BMW Group Malaysia telah memperkenalkan BMW HP4 serba baharu, iaitu motosikal berprestasi tinggi yang terkini dengan menampilkan
keupayaan enjin termaju dan teknologi lengkap untuk tahap keselamatan
dan pemanduan dinamik yang tiada bandingan.
Ketika
memperkenalkan motosikal terbaharu BMW ini pada 27 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, , Dr. Gerhard Pils, Ketua
Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Sebagai pengeluar
kenderaan premium yang terkemuka untuk kereta dan motosikal di dunia,
BMW terus menunjukkan kepakaran inovasi kami dengan memperkenalkan
HP4, motosikal berkuasa besar empat silinder yang paling ringan dan
dinamik di dunia untuk pasaran Malaysia. HP4 yang baru diperkenalkan
ini sudah tentu akan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan
jualan BMW Motorrad pada tahun 2013."
BMW
HP4 serba baharu menandakan kesinambungan siri model BMW Motorrad
High Performance yang bermula pada tahun 2005. Selepas pengenalan
model enjin boxer pada HP2 Enduro, HP2 Megamoto dan HP2 Sport, HP4
adalah motosikal berkuasa empat silinder yang pertama dalam keluarga
High Performance yang dibina menggunakan bahan bermutu tinggi dan
teknologi termaju serta ciri direka dengan jitu yang mencerminkan
komitmen BMW untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa
berubah.
Inovasi
teknikal untuk prestasi sport yang mantap.
Dilengkapi
dengan enjin 4-silinder sebaris S1000RR dengan jumlah sesaran 999 cc,
BMW HP4 serba baharu menghasilkan kuasa sebanyak 152 kW (193hp)
pada13,000 rpm. Motosikal ini juga berupaya mencapai kelajuan enjin
maksimum sehingga lebih 200km/jam dan bacaan tork maksimum sebanyak
112 Nm pada putaran 9,750 rpm. Pencapaian hebat ini membolehkan
motosikal berkuasa tinggi ini untuk memecut 0-100km/j hanya dalam
masa 2.9 saat.
Melalui
pemasangan enjin berorientasikan prestasi, HP4 serba baharu turut
menyaksikan peningkatan tork dalam kelajuan enjin peringkat
sederhana. Tidak seperti model S 1000 RR, jumlah outputnya adalah
sama bagi semua mod – “Hujan”, “Sport”, “Lumba” dan
“Licin” – dengan keluk pendikit yang serupa bagi respons yang
sama seperti di litar perlumbaan. Mod "Hujan" dalam HP4
serba baharu kini memberikan output yang lebih lancar dengan keluk
tork antara 2,500 rpm dan 8,000 rpm. Walaupun dengan keupayaan
prestasi yang hebat, HP4 yang baharu ini dapat mencapai kadar
kecekapan yang tinggi dengan purata penggunaan minyak sebanyak 5.9
l/100km pada kelajuan sehingga 120kmj.
Selain
sistem elektrik yang sama seperti model BMW Motorrad kontemporari
yang lain, HP4 baharu turut dipasang dengan sistem elektrik CAN
bus (rangkaian
kawasan pengawal) yang menghubungkan kelompok peralatan dan pengawal
enjin serta pelumpuh elektronik dan sistem penggera anti kecurian
yang disediakan sebagai peralatan opsyenal. Kelompok peralatan bukan
sahaja mempunyai muka dail reka bentuk baharu dengan inskripsi HP4
tetapi turut menyediakan pelbagai maklumat dan fungsi seperti menu
pilihan Dynamic
Damping Control serta
tahap pelarasan Dynamic
Traction Control yang
terperinci dan Launch
Control Activation.
Dynamic
Damping Control (DDC)
yang dipasang pada HP4, iaitu sistem yang pertama bagi mana-mana
motosikal, meningkatkan lagi teknologi suspensi. Sistem ini
melibatkan penggunaan pemampatan dinamik dan peredaman peringkat
pantulan untuk menyesuaikan motosikal mengikut situasi terutamanya di
jalan yang tidak rata. Sistem suspensi semi-aktif bertindak balas
secara automatik terhadap pergerakan seperti membrek, memecut dan
mengambil selekoh pada pelbagai permukaan jalan dan menetapkan tahap
redaman yang betul melalui injap pantulan yang digerakkan secara
elektrik.
Tetapan
asas bagi DDC dihubungkan kepada semua mod yang ada - “Hujan”
untuk permukaan basah, “Sport” untuk jalan biasa, “Lumba”
untuk litar lumba dengan tayar supersports dan “Licin” untuk
litar lumba dengan tayar licin, semuanya mudah dipilih dengan hanya
menekan butang. Dalam mod “Hujan” dan “Sport”, tumpuan
tetapan DDC ialah redaman penuh dan selesa yang selalu digunakan di
jalan luar bandar manakala dalam mod “Lumba” dan “Licin”
pula, tetapan DDC adalah untuk gaya tunggangan sport yang lebih
sesuai di litar perlumbaan. Tetapan redaman adalah ketat dan ia
memberikan penunggang maklum balas secara terus sepanjang masa. Unit
DDC memberikan daya tarikan maksimum bagi penggunaan kuasa enjin
sepenuhnya semasa pecutan, dan membolehkan HP4 menyediakan tetapan
optimum untuk peringkat pantulan dan mampatan peredam dalam setiap
keadaan.
