Moto Guzzi kan kembali Julai ini


Moto Guzzi akan membuat kemunculan semula pada Julai 2017 dengan pembukaan kedai utama 3S dan juga rangkaian pengedar rasmi bagi memberikan perkhidmatan jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan.
Jenama legenda terkenal Moto Guzzi ini dimiliki oleh Kumpulan Piaggio; yang merupakan pengeluar Eropah terbesar kenderaan motor roda dua dan salah satu pemimpin dunia dalam sektor tersebut.
Bagi kebanyakan penunggang motosikal di seluruh dunia, Moto Guzzi membawa maksud tradisi bangga dan mulia, penyelidikan enjin, gaya Itali berhias krom. dengan
Segalanya bermula di Mandello del Lario pada 15 Mac 1921, dan sejak itu, Moto Guzzi tidak pernah berhenti merekodkan pelbagai kisah penunggang dan motosikal, kemenangan legenda, dan semangat yang genius.

Hari ini Moto Guzzi dengan kekayaan warisan dan ikrar jenama helang itu pada peringkat global, dan telah menjadi salah satu jenama yang paling dicintai oleh penunggang di semua pelusuk dan benua.
Para pemilik Moto Guzzi membentuk masyarakat yang kuat di seluruh dunia teristimewanya mereka yang terpukau dengan bunyi enjin dwi-silinder, yang tahu selok-belok setiap model dan berkongsi minat yang sama apabila mereka melangkah menunggang motosikal mereka.
Atas sebab ini jugalah maka Moto Guzzi Piaggio Asia Pasifik akan menganjurkan Hari Bersama Pelanggan dan Media secara eksklusif pada bulan Julai 2017 sebelum pembukaan kedai baru dan rakan kongsi baru di Malaysia. Pihak media akan berpeluang mendahului pengenalan kepada jenama Moto Guzzi dan model baharu yang akan ditawarkan bagi tahun 2017. Selain itu, sesi yang berasingan untuk pelanggan Moto Guzzi semasa akan diadakan pada waktu malam supaya dapat berkongsi pengalaman dan melihat ke hadapan untuk permulaan pengalaman pemilikan jenama yang baharu untuk 2017.

Untuk mengambil bahagian dalam acara ini, pelanggan Moto Guzzi adalah dijemput untuk log masuk ke https://www.facebook.com/motoguzziMY/ untuk mendaftarkan minat mereka.
Butiran lanjut mengenai pelancaran model dan 3S kedai utama pembukaan akan dikongsi kelak apabila semakin hampir dengan bulan Julai 2017 nanti.

No comments: