Tayar motosikal ContiRoadAttack 3 baharu telah mencatat kemenangan ujian buat kali kedua dalam masa tiga bulan sahaja. Penguji dari majalah motosikal PS telah membandingkan enam pasang tayar tayar sports berlainan jenama bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17 di sekitar trek ujian menggunakan motosikal Suzuki GSX-S 750.
ContiRoadAttack 3 dari Continental telah merangkul markah paling banyak iaitu 277 markah dari jumlah 300 keseluruhan. Ujian ini merangkumi jalan berturap kering dan juga basah, dengan perhatian khusus kepada pretasi tayar ketika masih sejuk, pengendalian, ketepatan, kestabilan, cengkaman, julat kebolehgunaan, kecepatan pembetulan dan juga maklum balas tayar. Penurunan kelajuan dalam keadaan basah juga didokumentasikan secara terperinci dan dinilai.
Hasil perbandingan di antara kesemua tayar yang diuji adalah begitu hampir, tetapi dalam beberapa ujian, ContiRoadAttack 3 telah mencatat keputusan yang baik dan ini membolehkannya meraih kemenangan keseluruhan. Seperti yang dijangkakan, penghakiman akhir dari penulis ujian adalah positif: "Sebuah tayar serba guna yang memenuhi gaya menunggang sporty. Tayar pesaing lain tidak mampu menandinginya dari segi ketepatan, kestabilan, cengkaman mahupun maklum balas."
Kejayaan mengungguli ujian kedua sejak pengenalannya pada Mac tahun ini bermakna bahawa tayar ini sekali lagi membuktikan kualiti hebatnya sebagai tayar sports yang sangat baik. Tidak lama selepas pelancarannya dahulu, tayar motosikal baharu Continental ContiRoadAttack 3 ini telah mencatatkan kemenangan ujian pertama dalam ujian majalah motosikal Jerman, MOTORRAD menguji enam tayar tayar sports dalam saiz 120/70 ZR 17 (depan) dan 180/55 ZR 17 (belakang) dalam isu 12/2017. Hasil ujian ini meletakkan tayar baharu dari Korbach itu di tempat pertama.
Kriteria penilaian utama termasuk pengendalian, tingkah laku pada tahap tinggi dan dalam keadaan basah, cengkaman semasa pecutan dan pada kedudukan sudut sendeng, ketepatan pengemudian, pembelokan dan kestabilan garis lurus. Continental telah dapat meningkatkan ciri-ciri positif siri tayar sekali lagi, terutamanya dalam keadaan basah. Oleh itu, tayar baharu dapat meneruskan kisah kejayaan pemenang ujian Continental sebelum ini. Para penguji telah teruja dengan teknologi canggih tayar baharu in yang menggabungkan teknologi eksklusif Continental seperti MultiGrip, TractionSkin, ZeroDegree, RainGrip dan EasyHandling.
Kualiti ContiRoadAttack 3 amat mengagumkan para penguji: "Conti seringkali menghasilkan tayar tayar yang sangat sporty untuk jalan raya negara dan kami telah sentiasa mengeyorkan pembelian tayar ini untuk kegunaan penunggang motosikal. ContiRoadAttack 3 ini juga tidak terkecuali. Pada masa yang sama mereka telah mengolah semula prestasi basah tayar baharu yang bukan sahaja menobatkannya sebagai raja jalan negara yang disahkan oleh ujian tahun 2017."
Maklumat lanjut dan siz tayar boleh didapati di sini.
No comments:
Post a Comment