Marquez kembali memimpin MotoGP

 Juara bertahan musim lepas sekali lagi menawan Litar Sachsenring untuk kemenangan lapan kali berturut-turut di sana. Marc Marquez (Repsol Honda Team) telah memenangi kesemua kemenangan ini dari petak pertama (pole position). Bagaimanapun, rookie Jerman, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) mendesak Juara bertahan itu di laman sendiri sepanjang perlumbaan itu dan akhirnya telah berjaya memperolehi podium pertama untuk dirinya. Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) menyempurnakan tangga terakhir podium untuk kembali dalam persaingan kejuaraan berikutan GP Belanda tiak begitu menggalakkan baginya.

Marquez memimpin memasuki selekoh pertama dari awal, dengan diekori rakan sepasukan Dani Pedrosa ketika Jorge Lorenzo (Ducati Team) melonjak dari P6 pada grid ke kedudukan ketiga setelah memintas Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Jonas Folger.
 Marquez dan Pedrosa mula memimpin di hadapan sambil Folger berusaha keras untuk menempatkan dirinya di kedudukan ketiga untuk mencabar kedua dua pelumba Repsol Honda yang mendahuluinya itu. Setelah memilih ketika yang sesuai dengan teliti, rookie Jerman itu kemudiannya berjaya memintas Pedrosa dan bersedia untuk menyerang Marquez pula.

Di belakang mereka, Petrucci meintas Lorenzo untuk menguasai tempat keempat, dan 'Doktor' Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) juga turut mendesak ke hadapan, manakala Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Petrucci kemudiannya bertarung untuk tempat keempat sementara Pedrosa di hadapan mereka mula ketinggalan dari Duo utama. Folger kemudiannya tersasar meluas sedikit dan Marquez mengambil peluang itu untuk menjarakkan diri, namun masih tidak dapat mengekang jauh pelumba muda Jerman itu.

Kedudukan ini berterusan ke akhir perlumbaan, dengan Marquez mendahului hanya +0.1 saat di setiap pusingan, diekori pelumba muda Jerman yang tidak langsung berputus asa. Menghadapi Juara bertahan yang mengejar kemenangan kelapan berturut-turutnya di litar tersebut, Folger tetap tenang walaupun di bawah tekanan yang luar biasa, mungkin kerana ini merupakan litar kampung halamannya. Namun akhirnya satu kesilapan kecil melihat Folger tersasar sedikit, dan Marquez telah meluaskan jurang di antara mereka dan akhirnya menyeberangi garisan untuk menang lebih tiga saat di hadapan.
 Folger membuat percaturan selamat di pusingan akhir untuk melepasi garisan di tempat kedua bagi podium kelas perdana pertamanya, melengkapkan persembahan luar biasa di perlumbaan laman sendiri. Dani Pedrosa menyempurnakan podium selepas tunggangan berseorangan tanpa cabaran di peringkat akhir, untuk pulih dari GP Belanda yang mengecewakan.

Kedudukan tempat keempat Rossi telah menghadapi serangan dari Dovizioso, yang turut disertai Viñales dan Alvaro Bautista (Pull & Bear Aspar Team). Selepas beberapa aksi yang menakjubkan, Viñales akhirnya berjaya menawan P4, diikuti rakan sepasukannya Rossi untuk melengkapkan kedudukan lima teratas.

Bautista berjaya merangkul P6 selepas membuktikan kemampuannya dalam pertarungan dengan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) yan melepasi garisan di tempat ketujuh untuk mengumpul mata yang baik untuk kilang Noale menjelang musim panas.

Dovizioso yang memimpin kejuaraan ketika perlumbaan ini bermula telah menyeberangi garisan di P8 dan namun berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) bangkit semula di perlumbaan ini untuk menduduki tempat kesembilan dari permulaan P19 di grid. Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan senarai sepuluh teratas.

Jorge Lorenzo menyeberangi garisan di P11 walaupun berada di kelompok hadapan di awal perlumbaan. Danilo Petrucci juga senasib dengannya, dan haya mampu menduduki tempat ke-12 dihadapan pasangan Red Bull KTM Factory Racing, iaitu Pol Espargaro dan Bradley Smith. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) menylengkapkan senarai lima belas teratas.

Cuti musim panas kini berlangsung dan perlumbaan MotoGP akan hadir lagi berturut turut pada awal pada bulan Ogos kelak. Juara bertahan Marquez kini bertakhta selepas kemenangan GP Jermannya, mendahului lima mata dari pencabarnya Maverick Viñales. Dovizioso kini berada satu mata di belakang Viñales untuk menghadapi litar Brno dan Red Bull Ring. Rossi mengekori di tempat keempat, dengan hanya empat mata, manakala Pedrosa masih mampu menggugat pertarungan kejuaraan di tempat kelima.


Keputusan perlumbaan MotoGP
1 - Marc Márquez (SPA - Honda) 40'59.525
Rider Pasukan Bebas 1:
Pos 2 Jonas Folger (GER - Yamaha) + 3.310
-
3 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) 11.546
 

No comments: