Kini tiba masanya untuk separuh
kedua musim 2017 bagi cabaran Idemitsu Asia Talent Cup. Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia, merupakantempat seterusnya untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini buat kali kedua setelah pusingan pertengahan musim terdahulu. Litar MotoGP ini memberikan cabaran yang diperlukan penunggang muda Piala
Idemitsu Asia Talent peluang untuk mengenali salah satu litar yang
bakal dihadapi mereka yang ingin berlumba di pentas dunia.
Piala
Idemitsu Asia Talent akan dilangsungkan seiring acara Kejohanan Superbike Malaysia pusingan keempat, dengan dua lagi perlumbaan Sabtu-Ahad yang pasti mempamerkan aksi terbaik pencabar Piala di dua lurusan panjang memulakan dan mengakhiri setiap pusingan, dan aksi mencucuk angin atau slipstreaming juga akan memainkan peranan penting seiring kemahiran
lain yang diperlukan untuk berlumba dengan pelumba muda terbaik lain di benua Asia.
Cuaca juga kan mejadi pertimbangan utama di Malaysia dengan suhu yang membakar dan ancaman hujan yang seringkali mengubah percaturan pelumba.
Di puncak kedudukan keseluruhan untuk memasuki pusingan ke empat merupakan pelumba Jepun, Haruki Noguchi, yang memiliki
87 mata untuk memimpin rakan senegara Yuki Kunii di 85. Pelumba Turki Deniz
Öncü berada di tempat ketiga, setelah melakukan kemenangan ganda untuk pembuka musim di Buriram, dan akan teruja kembali ke
Malaysia untuk membuat satu lagi pungutan mata besar dan mencabar para
pemimpin sekali lagi, diikuti Ryusei Yamanaka dengan 70 mata.
Tidak terlalu jauh di belakang mereka merupakan harapan tempatan Azroy Anuar, yang akan mengetuai cabaran tuan rumah. Dia kini menduduki tangga kelima dengan 60 mata yang masih mampu memberikan harapan besar untuk ke tempat teratas.
Tahun lepas, kemenangan di Malaysia telah diraih Andi Farid dan Juara 2016 Somkiat Chantra. Kelas 2017 pasti akan menampilkan pemenang baharu. Ryusei
Yamanaka, Gerry Salim dan Can Öncü semuanya telah pernah berada di podium Sepang, begitu juga dengan Deniz
Öncü dan Yuki Kunii. Separuh kedua musim bermula sekarang, dan barangkali tiada tempat yang lebih sesuai untuk membuka pintu cabaran getir ini selain Sepang.
Nantikan aksi mereka hujung minggu ini 29 & 30 Julai 2017!
No comments:
Post a Comment