Motosikal Dan Enjin Nasional (MODENAS) dijangka
dapat meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 22
peratus di dalam jangka masa setahun bagi segmen motosikal jalanan dan cruiser sport
dengan 3 model terbarunya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan dan Pengedaran DRB-Hicom, Dato’ Abdul Harith Abdullah, kerjasama yang dijalinkan dengan Bajaj Auto Ltd (BAL) merupakan satu fasa semula jadi bagi MODENAS sebagai salah satu pengeluar motosikal terbesar di rantau ini, memandangkan syarikat berkenaan terkenal dengan barisan produknya yang berbeza dan disokong oleh pasukan R&D yang berinovasi serta kawalan mutu produk yang ketat.
MODENAS yakin ia mampu mengulangi kejayaan yang dikecapi oleh model terkenal PULSAR NS200 (naked street bike), PULSAR RS200 (race bike) dan V15 (café racer) di sini memandangkan model berkenaan telah terbukti diterima di seluruh dunia, di 74 negara merentasi rantau Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia Selatan. Keyakinan ini turut disokong oleh permintaan yang tinggi terhadap motosikal jalanan bawah 250cc, yang menguasai lima peratus pegangan dalam pasaran tempatan sejak tiga tahun lepas.
Kerjasama ini akan dimulakan secara
berperingkat-peringkat termasuk pengedaran produk dan pembangunan hub pemasangan khusus di kilang
MODENAS di Gurun,Kedah. Hasil daripada kerjasama ini bakal menyaksikan
pelancaran beberapa lagi model terbaharu dalam tempoh beberapa tahun akan
datang dan ia dijangka akan mendefinasikan semula segmen motosikal jalanan di
Malaysia.
Tiga model yang dilancarkan hari ini
adalah Pulsar NS200, RS200 dan V15. Kedua dua model Pulsar NS200 dan RS200 dijana
oleh enjin 199cc, SOHC, 4 lejang, penyejukan cecair, penyuntik bahan api
silinder tunggal dan digital triple spark ignition. Kedua-dua
model didatangkan dengan transmisi 6 kelajuan, yang memberi masing-masing kuasa maksimum 23.5 PS dan 24.5
PS @ 9500 RPM serta Tork
pada 18.6NM dan 18.3NM @8000 RPM.
PULSAR NS200 telah direka agar tampak
lebih sasa serta agresif dan didatangkan dalam skema warna serta grafik dua tona. Manakala
PULSAR RS200 pula bersifat lebih
aerodinamik dan dibentuk agar lebih stabil pada kelajuan tinggi. Ia bakal menjadi motosikal bersaiz penuh pertama di Malaysia
yang mempunyai sistem Brek Anti-Kunci
(ABS) saluran-tunggal yang memastikan keselamatan dan kestabilan walaupun pada kelajuan tinggi.
Sementara itu, model V15 pula
didatangkan dengan enjin 150cc digital twin-spark yang menggabungkan elemen terbaik gaya neo klasikal, keselesaan serta
kuasa dan tork yang tepat bagi
menghasilkan pengalaman menunggang yang sempurna. Kuasa Maksimumnya ialah 12 PS @ 7500 rpm ,Tork: 13 Nm
@ 5500 rpm.
No comments:
Post a Comment