Penanggung insurans enggan tambah Diskaun NCD motosikal?

Mulai bulan Julai ini kesemua syarikat insurans yang menawarkan insurans kenderaan bermotor dan insurans kebakaran akan dibolehkan menawarkan pakej pakej insurans yang disesuaikan selaras dengan amalan liberisasi insurans yang telah kami bincangkan awal dahulu. (Klik sini untuk baca semula)

Walaupun dijankakan tidak akan membebankan pengguna kenderaan bermotor, perlaksanaannya hanya akan boleh dinilai dengan membandingkan pakej yang ditawarkan satu satu syarikat itu berbanding dengan yang lain.

Walaupun ada pengnalisis automotif yang mengatakan bahawa ianya mampu (hanya mampu) menguntungkan pengguna, adalah diharapkan ia nya bukan hanya ayat gula gula yang diasaskan pada teori, ataupun memberi tambahan diskaun kerana "memandu berhemah" tetapi mengiis diskaun lain sepert diskaun pembelian atas talian (online purchase discount).

Sebagai contoh, selama ini diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount atau NCD) bagi motosikal hanya diberikan setinggi 25% selepas tahun keempat, sedangkan bagi kenderaan kereta persendirian pula diskaun NCD yang ditawarkan adalah setinggi 55%.

Jika difikirkan, risiko syarikat penanggung insurans menurun sama kadarnya bagi sesebuah kenderaan tak kiralah samada ia nya kereta mahupun motosikal. Oleh itu tiada sebab mengapa kadar yang sama tidak boleh ditawarkan bagi motosikal.

Seperkara lagi yang telah kami pertengahkan dahulu ialah insurans bagi pemilik kenderaan dan motosikal klasik, yang kebanyakkannya amat jarang sekali digunakan di atas jalanraya dan dijaga rapi, serta ditunggang hanya ketika ada perhinpunan atau pertunjukan sahaja. Namun, masih dikenakan surcaj "loading" atau beban tanggungan insurans dek kerana usia kenderaan tersebut.

Seharusnya dua perkara pokok ini juga dikaji penganalisis automotif ataupun Institut Automotif Malaysia (MAI), yang mungkin tidak menyedari bahawa setiap peratus diskaun yang dijimatkan penanggung insurans melibatkan lebihkurang satu juta ringgit wang pengguna motosikal saban tahun bagi setiap satu juta motosikal di jalanraya, mengandaikan purata kadar bayaran insurans keseluruhan sebanyak RM100 bagi setiap motosikal. Itu hanya purata yang diandaikan untuk memudahkan pemahaman. Ini juga bermakna bahawa puluhan jutaan ringgit dijimatkan penanggung insurans dengan tidak memberikan kadar diskaun NCD yang sama dengan kereta! Itu baru dikira bagi satu juta motosikal sahaja. Berapa juta motosikal kah berada di jalanraya Malaysia kini?

Apakah dengan iberisasi insurans baharu ini akan ada penanggung insurans yang bermurah hati menawarkan kadar diskaun yang lebih tinggi....? Demi kepentingan ramai dan demi golongan berpendapatan rendah? Ya, akan ada yang mengatakan, bezanya hanya mungkin beberapa ringgit sahaja.

Tapi, RM1 bagi seorang pesawah mungkin mampu membeli secawan teh-o di kawasan pedalaman Kedah, namun mungkin hampir tiada nilainya bagi seseorang dengan secawan kopi premium di KLCC..............
Soalan Lazim  Mengenai Liberalisasi Motor Insurans (dari laman Bank Negara Malaysia)
1.  Apakah maksud liberalisasi insurans motor?
Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.
Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.  Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang
berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.
 
2. Bagaimanakah premium insurans dikira hari ini?
Premium insurans dikira berdasarkan nilai diinsuranskan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dibenarkan menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami. Bergantung pada rekod tuntutan oleh pemandu, premium yang dikira untuk dibayar diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD).
Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati
peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%. Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan
faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas.

3. Bagaimanakah harga premium insurans ditetapkan mulai 1 Julai 2017 dan seterusnya?
Mulai 1 Julai 2017, dalam persekitaran yang liberal,  lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium. Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong oleh faktor lain. 
Faktor-faktor ini mungkin termasuk ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan, tempoh kenderaan itu berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan (dalam kawasan yang mengalami insiden kecurian yang tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah dialami. Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan
pemegang polisi yang akan menentukan premium.Memandangkan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menentukan profil risiko kumpulan, harga polisi motor akan berbeza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans yang lain.
 
4. Bilakah Liberalisasi Tarif Motor akan dilaksanakan?
Fasa 1 Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran telah diperkenalkan pada 1 Julai 2016.  Semasa  fasa  permulaan  ini,  penanggung  insurans  dan  pengendali  takaful diberikan  fleksibiliti  untuk  menawarkan  produk  baharu  motor  dan  perlindungan  tambahan yang tidak
ditetapkan di bawah tarif yang sedia ada.
Mulai  1  Julai  2017,  liberalisasi  kadar  premium  produk  Motor  Komprehensif;  dan  produk   Motor   Pihak   Ketiga   Kebakaran   dan   Kecurian   akan   dilaksanakan  dan  penetapan   harga   premium   akan   ditentukan   oleh   penanggung   insurans dan   pengendali takaful masing-masing. Walau  bagaimanapun,  kadar  premium  produk  Motor  Pihak  Ketiga  akan  terus tertakluk pada kadar tarif
.
 





1 comment:

Wan Azmawi said...

Pihak insuran perlu kaji kemudahan untuk pengguna motosikal