Dynamic
Traction Control
(DTC) yang pernah dipasang pada motosikal RR sebelum ini turut
dioptimumkan untuk penggunaan supersports HP4, dan menetapkan tanda
aras baharu bagi segmen yang popular ini. Semasa menunggang dalam
mod "Licin", DT yang boleh dilaras ini memberikan
penunggang pilihan untuk memberikan respons secara lebih fleksibel
terhadap keadaan persekitaran seperti suhu udara dan asfalt,
perubahan cengkaman tayar dan keadaan permukaan jalan.
Sebagai
bonus kepada para peminat perlumbaan, HP4 turut dipasang Race
ABS dengan tetapan
IDM untuk prestasi membrek yang terbaik terutama sekali di litar
lumba. Sebagai pembuat motosikal yang menjadi peneraju dunia kepada
pemasangan sistem anti-kunci ABS pada motosikal, BMW Motorrad kini
turut mengambil langkah yang sama untuk BMW HP4 Serba Baharu dengan
memasang sistem yang lebih terperinci untuk kegunaan di litar lumba.
Dalam mod “Hujan”, “Sport” dan “Lumba”, Race
ABS beroperasi
sebagai bahagian penting di mana brek pada roda belakang digerakkan
secara automatik apabila brek roda depan diaktifkan. Ini memastikan
motosikal berada dalam keadaan stabil semasa membrek dan membolehkan
jarak membrek yang sangat pendek.
Tetapan
IDM yang baharu telah direka semasa Kejohanan Superbike Jerman dan
memberikan impuls kawalan yang terperinci serta membolehkan
nyahpecutan maksimum pada had cengkaman tayar. Diaktifkan semasa mod
"Licin", kedua-dua pengesan kenaikan tayat belakang dan
fungsi ABS dinyahaktifkan pada roda belakang untuk membolehkan
penunggang yang mahir mengawal HP4 menggunakan brek tayar belakang
untuk melakukan drift
brek.
BMW
HP4 Serba Baharu juga merupakan motosikal BMW pertama yang
memperkenalkan fungsi Launch
Control serta
pengesan wheelie, yang disokong oleh pembantu syif untuk pemecutan
yang optimum dan permulaan yang sempurna di litar lumba.
Bagi memastikan pecutan sepenuhnya daripada permulaan, Launch
Control
menghadkan tork enjin untuk membolehkan penghantaran tork maksimum
daripada roda belakang setiap kali dalam keadaan pendikit tidak
dipulas. Ini membolehkan penunggang tidak terlalu tertumpu kepada
pendikit kerana pecutan dikawal sepenuhnya oleh klac.
Apabila
Launch
Control
diaktifkan, tork enjin turut dikurangkan sebaik sahaja sistem
mengesan roda depan terangkat bagi memastikan wheelie tidak
dikehendaki semasa memecut. HP4 juga membolehkan penunggang melakukan
pertukaran gear serta merta tanpa sebarang gangguan, hasil daya
tarikan daripada pembantu syif yang dipasang sebagai peralatan
standard.
Kemasan
supersport untuk penunggang sporty.
Edisi
terbaru dalam keluarga BMW High Performance benar-benar memenuhi
aspirasi dinamiknya dari segi penampilan visual yang selaras dengan
aspirasi supersport untuk litar lumba dan tunggangan jalan luar
bandar yang dinamik. Selain daripada penampilan monoposto, BMW HP4
serba baharu dilengkapi dengan spoiler enjin dua bahagian yang lebih
panjang berbanding S 1000 RR dengan pelindung angin berwarna untuk
menonjolkan ciri HP4 yang dinamik.
Lampu
isyarat LED diintegrasikan secara tertutup pada BMW HP4 dan nombor
siri ukiran laser pada bahagian atas penghubung garpu mencerminkan
ciri eksklusif motosikal ini. Kemasan cat berbilang warna yang rapi
dengan pilihan Racing
Blue Metallic dan
Light White
memberikan penampilan yang sporty disokong dengan tayar belakang
dalam format 200/55 ZR 17” yang baharu.
Sebagai
motosikal supersports empat silinder paling ringan sehingga kini
dalam kelas 1000cc, BMW HP4 serba baharu hanya mencatatkan berat
keseluruhan 199kg yang termasuk Race
ABS dan tangki minyak
90% penuh. Supersports BMW terkini turut menyaksikan penurunan berat
yang ketara terutama sekali dengan roda aloi tempa 7 jejari, yang
teranod dalam warna hitam serta pembawa sprocket baharu yang lebih
ringan, seterusnya memberikan penurunan berat sebanyak 2.4kg
berbanding S 1000 RR. Tambahan lagi, sistem ekzos diperbuat secara
keseluruhan dengan titanium dan menjimatkan 4.5kg selain menyumbang
kepada mutu pengendalian yang lebih baik untuk HP4.
HP4
dengan Competition
Package.
Untuk gaya
yang lebih sofistikated dan penampilan yang lebih sporty, BMW HP4
serba baharu dengan Competition
Package
untuk perlumbaan turut disediakan sebagai pilihan. Pakej ini
menawarkan bahagian karbon HP yang lebih rapi seperti spoiler enjin,
sistem alas kaki penunggang, tuil brek dan klac boleh lipat dan
kemasan roda dalam warna Racing
Blue Metallic
dengan kit pelekat penaja istimewa yang meningkatkan lagi gaya
eksklusif motosikal supersports.
Harga
jualan runcit bagi BMW HP4 yang baharu (atas jalan, tanpa insurans)
ialah:
- BMW HP4 : RM144,444.00
- BMW HP4 Competition Package: RM158,888.00
No comments:
Post a Comment