Pihak Erik Buell Racing pada awalnya enggan mengulas apa-apa secara khusus tentang model 1190SX streetfighter apabila ianya muncul pertama kali dahulu. Kini beberapa maklumat mula timbul, malah kita kini tahu bahawa EBR 1190SX model 2015 tidak akan mempunyai enjin v-twin yang dikurangkan kuasanya daripada superbike EBR 1190RX. Seperti yang diharapkan , kita boleh menjangkakan 185hp dan 101 lbkaki tork akan dijana motosikal baru tersebut.


EBR 1190SX 2015 didatangkan tanpa pilihan ABS, dan Erik Buell Racing tidak menyebut sistem kawalan cengkaman (traction control) - dua teknologi utama yang terdapat pada pesaing 1190SX ini.
Dengan EBR 1190RX didatangkan dengan kawalan cengkaman, ia merupakan satu kejutan bila ianya tidak dipasang pada model streetfighter itu. Sama ada ini merupakan satu keputusan pengeluaran, atau hanya satu lagi maklumat yang masih dirahsiakan, masih belum dapat nilai sejauh mana kebenarannya.
