Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini memperkenalkan model Yamaha MT-09 pemasangan dalam negara. Motosikal 850 cc 4-lejang, cecair sejuk, enjin 3 silinder dengan suntikan bahan api ini merupakan model motosikal berkuasa tinggi kedua yang dipasang dalam negara di kilang Yamaha di Sungai Buloh selepas siri XJ yang merupakan model XJ6, XJ6 Diversion dan XJ6 Diversion F.


Pelanggan Yamaha kini mempunyai pilihan yang lebih luas bagi model motosikal berkuasa tinggi Yamaha untuk dipilih, sepadan dengan gaya hidup mereka yang arif menunggang. Yamaha MT-09 pemasangan tempatan ini ditawarkan pada harga RM 45,000 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat) dan boleh didapati di semua pengedar Yamaha terpilih seluruh negara bermula dari pertengahan Disember. Pilihan warna adalah Ungu Armor Deep dan Oren Menyala.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi:
Big Bike Business Department
Tel : 03-6157 7086
Fax : 03-6157 7087