Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mendatang, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) ingin mengingatkan semua penunggang motosikal untuk melakukan penyelenggaraan dan servis terhadap motosikal mereka sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
Bagi memudahkan pemilik Kawasaki untuk mencari Pusat Servis Kawasaki Eksklusif (KESC) dan Kawasaki Pit Stop (KPS) terdekat, KMMSB telah mengikat kerjasama dengan pengendali aplikasi Waze baru-baru ini.
Mulai 24 April 2017, lokasi KESC dan KPS lokasi di seluruh negara telah dikemaskini dalam Waze dan akan muncul sebagai Waze Pin apabila anda melakukan pencarian di lokasi anda berada, seperti contoh dalam gambar di atas.
No comments:
Post a Comment