Siri enam bahagian ini menampilkan pengembaraan peminat motosikal popular Charley Boorman yang meneroka budaya motosikal unik di enam negara Asia
Kuala Lumpur (26 Februari 2013) – Pada Mei 2013, para penonton di seluruh Asia boleh menyaksikan siri penjelajahan pacuan turbo bertajuk Freedom Riders Asia, yang meraikan pengembaraan manusia bersama motosikalnya. Rancangan tersebut akan disiarkan di saluran sukan serantau STAR Sports, dan diterbitkan dengan kerjasama jenama minyak pelincir utama global, Shell Advance. Program yang diacarakan oleh Charley Boorman, salah seorang mat motor yang paling diminati dan terkenal, akan membawa penonton mengikuti penjelajahan jalan raya yang sukar dilupakan merentasi enam negara, dalam enam episod yang menyeronokkan.
Dengan kerjasama rapat Shell Advance, Freedom Riders Asia telah diilhamkan dan dikembangkan oleh saluran sukan utama, STAR Sports, sebahagian daripada FOX International Channels (FIC) Asia, perniagaan multimedia antarabangsa News Corporation dan rangkaian TV berbayar yang terkemuka di Asia.
Diilhamkan berasaskan konsep inovatif seorang insan yang menunggang sebuah motosikal dengan satu tangki penuh petrol, Freedom Riders Asia menyaksikan Charley berganding bahu dengan penunggang tempatan dari setiap negara dalam penjelajahan meneroka kepelbagaian budaya Malaysia, Indonesia, Filipina, India, Vietnam dan Thailand.
Dalam setiap episod, Charley akan beramah-mesra dengan kumpulan peminat motosikal tempatan dan menghayati daya tarikan bandar dan penduduknya, selain menyertai kegiatan unik yang meraikan budaya motosikal tersendiri di setiap negara…semuanya dengan satu tangki penuh petrol.
Pengurus Jenama dan Komunikasi Shell Lubricants Yu Li-Ching berkata: “Freedom Riders Asia meraikan dan menghubungkan penunggang motosikal dari seluruh Asia, sambil menawarkan pengalaman pelancongan dan kembara menghiburkan kepada penonton yang lebih luas. Lebih penting lagi, Charley juga mencerminkan Shell Advance – untuk membolehkan penunggang motosikal menikmati setiap perjalanan dan mengecap kebebasan menerusi daya pergerakan lancar di atas jalan raya.”
Simeon Dawes, Naib Presiden Kanan Fox One Stop Media berkata, “Freedom Riders Asia dicipta khas untuk penonton Asia kerana Asia mempunyai semakin ramai peminat kembara dan pelancongan. Kami yakin bahawa penonton akan menghargai dan seronok meninjau tempat yang dikunjungi dan aktiviti yang dilakukan oleh Charley, lebih-lebih lagi dengan adanya sentuhan dan cita rasa tempatan.”
“Kami gembira kerana Shell Advance telah bekerjasama rapat dengan kami untuk menerbitkan program ini, berasaskan konsep rancangan inovatif yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan penonton.”
Charley Boorman, pengacara Freedom Riders Asia berkata, “Saya selama ini memang amat meminati motosikal, dan saya juga kagum dengan Asia dan kepelbagaiannya. Perkara menarik tentang Freedom Riders Asia ialah program ini membolehkan kedua-duanya digabungkan dan saya teruja untuk memulakan penjelajahan motosikal sekali seumur hidup ini.”
“Saya akan bertemu dengan angkatan penunggang motosikal tempatan yang hebat yang akan berkongsi dengan saya serba sedikit tentang pengalaman menunggang di tempat mereka dan saya tidak sabar-sabar untuk menjelajahi Asia untuk menimba pengalaman dan menikmati kebebasan menunggang motosikal di bawah sinar mentari!”
Selain daripada disiarkan dan dipromosikan di saluran STAR Sports, Freedom Riders Asia juga akan mencapai lebih ramai penonton menerusi promosi program inovatif di pelbagai saluran FIC Asia seperti FOX, National Geographic dan FX, lantas memberikan rancangan ini pendedahan promosi yang sangat luas.
Untuk maklumat lanjut mengenai Charley dan Freedom Riders Asia, sila layariwww.charleyboorman.com dan www.youtube.com/user/ shelladvance.
No comments:
Post a Comment