Bosch MSC anti lowside
Sistem bantuan tunggangan elektronik seperti kawalan cengkaman dan ABS kini semakin meningkatkan kemampuan motosikal model bagi menambahbaik tahap keselamatan motosikal masakini. Jentera baru seperti KTM 1190 Adventure R kini dilengkapi sistem Kawalan Kestabilan Motosikal(MSC) Bosch
yang merupakan lanjutan daripada sistem pakej Bosch 9 + ME ABS yang canggih.
Kesemua sistem ini menggunakan pelbagai sensor atau pengesan yang mampu membaca dinamik atau 'perangai' motosikal pada satu satu masa, seperti kelajuan, pecutan, kuasa brek, sudut sendeng dan juga gelongsoran (yaw). Sistem Bosch MSC kini mampu membantu penunggang mengawal motosikal ketika membrek di dalam selekoh dan mengelakkan motosikal mereka menggelongsor (lowside) akibat membrek roda hadapan secara berlebihan. Ini merupakan evolusi terkihni dalam teknologi brek anti-gelongsor (anti-lowside).
Sistem Bosch MSC ini mempunyai pelbagai kelebihan berbanding sistem ABS tradisional, kerana ia mampu menghalang roda daripada tergelincir semasa membrek ketika menyendengkan motosikal. Ini juga menghalang motosikal dari menegak sendiri ketika brek ditekan, dan menghalang motosikal terguling ketika membrek kecemasan.
Sistem ini juga mampu mengelakkan gelinciran roda belakang apabila memecut keluar dari selekoh, sekaligus mengelakkan roda depan dari terangkat pabila memecut keras.
KTM merupakan syarikat pertama yang memasang sistem Bosch MSC ini pada motosikal 1190 Adventure mereka, dan kini ianya juga telah digunakan oleh BMW untuk motosikal HP4 terbaru mereka dengan menggelarnya sebagai sistem ABS Pro.
Senarai semak 15 perkara untuk Balik kampung
Pulang bermotosikal bagi musim Hari raya memberikan keseronokan yang tidak boleh ditawarkan kereta atau kenderaan lain. Walaupun ini mungkin rutin biasa bagi kebanyakan orang, salah satu bahaya yang sentiasa tersembunyi tanpa disedari adalah leka daan berpuas hati bahawa keadaan motosikal kita adalah baik.
Tiada dapat dinafikan hakikat bahawa walaupun ia lebih mudah dikendalikan, motosikal adalah lebih berbahaya daripada memandu kereta. Motosikal kurang menawarkan perlindungan untuk penunggangnya, apatah lagi bagi sesetengah pemilik motosikal yang memilih untuk tidak memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar. Walau bagaimana mahir pun anda menunggang, dan dilengkapi dengan perlindungan keselamatan, kesilapan pengguna jalanraya yang lain mampu membawa kepada keadaan yang boleh membawa maut.
Sistem pemeriksaan popular digunakan oleh Yayasan Keselamatan Motosikal Amerika Syarikat dipanggil T-CLOCS. Ia bermaksud "Tayar, kawalan, lampu, minyak, casis, tongkat." Di bawah ini merupakan beberapa elemen penting untuk memastikan keselamatan motosikal anda bagi perjalanan jauh ke kampung halaman anda.
1. Brek belakang: Adalah penting untuk memastikan bahawa brek anda berfungsi dengan baik. Periksa takungan cecair brek belakang, dan isi semula jika perlu.
2. Kekenduran rantai: rantai yang longgar boleh tergelincir dari gegancu, membawa kepada keadaan yang tidak diingini, begitu juga rantai yang terlebih tegang. Pastikan kekenduran yang betul, dan gegancu tidak haus.
3. Gantungan/suspensi belakang harus berada dalam keadaan yang baik. Periksa jika spring gegelung atas gantungan tersebut telah pecah atau retak, dan laraskan gantungan anda mengikut beban.
4 Roda mestilah bulat dan tidak bengkok atau cacat. Apa-apa kecacatan akan menjejaskan pengendalian dan kawalan.
5. Lampu dan isyarat/signal mesti bekerja. Sebagaimana ianya penting untuk membantu penglihatan anda, sama juga penting bagi membolehkan orang lain melihat anda.
6. Nat dan skru mestilah diikat kemas supaya bahagian bahagian motosikal tidak jatuh dan/atau gagal.
7. Hendal mesti selaras dan lurus, tidak salah jajar, ketat atau senget untuk memastikan kawalan yang baik.
8. Kilasan kawalan pendikit mestilah licin dan tidak tersangkut: tanda-tanda kabel berjumbai. Periksa jika perlu.
9. Cermin pandangan belakang mesti tetap, dan tidak retak atau bergetar secara berlebihan, untuk memberikan pandangan yang baik tentang apa yang berlaku di belakang anda.
10. Brek depan: sama-sama kritikal untuk kuasa hentian anda. Periksa takungan cecair brek pada hendal, dan isi semula cecair yang perlu.
11. Hon: penting untuk memberi amaran tentang kehadiran anda kepada pengguna jalan raya yang lain.
12. Gantungan hadapan seharusnya berada di dalam keadaan yang baik untuk memastikan pengendalian yang selamat.
13. Pengurusan enjin: jalankan diagnostik enjin dan servis biasa.
14: Tayar yang haus akan kurang cengkaman di jalan raya dan kurang cengkaman dalam keadaan basah. Periksa tekanan tayar yang betul.
15. Pelincir: semak selang pertukaran pelincir dan aras pelincir bagi memastikan ianya mencukupi.
Selamat Hari Raya, dan mempunyai perjalanan selamat balik kampung.
Kawasaki Z 250 SL Super ringan dilancar
Kawasaki
Motors Malaysia Sdn Bhd kini menampilkan satu lagi model untuk
barisan Supernaked agresif siri Z nya dengan model Kawasaki Z250SL.
Ia dikuasai enjin satu selinder 249cc 4-lejang yang didokong kerangka
trellis tersendiri dari Kawasaki. Z terbaru ini menawarkan prestasi
sport dalam satu pakej yang langsing, padat dan ringan.
Kawasaki
Z250SL ini reka untuk tunggangan komuter dalam bandar bercirikan
sports, dan merupakan alternatif kepada Z250 sedia ada, sebagai
sebuah jentera berkemampuan perlumbaan yang lebih ringan selain
menawarkan ciri ciri kompetitif sebuah Ninja iaitu prestasi,
ketangkasan, pengendalian lincah dan ergonomik agresif - satu
gabungan ciri ciri yang mampu menggamit tolehan sewaktu tunggangan
anda dalam bandar.
Supernaked
bergaya langsing dan seksi ini mengekalkan gaya 'Z' dengan bahagian
ramping di tengah memberikan keterampilan motosikal yang dinamik.
Bahagian panel badan nya dipasang rapat dan padat agar menepati
keterampilan kemas dan tirus. Paparan instrumentasi digital yang
sporti menghiasi bahagian tengah yang di dokong hendal rata dan lebar
bagi membolehkan penampilan dan gaya-tunggang agresif.
Enjin
satu selinder 249 cc 4-lejang, DOHC 4-injap suntikan bahanapi sejukan
cecair nya menjanjikan tork bertenaga pada julat rendah dan
pertengahan, namun amat selesa untuk berputar pantas bagi
menghasilkan kuasa pada rpm tinggi untuk pecutan yang unggul. Enjin
satu silinder 4-lejang Z250SL menawarkan prestasi sporti dalam pakej
yang tirus, ringan dan padat. Ia menghasilkan dayakilas pertengahan
yang amat memuaskan, dan mampu berputar dengan cepat untuk mencapai
tahap rpm yang tinggi, di mana enjin nya benar-benar berupaya. Julat
rpm tinggi menyampaikan kuasa yang kuat dan meningkat dengan baik
tanpa turun mendadak. Seperti Ninja 250SL, setiap kilasan pendikit
menghasilkan lonjakan pecutan yang memuaskan bagi menujah motosikal
dan penunggang ke hadapan.
Bingkai
trellis rekabentuk tersendiri yang lansing dan padat direka khusus
bagi menghasilkan casis se ringan 148 kg. Jentera ini didokong sistem
gantungan sport dengan sistem hubungan gantungan belakang jenis
Kawasaki Uni-Trak. Ia nya pula disesuaikan dengan tayar yang lansing
(depan: 100 mm, belakang: 130 mm) untuk turut menyumbang kepada
pengendalian tajam dan lincah sambil memastikan kestabilan hebat.
Sama
seperti Ninja 250SL, gaya Supernaked agresif Z250SL ini kekal meniti
reka bentuk tema "langsing dan seksi". Penampilan pinggang
yang ramping nya menghasilkan rekabentuk motosikal yang yang dinamik.
Setiap bahagian motosikal ini telah direka sepadat mungkin, dan
dipasang bertaut
serapat
yang mungkin kepada kerangka untuk mengukuhkan lagi reka bentuk tirus
motosikal ini serta menambah penampilan berkualiti tinggi nya.
Z250SL
ini mengekalkan pengendalian ringan dan watak lincah Ninja 250SL
dengan kedudukan menunggang yang lebih tegak dan hendal yang lebih
luas bagi posisi menunggang yang sesuai untuk kawalan aktif dan
memudahkan penunggangan sport yang dinamik. Di bantu oleh enjin
berasaskan Ninja dan casis prestasi, penunggang Z250SL akan mampu
mengendalikannya dalam lalu lintas bandar dengan cekap.
Antara
ciri ciri utama Z250SL
Gaya
Supernaked Z yang Agresif
Reka
bentuk dinamik gaya ramping dilengkapkan oleh keterampilan ultra
ringan hasil dari ketelitian rekaan panel badan bertaut rapat dan
kerangka trellis tersendiri.
Ergonomik
Supernaked
Satu
pakej keseluruhan yang tirus, gaya hendal yang rata dan luas
meletakkan penunggang dalam kedudukan yang ideal untuk kawalan
aktif.
Instrumentasi
digital sepenuhnya
Panel
instrumen digital sepenuhnya memberikan rupabentuk kokpit yang moden,
Kerangka
trellis tersendiri
Kerangka
jenis trellis menghasilkan pakej yang tirus, ringan dan padat yang
menyumbang kepada pengendalian lincah.
Tupang
hadapan teleskopik 37 mm
Tupang
teleskopik 37 mm menyumbang kepada kestabilan, kelincahan dan
pengendalian ringan.
Casis
ringan
Z250SL
adalah seberat 148 kg, hampir 20kg lebih ringan daripada Z250
terdahulu. Keringanan ini banyak menyumbang kepada pengendalian
lincah motosikal ini.
Roda
ringan dengan tayar langsing
Roda
sports 10-jejari dilengkapi dengan tayar langsing yang dipilih untuk
pengendalian lincah motosikal ini.
Sistem
gantungan belakang Uni-Trak
Hubungan
gantungan belakang Uni-Trak tersendiri dari Kawasaki memastikan
perjalanan lancar dan pengendalian stabil dalam pelbagai kelajuan
dan keadaan jalan raya.
Penutup
Kipas Radiator
Rekaan
berpaten penutup untuk kipas radiator mengarahkan haba enjin haba ke
bawah dan jauh dari penunggang untuk keselesaan tambahan.
Brek
cakera berkelopak
Brek
cakera berkelopak depan dan belakang menyampaikan kuasa hentian yang
kuat, mudah dan kelihatan lebih sporti.
Penghidup
Elektrik
Penghidupan
enjin dimudahkan dengan suntikan bahan api dan penghidup elektrik.
Suntikan
bahan api
Penyuntik
bahanapi menghasilkan kabus bahanapi yang halus bagi penghantaran
bahan api yang sesuai di semua julat rpm.
Enjin
satu selinder 249 cm3 4-lejang sejukan cecair
Enjin
satu silinder yang menawarkan prestasi sporti tangkas berputar dalam
pakej yang tirus, ringan dan padat, bagi hantaran kuasa yang lancar
dan responsif pada rpm rendah dan sederhana dan penuh tujahan kuasa
pada rpm tinggi.
