Benelli lancar Leoncino 500


Nah kita saksikan pula satu lagi model menarik yang akan dijual di Malaysia!
Benelli Leoncino 500 akan dijual oleh Benelli Malaysia pada separuh kedua tahun 2017 ini.

Ia dibekalkan enjin 500cc dwi selinder DOHC empat lejang suntikan bahanapi kawalan elektronik, dengan empat injap setiap silinder. Kuasa maksima 47 hp pada 8500 rpm dan penghasilan tork maksimum sebanyak 45 Nm dilaporkan. Pelinciran menggunakan sistem takungan basah, dan hantaran kuasa melalui klac hidraulik dan kotak gear 6-kelajuan.
Rangka trellis mendukung keseluruhan motosikal untuk kemantapan semua keadaan tunggangan. Rim  aloi 17’ menggunakan tayar depan 120/70-ZR17 dan belakang 160/60-ZR17. Suspensi hadapan  dengan diameter 45mm adalah jenis fork terbalik, dan lengan ayun belakang dipasang penyerap kejutan sisi. Brek merupakan jenis sistem ABS dengan empat angkup untuk hadapan dengan cakera 320mm dan satu angkup dengan cakera 260mm di belakang.

Menurut En. Asri Ahmad yang merupakan Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Leoncino ini merupakan salah satu motorsikal yang akan menjadi sebuah model yang mudah didapati dengan harga yang kompetitif. Harganya akan diumumkan kemudian.




Sistem mata Demerit KEJARA usaha cegah kemalangan



KENYATAAN MEDIA OLEH KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA SEMPENA PELAKSANAAN SISTEM MATA DEMERIT 2017

 Sistem Mata Demerit diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepatuhan pemandu kenderaan motor terhadap peraturan lalu lintas. Pemandu yang kerap melakukan kesalahan lalulintas serta mempunyai banyak rekod kesalahan lebih cenderung untuk membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Pelaksanaan Sistem Mata Demerit dilihat dapat membendung seseorang pemandu kenderaan motor itu daripada berterusan melakukan kesalahan dan akhirnya menyumbang kepada berlakunya kemalangan serta kehilangan nyawa. 

 Sistem Mata Demerit ini telah dilaksanakan di beberapa buah Negara termasuk negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia, Canada, German, Singapore dan lain – lain yang mana ternyata memberikan kesedaran dan peringatan seterusnya menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan dan kematian di jalanraya.

 Seseorang pemandu kenderaan motor akan dikenakan mata demerit apabila mereka didapati melakukan kesalahan lalulintas. Mata demerit yang diberikan adalah berdasarkan jenis kesalahan yang telah disabitkan atau yang telah dikompaunkan. Mata-mata ini akan terkumpul dan apabila mencapai jumlah yang ditetapkan tindakan berikut akan diambil:

PEMEGANG LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)
Mata Terkumpul              Tindakan                         Tempoh Gantung
20 Mata Pertama              Amaran                           -
20 Mata Kedua                 Gantung Kali Pertama   6 – 8 Bulan
20 Mata Ketiga                 Gantung Kali Kedua      8 – 10 Bulan
20 Mata Keempat             Gantung Kali Ketiga      10 – 12bulan 
Tiga Kali Penggantungan Dalam Tempoh 5 Tahun  - CDL Dibatalkan


PEMEGANG LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
Mata Terkumpul               Tindakan                          Tempoh Gantung
20 Mata Pertama               Batal                                  -

Pemegang lesen yang telah mencapai jumlah mata demerit yang membolehkan
tindakan amaran/gantung/batal dikenakan akan diberikan notis tentang tindakan yang bakal dikenakan. Penggantungan/Pembatalan lesen memandu akan bermula sebaik sahaja lesen memandu diserahkan oleh pemegang lesen tersebut atau selepas tempoh 21 hari notis pemberitahuan tindakan dikeluarkan.


 Mana-mana pemandu yang lesen memandunya digantung atau dibatalkan perlu menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat JPJ seterusnya dilarang untuk memandu kenderaan motor. Sekiranya disabitkan kesalahan memandu semasa lesen memandu digantung atau batal, mereka BOLEH DIDENDA TIDAK KURANG DARIPADA TIGA RIBU RINGGIT dan TIDAK LEBIH DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI TIGA TAHUN.

 Pembatalan lesen memandu akan menyebabkan seseorang itu perlu mengikuti semula proses mendapatkan lesen memandu sebagaimana yang dilalui oleh bakal pemandu baharu. 

 Mana-mana pemegang lesen yang telah mengumpul sejumlah mata demerit tetapi belum mencapai dua puluh mata boleh memohon untuk mengikuti kursus pemulihan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan sekiranya lulus dengan jayanya kursus tersebut, sejumlah lima puluh peratus (50%) mata demerit yang terkumpul akan  ditolak sebagai insentif. Pemberian insentif ini adalah hanya sekali dalam tempoh memegang suatu lesen memandu. 


 Insentif pemanduan yang baik sebanyak lima puluh peratus (50%) pengurangan mata demerit juga boleh diberikan kepada pemegang lesen yang telah mengumpul sejumlah mata demerit tetapi tidak mencapai dua puluh mata dengan syarat mereka tidak pernah disabitkan atau dikompaunkan dengan mana-mana kesalahan terjadual dalam tempoh setahun daripada tarikh terakhir mata kesalahan terjadual direkodkan.
Untuk permulaan, hanya kesalahan yang melibatkan had laju dan pelanggaran isyarat lampu merah sahaja yang akan dikenakan mata demerit.  Pelaksanaan sistem ini akan mula dikuatkuasakan pada 15 April 2017.

  Sebarang pertanyaan mengenai inisiatif baru ini bolehlah di ajukan melalui email kepada kejara@jpj.gov.my.

 Jabatan Pengangkutan Jalan berharap dengan terlaksananya inisiatif baru ini dapat mendidik pengguna jalan raya dalam mematuhi peraturan seterusnya menyumbang kepada persekitaran jalan raya yang selamat.

Ibu Pejabat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia.





Gobox gerobok makanan santai

Gobox: Gerobok atau lemari dalam loghat Melaka Lama tak melepak dengan salah satu kelab motosikal berdaftar tersenior di Malaysia, iaitu Cop Riders Club. Masih ingat lagi macamana dulu kami berusaha menubuhkan kelab ini hasil perbincangan di 'port' awal dahulu iaitu di Jln Binjai, sebelum berpindah prt ke Jlan TAR, KL.  Malam tadi kami cuba pula satu lagi port baharu atas jemputan salah seorang ahli CRC iaitu saudara Gig saiful yang membuka gerai makanan kudapan melayu tradisional. gobox
Port yang dimaksudkan ialah Gobox Concept yang terletak di No.12 Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Cuma 300m dari KLCC, port santai ni menawarkan kawasan yang tenang, jauh dari jalan besar, boleh borak dengan selesa sambil makan pelbagai makanan yang ditawarkan di sana, dari kudap kudapan hinggalah makanan yang mengenyangkan. Sambil makan boleh kena plak minum air yang pelbagai citarasa sambil gelak ketawa dengan kengkawan. IMG_8007IMG_7991 IMG_7999
Berkonsep food court kontena open air terbuka yang ada menawarkan macam macam makanan dari menu tempatan, western, mexican, jepun, italiano dan macam macam lagi. Antara menu yang ditawarkan di GOBOX CONCEPT : [+] Lobster [+] Teppanyaki [+] Asam Pedas [+] Shellout [+] Pizza (yang warna pink tu menarik...) [+] Churros [+] Buffalo Wings [+] Thai food [+] PATIN Tempoyak [+] Lempeng [+] Otak2 [+] Kudap kudapan cekodok lempeng banana cheese dari gerai Gig Saiful IMG_8011  IMG_8013IMG_7998IMG_7996
Macam macam lagi la ada kat sana. Kalau nak senaraikan mau sampai esok tak abis. Dan kontena ni dua tingkat, bawah jual makanan, kat atas ata eruncitan dan lain lain, nak rias kuku pun ado.... Kat mana lokasi sebenar? haa, korang kalau bawak kereta ke parking senang sebab ada servis valet rm4 sahaja, moto parking percuma (SEMUA jenis moto dialu alukan tak kira apa saja, kita bikers tiada beza, janjinya dua roda....syarat: parking elok elok der). Boleh search kat maps atau waze "gobox concept" atau terus ke Jalan Liew Weng Chee menyimpang dari Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. 
IMG_8004  IMG_8003
Waktu operasi dari 6 Petang sampai 2 Pagi. Jadi kalu, korang nak lepak sampai tengah malam & nak carik makanan best tengah KL yang berbaloi, boleh laa datang. Setiap bulan ada cabutan pemenang bertuah, yang akan dapat baucar RM30 untuk guna kat Gobox Concept. Mana tau rezeki korang..... kan? Jumaat dan sabtu boleh layan dengan buskers. Dan kalau ada yang nak makan kelass sikit, ada cafe Sanggul kat situ, yang menyajikan makanan masakan chef ala semi-fine dining dari pukul 10 pagi hingga 10 malam tiap hari. Jom!! 





Kesedaran pemakaian topi keledar semakin meningkat

Duta Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt, yang menekankan kenaikan kadar kematian lalu lintas jalan raya di peringkat global menyarankan semua pihak agar mengambil langkah-langkah perlu terutamanya di rantau ini. Penggunaan kenderaan dua roda berkuasa kini semakin berkembang disebabkan oleh pembandaran, keperluan yang lebih tinggi untuk mobiliti, aksesibiliti, kemampuan dan fleksibiliti, terutamanya di Asia Tenggara.

316,000 kematian tahunan berlaku di jalanraya Asia Tenggara, dan kira-kira 34 peratus daripada jumlah tersebut adalah berkaitan dengan kenderaan dua roda dan majoritinya adalah akibat kecederaan kepala. Penguatkuasaan dasar yang mempromosikan penggunaan kualiti dan topi keledar yang betul serta latihan, pelesenan dan insurans yang mencukupi, mampu mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan serius kenderaan dua roda dengan ketara.
Beberapa bengkel telah dianjurkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan perselisihan dalam kualiti topi keledar sekitar rantau ini serta untuk berkongsi amalan terbaik bagi menangani kesemua perbezaan termasuk pelaksanaan peraturan PBB berkenaan topi keledar atau helmet (peraturan 22) dan pelaksanaan penguatkuasaannya.

Dalam sebuah bengkel yang telah diadakan pada April lepa, beberapa kesimpulan telah dipersetujui wakil wakil negara yang hadir, antaranya:
Tahap keselamatan minimum yang disediakan oleh instrumen undang-undang PBB untuk kenderaan dan aksesori yang digunapakai oleh negara maju pada masa lalu dan pada masa ini, harus dikongsi dengan seluruh komuniti global.

Setiap orang mempunyai hak untuk mempunyai tahap keselamatan jalan raya minimum yang sama. Ia nya adalah hak kemanusiaan setiap orang.

Keseragaman dan harmonisasi keperluan undang-undang bagi reka bentuk dan penggunaan kenderaan atau aksesori seperti
helmet adalah satu cara untuk mencapai matlamat ini. Tidak ada warganegara kelas kedua yang akan mendapat tahap perlindungan  lebih rendah dan Peraturan PBB No. 22 adalah asas utama tahap keselamatan topi keledar minimum ayng akan memanafaatkan para penunggang kenderaan dua roda berkuasa secara global.

Transposisi Peraturan PBB No. 22 ke dalam undang-undang nasional harus sepadan dengan kesertaan pada Perjanjian 1958. Dengan cara ini negara peserta boleh menerima menafaat:
(i) pengetahuan pihak peserta perjanjian yang lain,
(ii) perkhidmatan teknikal pihak peserta perjanjian yang lain dalam melaksanakan ujian ke atas helmet bagi pihak orang lain
(iii) membolehkan pengawasan pasaran yang lebih baik, memandangkan semakan 3 Perjanjian akan membolehkan akses untuk mengkaji data kelulusan (sistem DETA) pihak peserta perjanjian (dengan ini helmet palsu akan lebih mudah dikenal pasti),
(v) penguatkuasaan yang lebih baik, kerana polis boleh lebih mudah mengenal pasti helmet yang diluluskan melalui tanda E.

Tidak mudah mengenal pasti sumbangan Peraturan PBB No. 22 dalam mengurangkan kematian jalan, tanpa mengambil kira penguatkuasaan dan pendidikan.

Walau bagaimanapun, negara-negara yang menjadi pihak peserta perjanjian dan konvensyen UNECE, termasuk Perjanjian 1958 dan Peraturan No. 22 yang dilampirkan, telah berjaya mengurangkan separuh daripada jumlah kematian jalanraya sejak penyertaan mereka.

HLY Marine kini pengedar ekslusif enjin sangkut Yamaha

 Usui Hirofumi dan Dato' Jim Khor

HLY Marine Sdn Bhd hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Yamaha Motor Co., Ltd  di ibu pejabat YMC di Iwata, Jepun, setelah HLY Marine dilantik secara eksklusif sebagai penjual semula dan pengedar produk enjin sangkut Yamaha Marine di Semenanjung Malaysia.

Dengan termeterainya perjanjian ini, HLY Marine yang merupakan anak syarikat milik penuh Hong Leong Industries Berhad, akan menawarkan dan melaksanakan konsep 3S yang merangkumi jualan, perkhidmatan dan alat ganti produk enjin sangkut Yamaha Marine bagi keseluruhan barisan enjin sangkutnya yang ringan, bertugas berat, cekap dan mudah alih.

"Sememangnya, kami teruja dengan pelantikan ini dan mempunyai penuh keyakinan dalam perkongsian ini. HLY Marine mempunyai kepakaran yang diperlukan, dan juga berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan tahap kualiti dan perkhidmatan yang akan diperlukan oleh pelanggan," kata Pengarah HLY Marine, Dato' Jim Khor. "Pelantikan ini juga mengesahkan rekod prestasi kami yang kukuh dengan YMC," tambahnya.

Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan, Operasi Perniagaan YMC Marine, En Usui Hirofumi, turut mengiktiraf hubungan kukuh tersebut. "Kami berharap untuk bekerjasama rapat dan yakin dengan HLY Marine sebagai rakan pengedar eksklusif kami, ke arah menjalin rangkaian pengedaran baharu yang lebih kuat di Semenanjung Malaysia," katanya.
Kiri ke kanan: En Chow Khee Thiam, Dato' Jim Khor, En Usui Hirofumi dan En Ando Satoshi.

HLY Marine akan beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor, dan akan menempatkan pusat servis utama mereka yang dilengkapkan oleh YMC.

Pada majlis tersebut, HLY Marine diwakili oleh pengarahnya Dato' Jim Khor, dan Pengurus Besarnya En Chow Khee Thiam, manakala YMC pula diwakili oleh En Usui Hirofumi dan Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Satu, Operasi Perniagaan Marine, En Ando Satoshi.