X-Dot tawar topi keledar tempatan dengan Bluetooth

X-Dot kini menawarkan topi keledar siri B mereka iaitu topi keledar yang dilengkapi dengan peralatan Bluetooth Twiins® D1. Peralatan Bluetooth ini telah direka khusus untuk membolehkan anda menerima panggilan telefon dengan selamat dan mudah dan selamat sewaktu menunggang skuter atau motosikal anda.

Sistem Twiins® D1 ini adalah serasi dengan kebanyakan peralatan Bluetooth® yang memancarkan isyarat audio (telefon mudah alih, telefon pintar, peralatan navigasi GPS dan juga pelbagai peralatan lain). Peralatan ini di integrasi sepenuhnya di dalam topi keledar tersebut.
Untuk menggunakannya buat kali pertama, anda mesti mengecas peralatan ini sepenuhnya dengan menyambungkan terminal pengecas kepada kabel USB yang disediakan USB yang dihubungkan ke pengecas USB. Ketika mengecas, cahaya merah LED akan menyala berterusan dan ia akan padam setelah pengecasan selesai. Jika anda merancang untuk menyimpan peralatan Bluetooth Twiins® anda untuk tempoh masa yang panjang, pastikan untuk mengecasnya semula sekurang kurangnya sekali setiap enam bulan untuk memastikan bateri berfungsi sempurna.

Pembesar suara peralatan ini terletak di sebelah kiri topi keledar tersebut. Letakkan mikrofon ke arah mulut anda dan sentiasa melindungi mikrofon dengan span atau padding yang dibekalkan unuk melindunginya dan menurangkan kebisingan bunyi lain didengari pendengar anda.
Untuk m
enghubungkan atau menggunakan Twiins® ini, adalah perlu untuk ia nya dipasangkan supaya serasi dengan peralatan Bluetooth anda ingin sambungkan (telefon mudah alih, peralatan navigasi GPS). Terlebih dahulu pastikan peralatan anda tidak dihidupkan, dan tekan butang kawalan di sebelah mikrofon sehingga penunjuk LED mula berkelip dalam warna merah dan biru. Telefon mudah alih atau peralatan navigasi GPS akan mencari peranti itu di bawah nama D1VA. Proses mempasangkan peralatan atau pairing ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja.

Setelah memasangkan kedua duanya, untuk menghidupkan sistem hubungan helmet ana dengan telefon atau peranti lain, tekan dan tahan butang untuk beberapa saat sehingga pembesar suara memberi nada bunyi akustik dan penunjuk LED pada mikrofon mula berkelip biru. Untuk mematikan sistem ini, tekan dan tahan butang kawalan untuk beberapa saat sehingga terdengar nada akustik dan penunjuk LED mula berkelip merah sebelum peralatan dimatikan.

Apabila terdapat panggilan masuk, anda akan mendengar nada dering pada pembesar suara, dan hanya perlu mengaktifkannya dengan suara anda, seperti mengucapkan "Hello!"
Peranti Twiins® D1 adalah diprogramkan dengan tahap kekuatan bunyi yang membolehkan anda untuk mendengar optimum pada kelajuan sehingga 80 kmj. Untuk melaraskan kekuatan bunyi, gunakan kawalan pada peralatan yang disambung (contoh: kawal bunyi pada telefon bimbit anda). Walaubagaimana pun, persepsi kekuatan bunyi mungkin berbeza-beza bergantung kepada kedudukan dan jarak pembesar suara dari telinga anda, bunyi motosikal, keadaan luaran dan faktor-faktor lain.
Peralatan ini menggunakan sistem Bluetooth 2.1 Kelas 2 dan dikuasakan oleh bateri lithium polimer, yang tahan sehingga 7 jam masa percakapan dan 200 jam masa siap sedia (bergantung kepada penggunaan dan konfigurasi peralatan). Ia juga bersedia untuk beroperasi sebagai interkom dan boleh dipasangkan dengan sistem Twiins® Intercoms D3 dan Twiins® D2HSAi.
Helmet yang ditunjukkan ini ditawarkan pada harga tawaran RM250 sahaja.



1 comment:

Wan Azmawi said...

Helmet Bluetooth mampu milik