Helmet replika Rossi terbaharu AGV



Peminat tegar Rossi tentunya teruja dengan kehadiran topi keledar terbaharu dari AGV iaitu model Pista GP-R Soleluna terbaharu.

Topi keledar jenama Itali ini digelar sebagai topi keledar mutahkir perlumbaan atau 'ultimate helmet track' dan dilengkapi dengan lubang udara logam dan spoiler 'biplano' yang diuji di terowong angin yang terbukti menstabilkan topi keledar itu pada kelajuan tinggi.

Cengkerangnya diperbuat dari serat karbon, dan direka dengan bukaan luas untuk penglihatan sekitar yang lebih baik dan lohong angin seperti sayap dibina di bahagian atas pelindung dagu topi keledar tersebut.



Cengkerang dan lapik dalamannya datang dalam empat saiz yang berbeza untuk kesesuaian yang sempurna dan kain pelapik dalaman helmet ini mendapat rawatan Sanitized, 2Dry dan Microsense untuk mengeringkan kelembapan ketika panas dan mengekalkan kesegaran bahagian dalaman topi keledar ini lebih lama.



Tetapi mungkin hakikat bahawa ia nya merupakan replika rekabentuk helmet Valentino Rossi yang lebih banyak menarik perhatian pembeli. Ia berharga agak tinggi hampir seribu Euro, tetapi nyata ianya sebuah helmet yang hebat. Dan sukar nak ditiru grafiknya.....

No comments: