Siapa sangka akan dapat menemui harta Jepun pada era 60 tahun selepas
merdeka ini. namun khazanah yang dimaksudkan bukanlah harta karun atau
longgokan emas seperti yang mungkin telah diceritakan bapa atau datuk anda dahulu. Ia
nya merupakan himpunan ribuan basikal terpakai yang telah dibawa masuk
secara pukal untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan.
Basikal
basikal terpakai ini terdiri dari pelbagai jenis, daripada basikal
kanak kanak, BMX, basikal bandar atau city bikes, basikal elektrik, yang
beroda tiga, hinggalah ke basikal kruiser klasik dan chopper dari
Amerika Syarikat seperti yang berjenama Schwinn, Marina dan Southbay
Bicycles. Anda juga boleh menemui basikal dengan gear tangan dan juga
gear tengah seperti gear kereta yang pernah digunakan untuk basikal
chopper satu ketika dulu.
Harga basikal di sini adalah
mengkut jenis, keadaan dan juga aksesori. Basikal bandar tanpa gear
ditawarkan dalam lingkungan harga RM250, dan naik ke RM350 jika
dilengkapi sistem gear. Basikal lumba dan gunung (mountain bike) mungkin
mencecah harga RM700 hingga RM1,000, begitu juga jenis basikal klasik
kruiser.
Yang beroda tiga ditawarkan pada harga permulaan RM500 bagi
yang belum dibaikpulih dan mampu mencecah seribu ringgit bagi yang telah
dipulihkan lengkap dengan kesemua aksesorinya seperti bakul, gear dan
lampu, malahan anda boleh memilih untuk memasang bangku kanak kanak jika
mahu. Datang sendiri ke sana, selepas keluar di Tol Jawi, Pulau Pinang
dari hala lebuhraya Utara Selatan PLUS.
1 comment:
Boleh bg alamat lengkap tak
Post a Comment