Yamaha telah membawa masuk skuter terbaharu mereka iaitu Yamaha NMAX. Skuter menarik ini berenjin 155cc satu silinder enjin empat lejang dan bergaya sporty.
Pada pandangan pertama, NMAX ini tampak besar dan hampir kelihatan seperti sebuah maxi-skuter.
Ia datang dengan reka bentuk yang elegan dan bergaya. Model ini tersedia ada dalam dua warna: Kelabu dan Merah.
NMAX juga dilengkapi dengan papan pemuka LCD penuh yang memberikan maklumat penunjuk bahan api, penunjuk kelajuan, isyarat seterusnya dan juga penunjuk "eco" bagi membantu penjimatan petrol.
Pencahayaan yang baik didatangkan oleh lampunya untuk menunggang malam dan lampu belakang LEDnya berkelip jelas dengan tekanan tuil brek.
Pelana motosikal ini selesa dan cukup lebar di bahagian hadapan, tetapi lebih luas di kawasan pembonceng motosikal, memberikan keselesaan kepada kedua dua penunggang dan pembonceng semasa tunggangan panjang.
Kedudukan menunggang yang menegak adalah selesa dan melegakan. Tempat letak kaki juga memberikan pilihan menunggang lurus atau meringankan tulang belakang di belakang dengan mengubah posisi letak kaki.
Menariknya NMAX menawarkan kotak petak besar 25 liter yang boleh memuatkan topi keledar atau beg sederhana. Dwi-penyerap kejutan di bahagian belakang memastikan perjalanan selesa di bandar.
Yamaha NMAX ini dikuasai enjin suntikan bahan api 155cc, yang dilengkapi dengan teknologi Blue Core dipatenkan Yamaha dan VVA (Variable Valve). Enjin Blue Core mempunyai sistem pembakaran bahan api yang baik dan mampu memacu skuter 127kg ini pada kelajuan yang agak luar biasa untuk sebuah skuter 155cc.
Tunggangan Yamaha NMAX ini didapati mantap mengawal selekoh dan maklumbalas roda yang baik. NMAX ini dengan mudah mampu melebihi had laju lebuhraya bagi tunggangan jarak jauh yang lancar.
Skuter baharu boleh didapati di pengedar sah Yamaha, dengan harga jualan asas RM8,812.14 (6% GST termasuk tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
No comments:
Post a Comment