Honda RS150R dilancar


Harga bermula RM8,213.94 hingga RM8,372.94 termasuk GST






NMax skuter terbaharu dari Yamaha



Yamaha telah membawa masuk skuter terbaharu mereka iaitu Yamaha NMAX. Skuter menarik ini berenjin 155cc satu silinder enjin empat lejang dan bergaya sporty.

Pada pandangan pertama,  NMAX ini tampak besar dan hampir kelihatan seperti sebuah maxi-skuter.
Ia datang dengan reka bentuk yang elegan dan bergaya. Model ini tersedia ada dalam dua warna: Kelabu dan Merah.

NMAX juga dilengkapi dengan papan pemuka LCD penuh yang memberikan maklumat penunjuk bahan api, penunjuk kelajuan, isyarat seterusnya dan juga penunjuk "eco" bagi membantu penjimatan petrol.

Pencahayaan yang baik didatangkan oleh lampunya untuk menunggang malam dan lampu belakang LEDnya berkelip jelas dengan tekanan tuil brek.

Pelana motosikal ini selesa dan cukup lebar di bahagian hadapan, tetapi lebih luas di kawasan pembonceng motosikal, memberikan keselesaan kepada kedua dua penunggang dan pembonceng semasa tunggangan panjang.

Kedudukan menunggang yang menegak adalah selesa dan melegakan. Tempat letak kaki juga memberikan pilihan menunggang lurus atau meringankan tulang belakang di belakang dengan mengubah posisi letak kaki.
Menariknya NMAX menawarkan  kotak petak besar 25 liter yang boleh memuatkan topi keledar atau beg sederhana. Dwi-penyerap kejutan di bahagian belakang memastikan perjalanan selesa di bandar.

Yamaha NMAX ini dikuasai enjin suntikan bahan api 155cc, yang dilengkapi dengan teknologi Blue Core dipatenkan Yamaha dan VVA (Variable Valve). Enjin Blue Core mempunyai sistem pembakaran bahan api yang baik dan mampu memacu skuter 127kg ini pada kelajuan yang agak luar biasa untuk sebuah skuter 155cc.

Tunggangan Yamaha NMAX ini didapati mantap mengawal selekoh dan maklumbalas roda yang baik. NMAX ini dengan mudah mampu melebihi had laju lebuhraya bagi tunggangan jarak jauh yang lancar.

Skuter baharu boleh didapati di pengedar sah Yamaha, dengan harga jualan asas RM8,812.14 (6% GST termasuk tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).






Foodie Truck tawar alternatif menarik

Kebelakangan ini sering kelihatan usahawan sektor makanan yang menggunakan trak makanan atau lebih popular dikenali sebagai food truck. Bagi usahawan yang ingin menceburi bidang ini tanpa modal yang terlalu membebankan, kini terdapat satu alternatif  lebih murah iaitu trak bolehtunda yang mudah ditarik ke lokasi perniagaan pilihan anda. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar utama, ia nya malah hanya memerlukan sebuah Kelisa untuk ditarik ke mana sahaja.
 FoodieTruck ini ditawarkan oleh FEP Management & Consultancy, syarikat tunggal di Malaysia yang mengimport dan memasang dan  membekalkan trak makanan mudah alih di Malaysia dan negara-negara Asia. FoodieTruck ini mudah disesuaikan berdasarkan kepada keperluan  kelengkapan persediaan makanan di dalam trak makanan mudah alih termasuk fryer , pengukus , takoyaki griller , ketuhar mudah alih, mesin popcorn dan bermacam peralatan lain yang digunakan oleh perniagaan pemiliknya .

 Unit Standard FoodieTruck ini datang dengan saiz standard dan dimensi yang sesuai dan sedia dibuat untuk menjalankan perniagaan. Setiap satunya diperbuat daripada badan kaca serat yang amat dipercayai dan keluli tahan karat yang menepati piawaian penyediaan makanan antarabangsa. Anda boleh mendapatkan Foodietruck ini dari harga serendah RM16,000 untuk unit asas, ataupun memilih pakej dengan kelengkapan tersedia mengikut perniagaan yang anda ingin ceburi. Harga ini tentunya jauh lebih murah berbanding beberapa model foodtruck sedia ada yang berganda lebih mahal. Beberaka rekabentuk yang telah lengkap disediakan dengan peralatan berkaita juga disediakan bagi yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan.
   Namun apa yang paling menarik perhatian kami adalah Foodietruck ini jauh lebih mesra pelanggan, kerana mereka dapat berurusan dan berkomunikasi dengan penjual pada aras mata yang lebihkurang sama, dan lebih mesra. Ini berbeza dengan foodtruck konvensional di mana kita sering perlu mendongak ke atas untuk berkomunikasi dengan penjual yang berada beberapa kaki lebih tinggi dari kita, dan secara tidak langsung sebenarnya menimbulkan ketidakselesaan pelanggan. Untuk perlesenan, berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi: 1. Mobile food cart ini memerlukan lesen Multi-truck dari pihak JPJ yang bersamaan dengan permit menarik Bot, jetski dan motor menggunakan trailer kecil - RM100 setahun. Walaubagaimanapun, difahamkan lesen ini ada pengecualiannya dan tidak diperlukan dalm kebanyakan keadaan, sama seperti kita menarik kereta rosak (towing) bukan di atas lebuhraya, atau melebihi 50km. 2. Setiap unit Mobile Food Cart ini akan disertakan dengan Salinan Chasis binaan dan lukisan chassis untuk proses permohonan lesen Multitruck JPJ 3. Pihak pembeli akan menguruskan permohonan ini 4. Untuk lesen berniaga Pihak Berkuasa tempatan, pembeli boleh memohon lesen niaga bergerak 5. Lesen niaga bergerak melayakkan peniaga untuk berniaga di lokasi berlainan dibawah bidang kuasa Pihak berkuasa tempatan yang dipohon
 Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pengimpot/pembekal FoodieTruck ini iaitu: FEP MANAGEMENT & CONSULTANCY(002477998-K) NO.28-2, JALAN TEMENGGUNG 17/9, BANDAR MAHKOTA CHERAS, 43200 CHERAS SELANGOR PN NORMAHUDA OMAR TEL : 017-8712258 EMAIL : foodietruckmalaysia@gmail.com   Artikel berkaitan: Mobile Caravan