BMW Group Malaysia
hari ini memperkenalkan program Bantuan
Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan terbaharunya yang menawarkan sokongan pakar
serta profesional untuk menangani situasi cemas ketika berada di jalan
raya. Berkuat kuasa
pada 1 Julai 2017, semua pemilik baru BMW
Motorrad pula akan menerima perlindungan sama selama dua tahun manakala pemilik BMW dan MINI yang kenderaan mereka
didaftar mulai 1 Januari 2017 akan menerima program perlindungan Roadside
Assistance (RSA) selama lima tahun secara percuma. Program baharu itu direka untuk menawarkan ketenangan minda serta
pengalaman pemilikan yang terbaik selama 24 jam sehari, 365 hari setahun kepada
semua pelanggan BMW Motorrad, BMW dan MINI.
Program
Bantuan Tepi Jalan direka khas untuk menawarkan keselamatan serta kemudahan
tambahan kepada semua pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad ketika berada di atas
jalan raya. Dengan hanya satu panggilan, pakar bertauliah daripada pusat
panggilan akan menyelesaikan semua perkara yang diperlukan jika berlaku
kerosakan atau kemalangan. Program ini menawarkan bantuan panggilan telefon dan
sokongan bersepadu sepanjang hayat. Di samping perkhidmatan mobiliti yang
komprehensif jika berlaku kecemasan atau kerosakan tanpa sebarang kos dikenakan
ke atas para pemilik baru.
Bagi kenderaan
yang didaftarkan di antara 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2016, Program
Bantuan Tepi Jalan (RSA) sedia ada masih sah untuk 24 bulan bermula tarikh
pendaftarannya.
Program
Bantuan Tepi Jalan untuk BMW, MINI dan BMW Motorrad.
Sebelum inisiatif
baharu ini, program Bantuan Tepi Jalan BMW yang ditawarkan kepada para pemilik
BMW dan MINI ialah selama dua tahun. Program perlindungan itu hanya merangkumi
bantuan melalui telefon, bantuan serta-merta, perkhidmatan menunda dan hotline
kemalangan.
Kini, BMW
Group Malaysia telah menaik taraf perlindungan itu menjadi lima tahun kepada
semua pemilik kenderaan BMW dan MINI yang baru. Ia juga memperkenalkan program
baharu ini dengan senarai servis yang lebih komprehensif seperti berikut:
·
Bantuan
menerusi telefon dan secara serta-merta
Pasukan pakar
perhubungan pelanggan yang bertauliah sentiasa bersedia 24 jam sehari, 365 hari
setahun untuk menawarkan bantuan.
·
Hotline
Kemalangan
Jika berlaku
kemalangan, pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW akan membantu menghubungi pihak
polis, perkhidmatan kecemasan, memaklumkan kepada pengedar sah BMW, MINI atau
BMW Motorrad. Jika perlu, mereka akan menguruskan servis menunda.
·
Servis
Menunda
Jika kerosakan
tidak dapat dibaiki di lokasi kejadian, Bantuan Tepi Jalan BMW akan
melangsaikan kos menunda kenderaan ke pengedar sah BMW atau MINI yang terdekat.
Sebaik sahaja kenderaan didiagnos, pasukan servis akan melakukan proses
pembaikan dan memberi perkembangan terkini kepada pemiliknya.
·
Mobiliti
Lancar: Kenderaan Ganti, Penginapan dan Penyelesaian Servis Mobiliti yang lain
Mobiliti
lancar yang disediakan di sini termasuklah sokongan yang tersusun, pusat
panggilan 24/7, bantuan kerosakan di lokasi di mana pembaikan secara
serta-merta akan dibuat dan perjalanan alternatif turut akan diuruskan. Ini
termasuklah menyediakan kenderaan ganti untuk sepanjang tempoh pembaikan. Dalam
kes di mana kerosakan berlaku dalam jarak yang jauh (200km) dari rumah
pelanggan dan penginapan semalaman diperlukan, Bantuan Tepi Jalan BMW boleh
membantu pelanggan untuk mendapatkan bilik di hotel berhampiran jika
diminta.
·
Penghantaran
Pulang
Jika kerosakan
berlaku di luar negara atau jarak yang jauh (200km), kereta tidak boleh dibaiki
di lokasi dan pelanggan perlu pergi ke sesuatu tempat dengan segera,
perkhidmatan penghantaran akan ditawarkan oleh pasukan Bantuan Tepi Jalan BMW.
Bagi pemilik
BMW Motorrad, program Bantuan Tepi Jalan BMW bagaimanapun hanya melibatkan
bantuan di telefon dan bantuan serta-merta yang juga bertindak sebagai hotline
kemalangan serta servis menunda.
“Bagi memastikan pengalaman pemilikan
kenderaan BMW Group yang sempurna, kami sentiasa komited untuk menawarkan bukan
sekadar pengalaman yang menyeronokkan, tetapi yang terbaik dalam industri. Ini
diserlahkan apabila kami menyediakan servis terbaik di dalam kelasnya untuk
keseronokan pemanduan menerusi Jaminan Perbantuan Tanpa Had bersama Program
Servis Berjadual Percuma selama 5 tahun," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif
BMW Group Malaysia, Han Sang Yun sewaktu memperkenalkan khidmat baharu itu.
“Kami juga
menawarkan Program Jaminan Tayar selama 2 tahun atau 24 bulan yang komprehensif
dan pertama seumpamanya. Tidak ketinggalan, Program Perlindungan Insurans yang
melindungi kenderaan sepenuhnya serta mengutamakan keselamatan pemandu dan
penumpang, melangkaui apa yang ditawarkan dalam industri sekarang.
“Kini, kami
meningkatkan lagi pengalaman pemilikan yang menenangkan minda ini dengan
memberi perlindungan serta penjagaan luar biasa ke atas kenderaan BMW, MINI dan
motosikal BMW pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja demi memenuhi
keperluan pelanggan. Program Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan baharu
ini membolehkan kami menjadi pengeluar kenderaan premium pertama di rantau ini
yang menawarkan jaminan lengkap dan lebih lama (5 tahun).”
Nombor talian
Bantuan Tepi Jalan BMW ialah 1800-88-8808. Maklumat lanjut, termasuklah terma
dan syarat program Bantuan Tepi Jalan BMW boleh didapati di laman web: www.bmw.com.my.
No comments:
Post a Comment