



Tunggang motosikal di lebuh raya, dan gambaran yang jelas akan diperolehi bagi ciri kembara dan sports Ninja ini. Namun begitu ianya sangat sensitif terhadap tekanan tayar dan jika tekanan nya di bawah tahap yang disyorkan, pengendalian motosikal ini pada kelajuan perlahan akan menjadi berat. Panniers yang luas menawarkan banyak ruang simpanan dan mudah untuk dibuka mahupun dikunci. Walaupun berkapasiti besar di kiri kanan, ianya tidak mengganggu pengendalian kerana penirusan kerangka belakang membolehkan ianya dipasang lebih rapat ke dalam dan pengendalian motosikal ini dalam keadaan jalanraya sesak tidak lah bermasalah.
Kawasaki ini sekali lagi mendatangkan satu pakej yang bernilai bagi warisan Ninja dengan Ninja 1000 ABS baru ini. Sebuah jentera serbaguna untuk ke pejabat mahupun bagi perjalanan jauh, ianya mungkin sukar ditandingi oleh pesaingnya dalam perbandingan secara keseluruhan. Ninja 1000 ditawarkan pada harga asas RM83,615.00 dan versi touring yang lengkap dengan panniers pula boleh didapati pada harga RM88,665.00
Jenis enjin: Empat-lejang, DOHC, empat selinder sebaris
Sesaran enjin: 1043cc
Gerek & lejang: 77 mm x 56 mm
Nisbah mampatan: 11.8: 1
Penyejukan: Cecair
Sistem bahan api: Keihin 38 mm DFI Transmisi: enam kelajuan
Hantaran Akhir: Rantai X-ring
Gantungan depan: 41 mm terbalik
Gantungan belakang: monoshock mendatar
Brek hadapan: Dwi-300mm cakera kelopak dgn angkup 4-omboh monobloc ABS
Brek belakang: 250 mm cakera-kelopak, angkup omboh tunggal,dengan ABS
231kg Berat Basah