Ecopia EP300 tawar tayar mesra alam


Tayar berciri mesra alam atau ‘eco’ terkini dapat menjimatkan bahan api dengan lebih baik serta cengkaman yang unggul dalam keadaan basah disamping menawarkan jangka hayat penggunaan yang lebih lama. Jenama Bridgestone yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membangunkan teknologi terkini dan pengetahuan teknikal dalam mereka bentuk produk mesra alam berprestasi tinggi, kini menawarkan tayar ‘Passenger Radial Ecopia EP300’ sebagai produk keluarannya yang terkini. Tayar EP300 tersebut diletakkan sebagai tayar mesra alam generasi terkini yang menawarkan rintangan putaran yang rendah dan prestasi cengkaman yang unggul dalam keadaan basah serta jangka hayat penggunaan yang lebih lama. Melalui konsep reka bentuk dan penerapan penyelesaian kejuruteraan yang inovatif, EP300 mengorak kehadapan untuk mentakrifkan semula konsep tayar mesra alam ke tahap yang seterusnya sesuai dengan cogan kata “Bila Anda Inginkan Segalanya” atau “When You Want It All”. Kini produk yang akan memenuhi kemahuan pemandu yang "Inginkan Segalanya" boleh didapati di pasaran.
 EP300 yang diwarisi dari keluarga ECOPIA, telah diuji dan telah dibuktikan dapat mencapai penjimatan bahan api sehingga 2 liter bagi setiap tangki yang diisi penuh berbanding dengan tayar konvensional. Dalam ujian perbandingan EP300 dengan generasi2 ECOPIA terdahulu, keputusan menunjukkan bahawa teknologi baru dan konsep reka bentuk yang digunakan untuk EP300 membantu mencapai penjimatan bahan api yang lebih baik, disamping menawarkan tambahan jarak perjalanan sehingga 11.2 km setiap tangki dan prestasi cengkaman basah yang unggul untuk pemanduan yang lebih selamat di atas turapan basah. 

"Kebanyakan pemandu mengkehendaki kecekapan bahan api yang lebih baik yang dapat menjimatkan bahan api. Tetapi, walaupun bagaimana berhati-hati sekali pun pemandu dalam memecut, jika sebuah kenderaan tidak dilengkapi dengan tayar mesra alam yang terbaik, mencapai kecekapan bahan api yang terbaik dan penjimatan akan menjadi satu cabaran," kata Tai Kawasaki, Pengarah Urusan Pusat Teknikal Bridgestone Asia Pasifik.

"Dengan ECOPIA EP300 terkini ini, kami berhasrat memberi pemandu pulangan terbaik dari kenderaan mereka dan dalam masa yang sama membolehkan mereka turut berkhidmat dalam menjaga alam sekitar, ini kerana rintangan putaran tayar yang rendah dapat mengurangkan penghasilan CO2."

1 Angka yang dipaparkan dikira berdasarkan keputusan dari ujian TUV Rheinland Chassis Dynamometer mengikut UNECE-R83 dan UNECE-R101. Kenderaan yang
digunakan: Toyota Camry 2.0G, Produk Tayar: Firestone TZ700, Saiz tayar: 215 / 60R16, Tekanan Angin: 230 kPa, Keadaan Pemanduan: Bandar. Penjimatan sebenar
mungkin berbeza mengikut cara pemanduan, keadaan jalan, bebanan dan penyelenggaraan tayar yang betul.
2 Generasi ECOPIA terdahulu merujuk kepada Ecopia EP200.
3 Angka yang dipaparkan dikira berdasarkan keputusan dari ujian TUV Rheinland Chassis Dynometer mengikut UNECE-R83 dan UNECE-R101. Kenderaan yang
digunakan: Toyota Camry 2.0G, Produk Tayar: Ecopia EP200 Saiz tayar: 215/60R16, Tekanan Angin: 230 kPa Keadaan Pemanduan: Bandar. Tambahan jarak
perjalanan mungkin berbeza mengikut cara pemanduan, keadaan jalan, bebanan dan penyelenggaraan tayar yang betul.
*Semua ujian yang disebut dalam 1 & 3 telah dijalankan oleh pemandu uji yang sama
.
 
Cuping atau "lug" tahan lama yang lebih dalam di bahu tayar direka untuk menguatkan ketahanan dan meningkatkan rintangan daripada haus. EP300 mempunyai reka bentuk bunga baru yang dapat mengawal perubahan bentuk tayar dengan lebih baik dan menjadikan jangka hayat tayar bertahan lama melalui pembentukan pemakaian yang seragam.

Rintangan putaran yang rendah oleh EP300 membawa kecekapan bahan api ke tahap yang seterusnya. Ini menyumbang kepada penjimatan bahan api harian dan pelepasan CO2 yang rendah, mengurangkan peninggalan kesan kenderaan kepada alam sekitar. Berbanding dengan generasi ECOPIA terdahulu, EP300 menawarkan penjimatan yang lebih banyak dengan perjalanan tambahan sehingga 11.2 km setangki penuh. 

 EP300 mempunyai ciri NanoPro-TechTM yang dipertingkatkan dengan bahan polimer baru yang memberikan cengkaman basah yang unggul kesan daripada tambahan kawasan sentuhan yang mencengkam jalan basah dengan daya geseran yang lebih tinggi di peringkat mikro. Di samping itu, corak bunga tayar baru menyumbang kepada prestasi anti-lapisan air, pengendalian yang lebih baik dan pengurangan bunyi bising.

Ecopia EP300 boleh didapati dengan 13 saiz yang berbeza dan akan didapati secara berperingkat dalam pasaran Asia Pasifik tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar Bridgestone yang sah berhampiran dengan anda.

Seiring dengan komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat sejagat yang terperinci “Our Way To Serve” oleh Bridgestone, Ecopia EP300 menyokong penjagaan Alam Sekitar dengan mengurangkan pelepasan gas dari kesan rumah hijau. Di samping itu, EP300 meningkatkan konsep pergerakan atau ‘Mobility’ dengan menyediakan cara yang lebih kekal untuk membantu cara manusia bergerak, hidup, bekerja dan bermain.

No comments: