Muat turun aplikasi MotoGP™ Championship Quest melonjak
Dikemaskini untuk 2017, aplikasi perlumbaan MotoGP™ Championship Quest kini telah dirombak dan dikemaskini untuk 2017. Dengan pengemaskinian pelumba dan pasukan dan penambahan Red Bull KTM Factory Raciasi atau App ini terus mara sebagai aplikasi kedua paling popular di Itali dan Sepanyol sebagai permainan kedua paling banyak dimuat turun. Asas Permainan MotoGP™ Racing adalah MotoGP Fan World Championship, yang merupakan pertandingan global di mana peminat dari seluruh dunia berlumba dengan memegang watak sebagai pelumba kegemaran mereka. Perubahan peraturan dan kemas kini yang dibuat untuk 2017 telah mencipta persaingan yang lebih sengit, dengan persaingan di bahagian atas yang lebih hebat berbanding sebelum ini. Maklumat secara langsung di bahagian bawah skrin App ini menunjukkan kedudukan setiap pusingan dalam masa sebenar - sama seperti pada trek. Kemas kini lain termasuklah penambahan mod kerjaya di mana pemain dapat mengesan kemajuan mereka pada setiap trek dan membuka kunci data telemetri seperti skor yang tinggi, pusingan atau laptime terpantas dan prestasi brek dan pendikit di setiap trek. Penunggang sebenar turut mendapat ranking mereka dalam MotoGP™ Fan World Championship berdasarkan prestasi peminat mereka.
Satu lagi perubahan dalam siri ini adalah jadual waktu pusingan Fan World Championship, yang berubah dari pertandingan mingguan musim lepas ke dua kali seminggu pada tahun 2017. Ia nya berpindah ke sistem pertandingan skor tinggi yang telah menjana leaderboard yang jauh lebih dinamik untuk pelumba MotoGPyang disumbang peminat mereka. Aplikasi ini telah mendapat penglibatan peminat yang sangat kuat pada tahun 2016 dan trend ini berterusan. Pada minggu lepas ketika Catalan GP di Litar de Catalunya Barcelona,lebih 600,000 peminat menyertainya setiap hari. Pemenang Kejohanan Dunia MotoGP™ Fan akan menerima pelbagai jenis hadiah yang luar biasa, dan ahli-ahli Paddock Club eksklusif boleh berlumba untuk memenangi hadiah sebenar yang berkaitan dengan MotoGP ™. Ini merupakan satu lagi langkah perintis bagi Dorna sebagai pemegang hak komersial Kejohanan muncul sebagai peneraju inovatif dalam eSports. Dorna baru-baru ini mengumumkan eSport Championship Series dengan Sony Playstation bersempena MotoGP 17.
Aplikasi MotoGP™ Championship Quest boleh didapati secara percuma di App Stores bersesuaian peranti atau telefon pintar anda.
Labels:
aplikasi,
app,
MotoGP,
MotoGP™ Championship Quest,
rossi,
telefon pintar,
vr46,
Yamaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment