193 kg. kering (206 kg dengan minyak / air / bahan api tangki penuh)
Brek: Hadapan: 2 x keluli cakera 300mm dengan angkup omboh berkembar
Belakang: 1 x 225mm cakera tunggal dengan omboh tunggal
Roda / tayar: Hadapan: 120/70ZR17 CST Radial pada 3,50 masuk roda aluminium tetuang
Belakang: 160/60ZR17 CST Radial pada 4,50 masuk roda aluminium tetuang
Ketinggian tempat duduk: 795 mm
Kapasiti bahan api: 17 liter