Tudung
lampu depan baru merupakan salah satu daripada unsur-unsur gaya utama
reka bentuk agresif Z250SL ini. Reka bentuk lampu depan tunggal dan
sporti menyumbang kepada imej tirus motosikal ini. Lampu depan
berbilang reflektor ini memancarkan jalur cahaya yang jelas bagi
memudahkan penglihatan waktu malam.
Tangki
bahan api nya yang tirus direka kembang di sisi dan menurun ke
hadapan bagi menampilkan lagi reka bentuk Supernaked agresif. Konsol
peralatan digital sepenuhnya memberikan paparan maklumat, termasuk
graf-bar tachometer digital, meter kelajuan digital, odometer, dua
rekod jarak perjalanan, jam, dan tolok bahan api. Cahaya latar meter
berwarna amber menyumbang kepada imej Z dan memudahkan bacaan
instrumen pada waktu malam.
Kawasaki
Z250SL ini didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Hitam dan juga
Oren , pada harga asas RM15,739.00
Perbezaan antara dua model parallel twin dan enjin mono silinder.
Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL
Model Kawasaki Z250 Kawasaki Z250SL
Enjin 4-stroke liquid-cooled Parallel Twin 4-stroke liquid-cooled single cylinder
Valve system DOHC, 4 valve per cylinder DOHC, 4 valve per cylinder
Displacement 249 cc 249cc
Max torque 21.0 Nm @ 10,000 rpm 22.6Nm @ 8,200RPM
Max power 31.5hp @ 11,000rpm 27.6 BHP @ 9700 RPM
Berat 168 kg 148 kg
SPESIFIKASI
BR250E/F
ENJIN
Jenis:
sejukan cecair, 4-lejang Satu Selinder
Sesaran:
249 cm3
Gerek
dan Lejang: 72.0 x 61.2 mm
Nisbah
mampatan: 11.3:1
Sistem
injap: DOHC, 4 injap
Sistem
bahan: api Suntikan bahan api: ΓΈ38 mm x 1
Pencucuhan:
Digital
Penghidup:
Elektrik
Pelinciran:
Pelinciran paksa, bah basah
Jenis
Kerangka: Tiub Berlian
Perjalanan
roda: depan 110 mm belakang 116 mm
Tayar:
hadapan 100/80-17M/C 52s
belakang
130/70-17M/C 62S
Sudut
condong 24 darjah
Jarak
90 mm
Sudut
kemudi (kiri / kanan) 36/36
PACUAN
Penghantaran:
6-kelajuan, ulangan
Hantaran
akhir: Rantai
Nisbah
pengurangan utama: 2.800 (84/30)
Nisbah
gear: 1 3.000 (33/11)
2
1,933 (29/15)
3
1,444 (26/18)
4
1,217 (28/23)
5
1.045 (23/22)
6
0,923 (24/26)
Nisbah
pengurangan akhir: 3.000 (42/14)
Klac:
Basah berbilang-cakera, manual
GANTUNGAN
depan:
37 mm Jenis teleskopik garpu
Belakang:
Jenis Uni-Trak
Pra-bebanan
Spring: 5-tahap
BREK
Depan:
Cakera 290 mm angkup dwi-omboh
Belakang:
Cakera cakera 220 mm angkup dwi-omboh
PRESTASI
Kuasa
maksimum : 20.6 kW {28} PS / 9,700 rpm
Tork
maksimum : 22.6 Nm {2.3 kgf.m} / 8,200 rpm
DIMENSI
Panjang
keseluruhan : 1,935 mm
Lebar
keseluruhan : 700 mm
Ketinggian
keseluruhan : 1,015 mm
Jarak
roda : 1,330 mm
Kelegaan
bumi : 180 mm
Ketinggian
tempat duduk : 785 mm
Berat
148 kg
kapasiti
bahan api : 11 liter
Subscribe to:
Posts (Atom)