Bila kali terakhir anda memeriksa rantai motosikal anda? Mungkin terlupa, dan sedar tak sedar dah berbulan tak periksa. Pun begitu, pengalaman juga mampu untuk memberi gambaran
keadaan rantaian dari masa ke masa dengan hanya melihatnya, dan juga dapat dirasakan sewaktu menunggang. Kadangkala kita melihat sesetengah penunggang secara bersahaja memeriksa ketegangan
dengan jari atau kasut mereka. Tidak kira apa yang diperhatikan, mereka
sebenarnya sedang menilai keadaan motosikal mereka. Jika anda mempunyai
sebarang kemusykilan mengenai keadaan rantai anda, apa yang anda
perlukan lakukan adalah hanya sekadar menghabiskan 10 saat untuk
memeriksanya dengan mata kasar anda.
Bergris atau banyak kotoran melekat? Anda perlu membersihkan dan melincirkannya. Karat yang kelihatan? Bersih dan lincirkan/minyakkan. Katakanlah anda dapati ia nya kendur dan anda perlu mengetatkan rantai agak lebih kerap daripada biasa. Mungkin ia menghampiri akhir hayatnya. Tanda-tanda lain adalah kehausan bahagian dalam plat yang biasanya memberi isyarat bahawa rantai telah lari daripada jajarannya. Periksa kehausan yang sepadan di tepi gigi gegancu (sprocket). Anda mahu rantai anda untuk kelihatan kemas kedudukannya di atas gegancu. Tiada ruang yang kelihatan antara gigi gegancu dan rantai.
Periksa gigi gegancu. Ianya tidak seharusnya kelihatan terlalu haus. Tarik rantai di sebelah hujung gegancu belakang. Rantai yang baharu seharusnya muat pada gugu dengan kemas dan hampir tidak akan bergerak jika digoyang. Jika anda boleh menariknya untuk mendedahkan setengah gigi gegancu atau lebih, anda perlu menggantikan rantai.
Anda boleh melaksanakan tugas ini hanya dengan menghabiskan beberapa saat apabila anda memeriksa tekanan tayar sebelum menunggang, atau ketika membasuh motosikal anda. Mudah saja, kan?
Ambil masa. Jaga motosikal anda, dan ia akan menjaga anda.
No comments:
Post a Comment