Pelumba
Thailand, Decha Kraisart beraksi cemerlang pada hari pertama saingan
Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) setelah muncul pelumba
terpantas dengan catatan 1;39.586s sambil pelumba negara, Mohd Zaqhwan
Zaidi turut memperaga aksi konsisten dengan catatan kedua terpantas
dalam kelas SuperSports 600cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram,
Thailand hari ini.
Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda yang
turun ke litar dengan misi merebut gelaran juara keseluruhan
melakukan catatan terbaik 1'39.716s diikuti rakan sepasukan Decha dari
pasukan Yamaha Thailand Racing, Chalermpol Polamai, 1'39.830s. Pendahulu
keseluruhan, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS With WOW turut
beraksi cemerlang dengan catatan keempat terpantas, 1'39.889s.
Namun
bagi Zaqhwan, dia lebih memberikan tumpuan terhadap Koyama berbanding
Decha. "Saya tidak begitu bimbangkan Decha sekalipun dia agak laju pada
hari ini sebaliknya saya lebih memberi tumpuan terhadap Koyama kerana
kami sama-sama sedang bersaing untuk mengejar gelaran juara
keseluruhan," jelas Zaqhwan.
Tambahnya, "Cuaca minggu ini
juga agak sejuk dan mungkin memberikan sedikit kesukaran kepada saya
pada perlumbaan sebenar nanti. Saya perlu memilih tayar yang sesuai
memandangkan dalam cuaca sejuk seperti ini, tayar perlu bekerja lebih
keras untuk mendapatkan cengkaman yang baik dan pada masa sama saya
perlu kekal konsisten pada setiap pusingan. Saya jangkakan perlumbaan
minggu ini sangat mencabar dan saya tidak boleh melakukan sebarang
kesilapan tidak kira strategi, pemilihan tayar atau ketika di litar."
Rakan
senegara yang masih mampu memberikan cabaran untuk merangkul gelaran
keseluruhan, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeART Racing Kawasaki) mencatat
masa kelima terpantas dengan catatan 1'39.898s manakala pelumba
Kejuaraan SuperSports Dunia (WSS) negara, Zulfahmi Khairuddin yang
beraksi secara wildcard turut memberikan saingan apabila sekadar ketinggalan
0.765s di belakang pendahulu dengan catatan 1'40.351s.
"Saya
gembira dengan peluang beraksi di Buriram minggu ini. Saingan hari
pertama agak baik untuk saya dan masih banyak ruang untuk diperbaiki
memandangkan ini kali pertama saya beraksi dengan jentera pasukan
BikeART Racing Kawasaki ini. Pasukan telah bertungkus lumus untuk
menyediakan jentera terbaik dan saya jangka dapat memberikan aksi lebih
baik pada sesi kelayakan esok," jelas Zulfahmi.
Saingan
kelas SuperSports 600cc dikuasai juara keseluruhan, Apiwat Wongthananon
(Yamaha Thailand Racing Team) dengan masa 1'53.920s diikuti pelumba
Yamaha Racing Indonesia, Galang Hendra Pratama dan Takehiro Yamamoto
(TRICKSTAR Racing), masing-masing dengan catatan 1'55.594s dan
1'55.968s.
Pendahulu, Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS
Indonesia) muncul pelumba terpantas kelas Underbone 130cc dengan masa
2'09.309s diikuti dua pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham (UMA Racing
Yamaha Maju Motor) dan Md Shah Khairil Hisham (FELDA PB Racing) dengan
masa 2'10.719s dan 2'11.363s.
Keputusan:
SuperSports 600
1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1'39.586s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1'39.716s
3. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1'39.830s
4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 1'39.889s
5. Azlan Shah Kamruzaman (MAS) Kawasaki 1'39.898s
*10. Zulfahmi Khairuddin (MAS) Kawasaki 1'40.351s
Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 1'53.920s
2. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1'55.594s
3. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 1'55.968s
4. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 1'55.976s
5. Ayumu Tanaka (JPN) Kawasaki 1'56.059s
Underbone 130cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 2'09.309s
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 2'10.719s
3. Md Shah Khairil Hisham (MAS) 2'11.363s
4. Md Haziq Fairues (MAS) 2'11.679s
5. Md Adib Rosley (MAS) 2'12.016s
No comments:
Post a Comment