FoodieTruck ini ditawarkan oleh FEP Management & Consultancy, syarikat tunggal di Malaysia yang mengimport dan memasang dan membekalkan trak makanan mudah alih di Malaysia dan negara-negara Asia. FoodieTruck ini mudah disesuaikan berdasarkan kepada keperluan kelengkapan persediaan makanan di dalam trak makanan mudah alih termasuk fryer , pengukus , takoyaki griller , ketuhar mudah alih, mesin popcorn dan bermacam peralatan lain yang digunakan oleh perniagaan pemiliknya .
Unit Standard FoodieTruck ini datang dengan saiz standard dan dimensi yang sesuai dan sedia dibuat untuk menjalankan perniagaan. Setiap satunya diperbuat daripada badan kaca serat yang amat dipercayai dan keluli tahan karat yang menepati piawaian penyediaan makanan antarabangsa. Anda boleh mendapatkan Foodietruck ini dari harga serendah RM16,000 untuk unit asas, ataupun memilih pakej dengan kelengkapan tersedia mengikut perniagaan yang anda ingin ceburi. Harga ini tentunya jauh lebih murah berbanding beberapa model foodtruck sedia ada yang berganda lebih mahal. Beberaka rekabentuk yang telah lengkap disediakan dengan peralatan berkaita juga disediakan bagi yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan.
Namun apa yang paling menarik perhatian kami adalah Foodietruck ini jauh lebih mesra pelanggan, kerana mereka dapat berurusan dan berkomunikasi dengan penjual pada aras mata yang lebihkurang sama, dan lebih mesra. Ini berbeza dengan foodtruck konvensional di mana kita sering perlu mendongak ke atas untuk berkomunikasi dengan penjual yang berada beberapa kaki lebih tinggi dari kita, dan secara tidak langsung sebenarnya menimbulkan ketidakselesaan pelanggan. Untuk perlesenan, berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi: 1. Mobile food cart ini memerlukan lesen Multi-truck dari pihak JPJ yang bersamaan dengan permit menarik Bot, jetski dan motor menggunakan trailer kecil - RM100 setahun. Walaubagaimanapun, difahamkan lesen ini ada pengecualiannya dan tidak diperlukan dalm kebanyakan keadaan, sama seperti kita menarik kereta rosak (towing) bukan di atas lebuhraya, atau melebihi 50km. 2. Setiap unit Mobile Food Cart ini akan disertakan dengan Salinan Chasis binaan dan lukisan chassis untuk proses permohonan lesen Multitruck JPJ 3. Pihak pembeli akan menguruskan permohonan ini 4. Untuk lesen berniaga Pihak Berkuasa tempatan, pembeli boleh memohon lesen niaga bergerak 5. Lesen niaga bergerak melayakkan peniaga untuk berniaga di lokasi berlainan dibawah bidang kuasa Pihak berkuasa tempatan yang dipohon
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pengimpot/pembekal FoodieTruck ini iaitu: FEP MANAGEMENT & CONSULTANCY(002477998-K) NO.28-2, JALAN TEMENGGUNG 17/9, BANDAR MAHKOTA CHERAS, 43200 CHERAS SELANGOR PN NORMAHUDA OMAR TEL : 017-8712258 EMAIL : foodietruckmalaysia@gmail.com Artikel berkaitan: Mobile Caravan