Toyota Vios Sports Edition


 UMW Toyota Motor akan menawarkan versi istimewa yang dikenali sebagai Toyota Vios Sports Edition tidak lama lagi, bagi peminat dan peminat Vios yang inginkan kereta Vios yang lebih sporty. Vios Sports Edition  ini diilhamkan dari kereta perlumbaan TGR Vios Challenge, dengan penampilan yang hampir sama tetapi boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya.

Aerokit sukan dengan spoiler belakang dan roda aloi yang dicat hitam memberikan rupa yang menggamit pandangan manakala garis-garis nyata di sekeliling badannya sama dengan kereta perlumbaan. Dan oleh kerana ia nya ditawarkan khusus oleh pengeluarnya iaitu Toyota, anda tak perlu risau akan disaman JPJ kerana menggunakan stiker atau warna yang lain dari warna asal!

Vios Sports Edition juga menjanjikan pengendalian yang lebih tangkas dengan gantungan sports. Pusat graviti kereta diturunkan sehingga 27mm agar ia duduk lebih rendah di jalan raya. Ini mengurangkan olengan badan kereta semasa membelok lantas meningkatkan kestabilannya.

Imej sporty juga terbukti di dalam kereta dengan reka bentuk eksklusif di tempat duduk kain bergaya sports. Reka bentuk dengan lambang edisi Sports juga digunakan untuk pelapik permaidani eksklusif. Tombol gear juga merupakan jenis sporty dan jenang pintu diterangi dengan pencahayaan kuning disamping melindungi badan kereta disamping melengkapkan imej sportynya. Pencahayaan kuning juga disediakan di ruang kaki depan untuk meningkatkan pengalaman gaya sporty.


Dengan harga RM85,300 (tanpa insurans), Vios Sports Edition didatangkan berserta jaminan selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had yang tertakluk kepada Terma dan Syarat. Di samping itu, pemilik baharu kereta ini akan turut menerima barang dagangan edisi sports percuma yang terdiri daripada baju polo TGR, topi dan bekas air peribadi yang memaparkan nama mereka.

Tempahan boleh dibuat sekarang di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi pameran, sila layari www.toyota.com.my.

No comments: