Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia telah dibuka secara rasmi oleh Vilkswagen Passenggers Cars Malaysia (VCPM). Akademi ini terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, dan berkeluasan 14,117 kaki persegi,serta dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.
Seramai 150 orang pelatih mampu ditempatkan di akademi itu setiap hari bagi menjalani program-program yang intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi. Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.
Terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC) untuk keperluan latihan khidmay selepas jualan. Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pelarasan lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan. Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan. Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serba guna dan enam bilik belajar.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa Akademi Automotif Volkswagen adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan para pengedarnya.
No comments:
Post a Comment