Unsur ketagihan: Kawasaki KLX 150L


Anda tidak perlu menjadi seorang off-roader ataupun peminat enduro untuk menikmati keseronokan yang dijanjikan oleh penawaran terbaru Kawasaki, iaitu KLX150L. Mana-mana penunggang biasa mampu mempertimbangkan untuk beralih kepada motosikal trail ini tanpa memerlukan kemahiran khas, sama ada untuk menakluki jalan atau untuk mula menikmati penunggangan pesisir jalan atau off-road. 


Dengan bingkai perimeter yang sangat tegar dan roda bergaris pusat besar baru, KLX150L kini bersedia untuk menangani apa jua laluan. Tanggapan pertama yang akan anda buat apabila mula melihat KLX 150L ini adalah profil langsing dan tinggi nya. Dengan ketinggian tempat duduk 875 mm dan berat basah 115 kg, KLX 150L adalah motosikal yang paling tinggi di dalam kelas nya, dan juga yang paling langsing. Layangkan sebelah kaki di atas pelana motosikal tersebut dan anda mungkin menjengketkan kaki yang sebelah lagi.

Klik pautan ini untuk saksikan Video Tunggang uji di litar MX Ulu Yam

Duduk di atas KLX dan pusingkan hendal nya yang luas itu ke kiri dan ke kanan, dan anda akan dapati walaupun pusat graviti (CoG) nya agak tinggi, anda mampu mengalihkan titik pusat graviti (CoG) nya dengan mudah, dan ini menyumbang kepada ketangkasan dan kelincahan pengendalian motosikal tersebut. 
KUASA  :  Hidupkan enjin, dan anda akan menyedari bahawa terdapat gegaran yang minimum dan bunyi yang lembut dari enjin 144 cm3 empat lejang nya. Masukkan gear pertama, kilaskan pendikit dan motosikal itu bergerak tangkas dan akan segera meminta pertukaran dalam nisbah gear. Cukup berdaya kilas, setiap kilasan pendikit akan mencabar anda untuk mengalih gear bagi kelajuan yang lebih tinggi sehinggalah anda sampai ke kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya. Namun ingat, ianya bukan sebuah motosikal sport, dan kelajuan yang tinggi bukanlah satu amalan off-road.

Halakan ianya keluar dari jalan berturap, kerana di situlah motosikal ini akan berasa amat selesa dengan rida 21 "depan dan 18" roda belakang nya yang baru dan lasak . KLX 150 L ini mempunyai kuasa yang mencukupi dan dipercayai untuk tunggangan pesisir jalan. Nisbah gear direka sesuai untuk memenuhi segala kehendak kuasa dan cengkaman, dan setiap gear beralih dengan lancar untuk menyediakan tebaran kuasa yang linear dan luas. 
PENGENDALIAN  Bingkai kukuh nya mampu mengendalikan semua keadaan jalan raya dengan mudah, dengan gegaran yang minimum. Sistem suspensi KLX150L ini adalah yang terunggul dalam kelas 150cc.  Brek cakera memberikan kawalan kelajuan yang luar biasa dan membersih-kendiri dalam keadaan off-road, tidak seperti brek dram/gelendung. Ketika menyeberangi laluan bertanah dan trek berumput pada kelajuan 50-60 km / h, jentera ini dengan mudah akan mengendalikan daya tarikan kiri-kanan yang mudah dibetulkan dengan mudah oleh motosikal lincah ini. 



Dalam hutan bandar, berurusan dengan kesesakan jalanraya kini menjadi tugas yang ringan. Walaupun agak tinggi, keluasan membelok KLX150L ini adalah kecil, dan sangat berguna apabila mencilok melalui lalu lintas yang sesak. Ini dipermudahkan lagi dengan julat kuasa nya yang linear dan ciri-ciri pengendalian KLX ini. Postur tinggi nya memberi pandangan yang lebih baik bagi keadaan jalan raya di hadapan, sekaligus membantu dalam penentuan pilihan jalan yang akan digunakan untuk melarikan diri dari kerengsaan tersepit dalam lalu lintas sesak. Tanda harga nya yang rendah didatangkan dengan suspensi yang baik, roda, casis dan brek yang unggul dalam kelasnya.  Menakluki keadaan jalan raya yang tidak dijangka seperti banjir, jalan berlubang dan bonggol kelajuan kini tidak lagi menyusahkan , sebaliknya  hanya akan menyumbang kepada faktor keseronokan menghadapicabaran.

Pilih lah motosikal sports jika anda ingin kelajuan yang tinggi, dan jentera kembara untuk menunggang jarak jauh. Tetapi jika anda mahu meneroka kehidupan anda dengan lebih mendalam dan lebih luas, KLX 150 L adalah satu permulaan yang sangat baik. Terokai alam semula jadi dan anda akan melihat bahawa dunia tunggangan sebenar bukan lah hanya apa yang ada di jalanan, tetapi ianya satu dunia yang lebih luas tanpa batasan. 
ENJIN 
Jenis: 144 cm3 4-lejang satu silinder sejukan udara 
Gerek dan lejang: 58.0 x 54.4 mm 
Sistem bahan api: Karburetor Keihin NCV24 
Pencucuhan: DC-CDI 
Penghidup Elektrik / Kick 

FRAME 
Jenis: Perimeter, keluli 
Tayar: 
hadapan 2,75-21 45P 
belakang 4,10-18 59P 

PACUAN 
Transmisi: 5-kelajuan, ulangan 
Hantaran Akhir: rantaian bertebat
Klac: basah berbilang cakera, manual 

SUSPENSI 
Hadapan: Fork teleskopik 33 mm 
Belakang: Suspensi Uni-Trak, bolehlaras 5-tahap pra-bebanan 

BREK 
Hadapan: Jenis cakera 240 mm, angkup dwi-omboh 
Belakang: Jenis cakera 190 mm, angkup omboh 

PRESTASI 
Kuasa maksimum 8.6 kW {12} PS / 8,000 rpm 
Tork maksimum 11.3 N.m {1.2 kgf.m} / 6,500 rpm 
DIMENSI 
Ketinggian pelana: 875 mm 
Berat basah: 115 kg 
Kapasiti tangki bahan api: 7.0 liter










No comments: