Harprit Singh, (lebih dikenali sebagai Chris) adalah seorang peminat motosikal
yang berasal daripada Selayang, Selangor baru saja melengkapkan penjelajahan
solo beliau sejauh 8033KM bermula pada 4hb Mac sehingga 19hb
Mac 2017 menggunakan jentera VTS200. Beliau berupaya menyempurnakan tunggangan
yang bersejarah sejauh 8033 KM ini merentasi 6 Sempadan Negara Indochina
termasuklah Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan China. Rancangan
asalnya beliau ingin merentasi 7 sempadan, namun dengan masa yang
mencemburuinya, beliau terpaksa melupakan sempadan Vietnam.
Pengalaman tunggangan Chris ini sekali lagi telah membuktikan
bahawa SYM VTS 200 yang menampilkan gaya dan jentera yang inovatif ini telah memberikan
prestasi bukan sahaja untuk perjalanan harian tetapi berupaya untuk melakar
perjalanan jarak jauh yang mencabar. Jumlah keseluruhan
jarak yang ditempuhi adalah 8,033.3 KM. Untuk kos keseluruhan bahan api, hanya
RM1,065.00 dan untuk tempat tidur dan makan minum hanya dibelanjakan sejumlah
RM1,065.00 untuk 16 hari.
Jumlah kos adalah ebih kurang RM 2000.00, tidak termasuk caj masuk tempat tarikan pelancong, kos
tukar minyak hitam, minyak gear, dan peralatan membaiki yang telah dibeli pada
awalnya sebelum kembara ini bermula.
Menurut beliau, telah menunggang lebih kurang 500 KM sehari secara
puratanya dan ada kala memaksanya menunggang selama hampir 15 jam sehari diatas jalan bermula dari jam 4.00 pagi. Ia sememangnya mencabar mental dan fizikal,
melalui pelbagai perkara tanpa diduga, hampir terlanggar lembu, hampir putus
asa tetapi perlu ada keyakinan yang kuat dari hari ke sehari. Beliau berharap,
beliau dapat menginspirasikan ramai lagi ‘rider’ di luar sana untuk tidak merasa
gentar untuk menjelajah dunia walaupun anda tahu anda seorang diri.
Menurut Harpit
Singh, beliau berasa lega dan bersyukur telah tamatkan pengembaraan Tunggangan
6 Sempadan Negara dan sentiasa bersedia untuk tunggangan yang lain di masa
depan. Tunggangan itu tidak mengira tentang CC motosikal atau kelajuan, tetapi
ia sebenarnya tentang perjalanan yang luar biasa yang kita tempuhi. Jika anda terdetik sesuatu dalam minda untuk menghadapi cabaran, jangan biarkan halangan menghentikan niat
tersebut, tetapi buat persiapan yang rapi , kajian serta asas membaiki dan yang
paling penting, nikmati setiap detik perjalanan kamu. Dunia ini ibarat sebuah
lebuhraya yang tiada penghujung, terokailah ia. Ia akan jadi cerita buat anda yang akan kekal selamanya.
Untuk maklumat
yang lebih lanjut dan gambar, sila layari https://www.riderchris.com/trips/6-nations-borders-ride/
Ruang simpanan yang besar 45L di bawah
tempat duduk yang boleh menyimpan 2 unit topi keledar.
Soket pengecas telefon bombit yang memudahkan para penunggang
Tangki
minyak yang berkapasiti 14.7 liter yang mampu membawa lebih jauh dan jimat
minyak.
Tempat
duduk yang selesa dengan sokongan belakang untuk merehatkan tulang belakang.
Pemegang cengkaman yang direka khas untuk
keselesaan pembonceng motosikal.
Mengekalkan lonjakan di tahap tinggi di
setiap sudut tanpa menjejaskan kestabilan dan keselesaan.
Jentera
yang kuat dan cepat pecutan, dan mampu mencapai 130 to 145km/h kelajuan maksima.
Pengendalian menunggang yang mudah dan
lancar berbanding dengan rangkaian lain yang seumpamanya dalam skuter.
Harga Jualan RM 11
766.00 (Termasuk GST 6%)
No comments:
Post a Comment