Malaysia akan diwakili oleh Mohd
Apis bin Sagimin dalam Pasukan Asia Tenggara untuk menghadapi cabaran
motosikal enduro terbesar di dunia di Mongolia pada tahun 2018 kelak. Pusingan Kelayakan BMW Motorrad
GS Trophy Asia Tenggara 2017 yang berlangsung di Malaysia baru-baru ini menyaksikan beliau menempah tempat untuk mewakili
Malaysia untuk bersaing dalam
cabaran BMW Motorrad International GS Trophy edisi keenam di Mongolia tahun hadapan.
Sesi pemilihan selama dua hari yang berlangsungbaru baru ini menyaksikan seramai
36 orang peserta melalui 11 halangan yang menguji pengetahuan mereka
tentang model-model BMW Motorrad serta mencabar keupayaan tunggangan enduro di
laluan tak berturap. Cabaran tersebut merangkumi navigasi, tunggangan
lasak, cabaran ketika menunggang dan tidak menunggang, menunggang dengan
mata tertutup, orientasi, membaiki tayar dan tiub, latihan dan cabaran kumpulan,
cabaran kecergasan, ujian kawalan klac serta ujian ‘pengisar kopi’.
Cabaran itu bertujuan mengenalpasti
penunggang yang mempunyai pengetahuan dan stamina untuk beraksi di pusingan
seterusnya. Malah ia juga mendorong peserta ke tahap tertinggi fizikal dan mental
mereka. Sebaik hari pertama berakhir, hanya sepuluh orang peserta
disenarai pendek untuk cabaran hari kedua.
Pada hari kedua, sepuluh orang
peserta yang disenarai pendek itu diberikan model BMW R 1200 GS Adventure yang
telah disediakan khas. Mereka perlu mengharung 12 cabaran yang merangkumi
mengimbang motosikal, garaj, mengharung air, berhenti secara mengejut, menaiki
bukit, slalom, menunggang di atas pasir, paip, berhenti ketika menuruni bukit, berhenti sepenuhnya di atas bukit dan sendeng. Beberapa orang peserta
menunjukkan tanda keletihan, sementara yang lain terus menyahut cabaran dan
medesak diri ke tahap maksimum.
Akhirnya, Mohd Apis Bin Sagimin
muncul sebagai juara keseluruhan manakala tempat kedua dan ketiga diduduki oleh
Ghazi Fawwaz Bin Md Arif and Wan Harith Taqiyuddin Bin Wan Deraman. Mohd Apis
akan menjadi wakil para penunggang BMW Motorrad ke Mongolia tahun depan dalam
acara BMW Motorrad International GS Trophy 2018 kali ke-6.
Sebagai tambahan, Khaizatul Akmar
Binti Zabidin yang merupakan satu-satunya peserta wanita dari Malaysia akan
pergi ke Thailand pada 1 hingga 3 September untuk satu lagi pusingan cabaran
dalam kategori wanita. Beliau akan mewakili satu pasukan wanita ke acara BMW
Motorrad International GS Trophy di Mongolia tahun depan. Khaizatul sudah biasa dengan cabaran
sukar yang bakal dihadapainya memandangkan beliau pernah mengambil
bahagian dalam acara sama tahun lalu. Penyertaan dalam pusingan kelayakan di Malaysia
nyata membuahkan hasil kerana berjaya menempah tempat untuk bersaing di
Thailand.
Pusingan kelayakan di Malaysia
turut menampilkan enam peserta dari Singapura dengan tiga daripadanya disenarai
pendek untuk meneruskan saingan di Thailand, serta menempah slot terakhir
bersama Pasukan Asia Tenggara dalam BMW Motorrad International GS Trophy kali
ke-6 di Mongolia pada tahun 2018.
Maklumat lanjut mengenai Pusingan
Kelayakan BMW Motorrad GS Trophy 2017 Asia Tenggara boleh didapati dengan melayari laman web: http://www.bmw-motorrad.com.my/gstrophy.
No comments:
Post a Comment