Pemeriksaan 20 perkara secara percuma untuk Proton anda
PROTON Holdings Bhd menjemput kesemua pemilik kereta Proton untuk menjalani pemeriksaan 20 perkara bagi kenderaan mereka secara percuma bersempena musim perayaan yang menjelang tiba ini. Seperti juga musim-musim perayaan yang lepas, PROTON terus berkerjasama PETRONAS Dagangan Berhad sekali lagi untuk memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan ini dengan lebih mudah di beberapa Stesen PETRONAS terpilih sebagai sebahagian daripada Kempen PETRONAS Coffee Break, selain di pusat servis PROTON yang bertauliah. malah kini pengusaha konsesi lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd atau LITRAK turut bersama PROTON untuk membuka stesen mudah alih untuk pengguna Proton yang akan menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (“LDP”).
Pemeriksaan keselamatan mudah alih percuma di LDP akan diadakan di Hentian Sebelah Petaling Jaya dari Puchong ke arah Sunway, dari 20 - 22 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Khemah bagi pemeriksaan mudah alih PROTON juga akan ditempatkan di 5 stesen PETRONAS yang terletak di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21-23 Jun 2017, 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
Berikut adalah senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 perkara secara percuma:
20 – 22 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
Hentian Sebelah LDP Highway, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)
21 – 23 Jun 2017, 10 pagi – 5 petang
Arah Utara
Stesen PETRONAS Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah
Arah Selatan
Stesen PETRONAS Seremban, Negeri Sembilan
Arah Pantai Timur
Stesen PETRONAS Jerteh, Terengganu
PETRONAS R & R Gambang (Sempadan Timur), Pahang
Stesen PETRONAS Gua Musang, Kelantan
Kesemua lokasi mudah alih telah dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian bagi pengguna untuk singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung.
Pemeriksaan keselamatan 20 perkara secara percuma ini merangkumi pemeriksaan ke atas bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan bilah pengelap cermin.
Bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan ini, pemilik Proton yang hadir untuk pemeriksaan kenderaan mereka juga akan membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau dengan mengirim emel ke customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau laman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment