Kawasaki kini meperkenalkan superbike satu-liter nya yang terkini: Kawasaki Ninja ZX-10R ABS model 2016. Kawasaki Ninja ZX-10R ABS ini sebenarnya adalah se hampir yang mungkin dengan sebuah superbike berspesifikasi perlumbaan. Ninja baru ini datang lengkap dengan peralatan perlumbaan yang dibangunkan dengan input dari dua juara World Superbike Kawasaki Racing Team, iaitu Tom Sykes dan Jonathan Rea sendiri. Malah Kawasaki telah menjuruskan kempen promosinya dengan hashtag #getcloser, membayangkan betapa model baru ini adalah seakan sama dengan jentera lumba superbike sebenar.
Read the English version at bottom of page.
Usah merasa terganggu dengan penampilan ZX-10R ABS baru ini dengan model sebelumnya. Di bawah fairing yang tampak biasa itu terlindung sebuah jentera baru Kawasaki telah melalui pembaharuan yang hampir hampir menyeluruh sepenuhnya. Perubahan kepada enjin, casis, suspensi, fairing, sistem elektronik, brek, dan ekzos semua dilakukan berdasarkan maklum balas daripada Sykes dan Rea, yang tidak dinafikan lagi merupakan dua pelumba yang paling biasa dengan Kawasaki Ninja ZX-10R ABS ini.
Pasukan pembangunan Kawasaki telah mereka semula atau menggantikan hampir semua bahagian enjin empat silinder sebaris 998cc yang telah diperkenalkan pada tahun 2011 itu. Omboh baru, aci sesondol, kepala silinder dan gear rendah, aci oleng ringan, injap kemasukan direka semula dengan pendikit elektronik, kotak udara yang 25 peratus lebih besar dan dinding sisi enjin lebih tebal adalah antara perubahan besar yang terlibat. Kejuruteraan inovatif dan praktikal juga telah meletakkan kotak penghantaran jenis kaset pada kedudukan yang tinggi supaya penanggalan nya mampu dilakukan tanpa perlu membuang minyak.
Kepala silinder dan engkol juga adalah serba baru dan juga 20 peratus lebih ringan. Ini mengurangkan inertia enjin dan membolehkan enjin berputar atau melambat lebih cepat, dan mampu meningkatkan pecutan dan nyahpecutan dengan berkesan. Malah ia juga jelas mempunyai manfaat tambahan dalam membantu perubahan arah motosikal agar lebih cepat, kerana inertia aci engkol mampu membantutkan kepantasan perubahan arah.
Aci oleng itu juga mendapat pengimbang baru yang lebih ringan, dan rod penyambung piston kini mempunyai salutan baru yang berupaya mengurangkan geseran pada rpm tinggi. Lubang kemasukan udara dan ekzos kini lebih lurus dan lebih luas bagi membolehkan aliran campuran udara/bahan api yang lebih mudah ke dalam ruang pembakaran. Kesemua lubang kemasukan udara dan ekzos kini digilap berkilat bagi membantu meningkatkan aliran, dan injap injap titanium kini digunakan untuk mengurangkan berat keseluruhan.
Hasilnya ialah penghasilan atau output kuasa setinggi 210 hp (154,4 kW) pada 13,000 rpm dengan kesan RAM Air, dan tork puncak 113.5 Nm (83,7-ft) pada 11,500 rpm. Mungkin ada yang berkata bahawa output maksimum ini adalah lebih kurang sama dengan model sebelumnya, namun begitu enjin baru ini sekarang memuncak pada rpm yang lebih tinggi dengan tork julat rpm sederhana yang lebih kuat, manakala mematuhi keperluan pelepasan Euro 4 yang lebih ketat.
Tiga pemetaan pencucuhan kini boleh dipilih - Penuh, Tengah dan Rendah (Full, Middle and Low). Pilihan pemetaan Rendah membataskan output kuasa kepada 60 peratus, dan pilihan pemetaan Tengah agak menarik, kerana ia akan menghasilkan pembatasan peratus output yang sama selagi mana bukaan pendikit adalah setakat 50 peratus. Kilas pendikit melepasi separuh, dan kuasa penuh kini akan berada dalam tangan anda.
Semua kuasa ini akan boleh diguna pakai sepenuhnya oleh penunggang, dengan bantuan pelbagai peranti elektronik. Di tengah-tengah keseluruhan pakej ini merupakan satu Unit Pengukuran Inertia Bosch (IMU) serba baru yang mengukur enam darjah pembolehubah kebebasan. Lima daripada paksi IMU diukur ini pelbagai sensor yang ada pada motosikal manakala paksi yang keenam dikira dengan sistem perisian milik sendiri. IMU ini kemudiannya akan menggunapakai kesemua maklumat ini untuk menala halus sistem kawalan yang boleh dilaras penunggang seperti kawalan cengkaman (KTRC), kawalan pelancaran (KLCM) dan juga kawalan brek enjin (KEBC).
Kawasaki Ninja ZX-10R ABS ini menggunakan sistem brek pintar (KIBS) yang menghubungkan unit kawalan ABS dengan kawalan elektronik enjin. Sistem ini memantau kelajuan roda depan dan belakang, kedudukan pendikit, kelajuan enjin, pergerakkan klac dan kedudukan gear untuk menentukan tekanan hidraulik brek yang ideal. Ini adalah kali pertama sistem brek bersepadu sebegini telah dipasang untuk sesebuah motosikal pengeluaran.
Satu lagi sistem yang direka untuk membantu keboleh-tunggangan (rideability) merupakan fungsi pengurusan selekoh yang inovatif. Teknologi ini membantu penunggang untuk terus berada di garisan dan sudut tunggangan yang dikehendaki, dengan secara automatik menyelaras kawalan cengkaman dan sistem brek bagi mengekalkan kedudukan motosikal. KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System) dan Sistem Pengurusan Selekoh ini dipasang standard pada Ninja ZX-10R ABS.
Geometri kerangka nya juga telah disemak semula dengan menempatkan penunggang lebih dekat dengan kemudi hadapan dan memanjangkan lengan ayun itu. Bahagian hadapan motosikal itu kini dimuatkan dengan lebih bebanan dan akan memudahkan kestabilan kemasukan selekoh dengan lebih baik, dan dibantu pengurangan inertiadari bahagian-bahagian berputar ringan enjin.
Kawasaki Ninja ZX-10R ABS 2016 ini menggunakan kit suspensi terkini Showa yang pertama kali digunakan pada sebuah motosikal pengeluaran. Ia mempunyai reka bentuk baru yang menjanjikan penghapuskan turun naik keseimbangan tekanan dengan menggunakan Balance Free Fork (BFF) dan Rear Cushion (BFRC) yang telah dibangunkan dalam MotoGP dan WSBK sepanjang tahun 2014.
Di tengah-tengah paparan instrumen Ninja ZX-10R ABS merupakan tachometer jenis bar yang memaparkan rpm dengan LED nyalaan belakang, yang pertama kali diperkenalkan pada model 2011. Tachometer ini juga berfungsi sebagai penunjuk alihan gear: LED akan menyala apabila rpm yang tertentu dicapai. Penunggang boleh menetapkan rpm penunjuk alihan gear ini mengikut kegemaran sendiri. Paparan digital ini telah dikemaskini untuk memasukkan paparan kawalan pelepasan KLCM (Kawasaki Launch Control Mode), Kawalan Brek Enjin Kawasaki (KEBC) dan fungsi alihan gear cepat Kawasaki Quick Shifter (KQS), dan juga petunjuk IMU. Fungsi tambahan pada meter termasuklah penunjuk kedudukan gear, odometer, meter perjalanan dua, penggunaan bahan api purata, penggunaan bahan api serta-merta, Mod Kuasa (3 mod), S-KTRC (5 mod + OFF), amaran bahan api rendah, Penunjuk Ekonomi Menunggang, dan pelbagai Isyarat laib. Kesemua mod dan fungsi ini dikawal menggunakan butang pelbagai fungsi yang terletak di pemegang hendal kiri.
Akhir sekali, fairing yang lebih besar telah disarankan oleh pasukan WSBK untuk membantu meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan aliran aerodinamik. Peningkatan perlindungan angin didakwa membantu pelumba mengubah kedudukan dengan lebih mudah sewaktu membrek di selekoh, kerana udara akan kurang bergelora. Cermin penghadang angin kini disokong sepenuhnya oleh fairing dan kurang bergetar pada kelajuan tinggi. Lubang kemasukan udara ditepi cermin mengurangkan tekanan udara negatif dalam kokpit untuk menstabilkan aliran udara dan mengurangkan olengan topi keledar oleh angin. Penghadang lumpur atau madgad depan mendapat peningkatan rekabentuk yang membantu udara untuk didorong terus ke radiator bagi meningkatkan penyejukan.
Kawasaki Ninja ZX10-R didatangkan dalam pilihan warna hijau Lime Green, Kelabu dan Hitam.
Kod pemasaran: ZX1000-S
ENJIN
Jenis 4-sebaris 4-lejang sejukan cecair
Sesaran 998 cc
Gerek dan lejang 76.0 x 55.0 mm
Nisbah mampatan 13.0: 1
Sistem injap DOHC, 16 injap
Suapan bahan api sistem suntikan bahan api: ø47 mm x 4 dengan dwi-penyuntik
Pencucuhan Digital
Penghidup Elektrik
Pelinciran Pelinciran paksa, tangki basah dengan penyejuk minyak
PEMACUAN
Transmisi 6-kelajuan, berulang
Pacuan akhir Rantai
Pengurangan nisbah utama 1,681 (79/47)
Nisbah Gear:
1 2.600 (39/15)
2 2,214 (31/14)
3 1,944 (35/18)
4 1,722 (31/18)
5 1,550 (31/20)
6 1,391 (32/23)
Nisbah pengurangan akhir 2,294 (39/17)
Klac manual dengan cakera berbilang basah
KERANGKA
Jenis lengan berkembar, aluminium tetuang
Perjalanan roda hadapan 120 mm
belakang 114 mm
Tayar: depan 120/70ZR17M / C (58W)
belakang 190/55ZR17M / C (75W)
Sudut raih (caster) 25.0°
Jejak (trail) 107mm
Sudut stereng 27° ke kiri / kanan 27°
Prestasi:
Kuasa maksimum 147.1kW {200} PS / 13.000 min-1 (MYS)
Kuasa maksimum dengan Ram udara: 154.4kW {210} PS / 13.000 min-1 (MYS)
Tork maksimum 113.5 Nm {11.6 kgf.m} / 11,500 min-1 (MYS)
BREK
Depan: Brembo dwi-cakera ø330 mm separa terapung
Angkup dwi-monoblok Brembo M50 pemasangan radial, 4-omboh bertentang
Belakang: cakera tunggal ø220 mm
Angkup omboh aluminium lubang tunggal pemasangan pin
DIMENSI
Panjang keseluruhan 2,090 mm
Lebar keseluruhan 740 mm
Ketinggian keseluruhan 1,145 mm
Jarak roda 1,440 mm
Kelegaan bumi 145 mm
Ketinggian tempat duduk 835 mm
Berat kasar 206 kg
Kapasiti bahan api 17 liter
Getting closer to the winning machine
Kawasaki now unveiled its latest liter superbike: the 2016 Ninja ZX-10R ABS. The 2016 Kawasaki Ninja ZX-10R ABS is as close as it gets to a racing-spec superbike. The new Ninja comes with an impressive arsenal of race-derived equipment developed with the input of Kawasaki Racing Team’s two World Superbike champions, Tom Sykes and Jonathan Rea. Kawasaki has in fact spearheaded its promotional campaign with the #getcloser hashtag, implying how much the new model is similar to the actual superbike racer.
Do not feel perturbed by the identical looks of the new Kawasaki ZX-10R ABS to its predecessor. Under those familiar fairings lies a brand new machine that Kawasaki has left barely nothing untouched. Changes to the engine, chassis, suspension, fairings, electronics, brakes, and exhaust were all done based on feedback from Sykes and Rea, the very two riders who are most familiar with the Ninja ZX-10R ABS.
Kawasaki’s development team has redesigned or replaced almost all parts of the 998 cc four cylinder in-line engine first introduced in 2011. New pistons, camshafts, cylinder head and primary gear, lighter crankshaft, redesigned porting with electronic throttle valves, 25 percent bigger airbox and thicker engine sidewalls are among the major changes involved. Innovative and practical engineering placed the brand new cassette-type transmission relatively high in the engine so that its removal could be done without having to drain the oil.
The cylinder head and crankshaft are all new and 20 percent lighter. This reduces engine inertia and allows the engine to spin up or slow down faster, which obviously improves acceleration and deceleration, and also has the added benefit of helping the bike change directions more quickly as crankshaft inertia can blunt directional change quickness.
The crankshaft also gets a new, lighter balancer, and the connecting rods have a new coating which reduces friction at high rpm. The new cylinder head’s intake and exhaust ports are now straighter and wider, allowing the flow of more air/fuel mixture into the combustion chamber. Both the intake and exhaust ports are now polished, which helps improve flow, and the valves are now titanium for weight reduction.
The result is an output of 210 hp (154.4 kW) at 13,000 rpm (with the RAM Air effect) and a peak torque of 113.5 Nm (83.7 lb-ft) at 11,500 rpm. Some may say that the maximum output is more or less the same as that of the previous model, but the new engine now peaks at higher rpm with stronger mid-range torque, whilst complying to the tighter Euro 4 emissions requirements.
Three adjustable ignition mapping are available – Full, Middle and Low. The Low setting restrict power output to 60 percent, and the Middle map interestingly would maintain the same percentage of power as long as throttle opening is up to 50 percent. Flick the throttle beyond the halfway mark, and Full power would be at hand.
All this power would be fully useable to the rider, with the help of an impressive multitude of electronics. At the heart of the package is a brand new Bosch Inertia Measurement Unit (IMU) that measures six degrees of freedom variables. Five of the IMU axises are measured by an array of sensors, with the sixth calculated by the system’s proprietary software. The IMU then uses all these information to fine-tune the rider-adjustable control systems which are the traction control (KTRC), the launch control (KLCM) and engine braking (KEBC).
The Kawasaki Ninja ZX-10R ABS now employs the intelligent braking system (KIBS) that links the ABS control unit with the engine’s electronic control. The system monitors the front and rear wheel speed, front brake caliper hydraulic pressure, throttle position, engine speed, clutch actuation and gear position to determine the ideal brake hydraulic pressure. This is the first time such an integrated braking system has been installed to a production motorcycle.
Another system designed to assist rideability is the innovative Cornering Management function. The technology helps riders to stay on their intended line through the corner by automatically co-ordinating the traction control and the braking system. The KIBS (Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System) and Cornering Management comes standard on the Ninja ZX-10R ABS.
The frame geometry has been revised by seating the rider closer to the steering head and elongating the swingarm. The front is now loaded with more weight and facilitates better corner entry stability, and further assisted by the reduced inertia from the lighter rotating parts of the engine.
The Kawasaki Ninja ZX-10R ABS 2016 model employs Showa’s latest suspension kit that debuts on this bike. It feature a new design that promises to eliminate pressure balance fluctuations by using the Balance Free Fork (BFF) and Rear Cushion (BFRC) which have been developed in MotoGP and WSBK throughout 2014.
The centrepiece of the Ninja ZX-10R ABS’s instrument panel is the high visible LED-backlit bargraph tachometer – a mass-production first when introduced on the 2011 model. The tachometer also functions as a shift indicator: the LEDs will flash when the set rpm is reached. Riders can set the shift indicator rpm according to preference. The digital display updated to include the new Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Engine Brake Control (KEBC) and Kawasaki Quick Shifter (KQS) functions, as well as an indicator for the IMU. Additional functions on the multi-function meter include: gear position indicator, odometer, dual trip meters, average fuel consumption, instant fuel consumption, Power Mode (3 modes), S-KTRC (5 modes + OFF), low fuel indicator, Economical Riding Indicator, and a host of indicator lamps. The
numerous modes and functions are controlled using a multi-function button located at the left handle.
Last but not least, a larger top fairing was requested by the WSB team to help improve high-speed stability and aerodynamic flow. Increased wind protection is claimed to help racers change position more easily under braking turns because the air is less turbulent. The windscreen is now fully supported by the fairing and vibrate less at high speed. Intakes at the side of the windscreen reduce negative air pressure in the cockpit to stabilise airflow and reduce helmet buffeting. A new front mudguard gets a stepped design helping to direct air to the radiator to increase cooling.
The Kawasaki Ninja ZX10-R is available in Lime Green, Grey and Black.
Marketing code: ZX1000-S
ENGINE
Type Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four
Displacement 998 cm3
Bore and Stroke 76.0 x 55.0 mm
Compression ratio 13.0:1
Valve system DOHC, 16 valves
Fuel system Fuel injection: ø47 mm x 4 with dual injection
Ignition Digital
Starting Electric
Lubrication Forced lubrication, wet sump with oil cooler
DRIVETRAIN
Transmission 6-speed, return
Final drive Chain
Primary reduction ratio 1.681 (79/47)
Gear ratios:
1st 2.600 (39/15)
2nd 2.214 (31/14)
3rd 1.944 (35/18)
4th 1.722 (31/18)
5th 1.550 (31/20)
6th 1.391 (32/23)
Final reduction ratio 2.294 (39/17)
Clutch Wet multi-disc, manual
FRAME
Type Twin spar, cast aluminium
Wheel travel: front 120 mm
rear 114 mm
Tyre: front 120/70ZR17M/C (58W)
rear 190/55ZR17M/C (75W)
Caster (rake) 25.0°
Trail 107mm
Steering angle:degrees 27° left/ 27° right
Performance:
Maximum power : 147.1kW {200 PS} / 13,000 min-1 (MYS)
Maximum power with Ram Air: 154.4kW {210 PS} / 13,000 min-1 (MYS)
Maximum torque : 113.5 N.m {11.6 kgf.m} / 11,500 min-1 (MYS)
BRAKES
Front: Type Dual semi-floating ø330 mm Brembo discs
Caliper Dual radial-mount, Brembo M50 monobloc, opposed 4-piston
Rear: Type Single ø220 mm disc
Caliper Single-bore pin-slide, aluminium piston
DIMENSIONS
Overall length 2,090 mm
Overall width 740 mm
Overall height 1,145 mm
Wheelbase 1,440 mm
Ground clearance 145 mm
Seat height 835 mm
Curb mass 206 kg
Fuel capacity 17 litres