Suzuki Assemblers Malaysia
Sdn Bhd memperkenalkan SUZUKI SMASH
Fi serba baharu, sebuah model kapcai baharu yang berkuasa dan berkarakter dan ianya pasti akan mampu menarik perhatian anda.
Model
baharu ini melambangkan sebuah dimensi baru dalam prestasi prima yang
digabungkan dengan penjimatan petrol yang luar biasa. SUZUKI SMASH
Fi telah direkacipta
dengan mengikuti ciri-ciri teknologi Hayabusa, motosikal yang
dikenali sebagai sebuah legenda. Setiap komponen telah dinilai semula
dan dipertingkatkan untuk mencapai kecekapan optima. Hasilnya adalah
sebuah model kapcai yang membayangi prestasi motosikal-motosikal
berkuasa tinggi Suzuki. Peningkatan dalam kesemua aspek ini
menawarkan kuasa pecutan dan penjimatan petrol yang lebih baik. Model
ini juga lebih ringan dan lebih tangkas dengan kekuatan casis yang
kukuh untuk pengendalian menakjubkan.
SUZUKI
SMASH Fi
serba baharu mempunyai pelbagai inovasi dan penambahbaikan.
(1)
Suntikan bahan api meningkatkan kuasa dan penjimatan petrol serta
menawarkan daya akselerasi yang lebih lancar.
(2)
Panel meter bersaiz besar mudah dibaca dan dilengkapi dengan penunjuk
kedudukan gear.
(3)
Saiz reflektor lampu hadapan dibesarkan sebanyak 100% untuk pancaran
yang lebih luas dan cerah.
(4)
Lampu belakang model ini jenis ‘cluster’ dengan lampu isyarat
berasingan mirip lampu motosikal Suzuki berkuasa tinggi.
(5)
Kotak utiliti yang besar bermuatan 8 liter.
SUZUKI SMASH Fi boleh didapati dengan 3 pilihan warna untuk versi SR dan 2 pilihan warna untuk versi R.
SR
dengan pilihan Biru, Hijau & Merah
R
dengan pilihan Hijau & Merah

No comments:
Post a Comment