SkyTeam Ace125 Cafe Racer 2017 di lancarkan di Malaysia







Pagi tadi Sky Team (M) Sdn Bhd telah melancarkan motor baru mereka Ace 125 Cafe Racer di Litar Elite Plus Speedway. Model baru ini dibangunkan menggunakan konsep Cafe Racer berkapasiti 125cc. Motosikal ini mempunyai gaya retro-kafe mengikut reka bentuk motosikal  perlumbaan tahun enam puluhan, dengan kedudukan menunggang yang sporty. Sky Team (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2012 dan berpengkalan di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Syarikat ini memberi focus di dalam motosikal jenis Mini dan santai. Selain daripada modeal Ace125 Cafe Racer yang dilancarkan hari ini, syarikat ini juga merancang untuk membawa masuk 3-4 model baru dalam masa 2 tahun akan datang.



Media yang dijemput di beri peluang untuk menguji motorsikal ini di Litar Elite Plus Speedway.

Pada pandangan pertama Ace125 ini mungkin kelihatan kecil tetapi jangan keliru dengan saisnya. Kerana ia mempunyai pelana tunggal dan tangki yang panjang di mana anda akan duduk di  tempat selalunya pembonceng motosikal biasanya akan duduk. Jadi ia agak mudah bagi kebanyakan orang untuk mendapatkan kedudukan yang baik.





Motorsikal ini membuka mata penulis pada pemanduan pertama di Litar. Ia adalah sangat lincah dan benar-benar mudah untuk mengambil selekoh dan membrek di  sekitar litar ini. Suspensi belakang adalah cukup memadai untuk motorsikal bersais kecil ini. Bagaimana pun penulis ini merasakan suspensi depan agak ringan dan perlu memberi focus yang lebih di permukaan yang tidak rata. Respon dari enjin 125cc dengan 2 valve amat respensif dan nisbah gearnya ringan dan kemas. Panel depan motorsikal ini kemas dan memaparkan maklumat yang asas seperti kelajuan, lampu neutral dan lampu isyarat. Bagaimanapun penulis ini merasakan jika diletakkan meter RPM akan banyak membantu penunggan supaya tidak memaksa motosikal ini melebihi RPM yang di syorkan oleh pengeluar. BHP motorsikal ini adalah 11BHP di 8,000 RPM. Enjin Ace 125 Cafe Racer ini adalah berdasarkan kepada Honda CG125 tetapi di pertingkatkan diantaranya penyerap dalaman agar mengurangkan gegeran pada enjin.  Sistem brek depan adalah “single port” dan “drum” di belakang. Ianya datang bersama dengan 1 tahun jaminan atau 10,000 km.




 

  


Sebenarnya motosikal kecil ini telah membawa balik hasrat penulis untuk hanya menikmati penungganan tanpa tujuan, untuk keseronokan semata-mata. Pakej keseluruhan Ace 125 Cafe Racer ini adalah amat menyeronokkan (fun) untuk di tunggang. Bagi pembaca yang ingin tahu berapakah harga motosikaal ini………......... harga asas RM6,588.00 dan harga termasuk GST, Insuran dan Cukai Jalan adalah RM7,366.78

Ace125 Cafe Racer ini boleh didapati di semua 153 pengedar Sky Team di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah spesifikasi Ace125 Cafe Racer

TYPE ENGINE                      2 Valve 4 Stroke
BORE & STROKE                59.5x49.5
COMPRESSION RATION    9.0 to1
COOLING                              Air
IGNITION                              CDI
TRANSMISSION                  5 Gear
FINAL DRIVE                       Chain
STARTING SYSTEM            Electric – Kick
SUSPENSION FRONT         Telescopic Forics
SUSPENSION REAR            Twin Shock
BRAKE FRONT                    1 Port – Disc
BRAKE REAR                       Drum
TYRE FRONT                        2.75-18
TYRE REAR                          3.00-18
L x W x H                               1910mm 680mm 990mm
WHEEL BASE                       1255mm
FUEL CAPACITY                  9.2 L
FUEL CONSUMPTION         2.1 L/ 100KM (1 L/ 47.6KM)
LUBRICATION SYSTEM     Pressure & Splash
DRY WEIGHT                               87 Kg





                     

No comments: