GP British penuh drama ditakluk 'DesmoDovi'

 Pencabar Kejohanan Andrea Dovizioso (Ducati Team) mempamerkan aksi hebat sekali lagi unuk menjadi pelumba pertama yang memenangi empat perlumbaan musim ini di GP British. Beliau diikuti amat rapat oleh Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP), dengan pemimpin awal Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) melengkapkan podium dalam permulaan perlumbaan ke-300nya dalam kelas perdana. Kedudukan keseluruhan mengalami perubahan besar bilamana Marc Marquez (Repsol Honda Team) terpaksa bersara awal dari cabaran GP British ini.Juara Dunia Sembilan kali Rossi yang mula mula meningalkan garisan permulaan setelah melonjak ke hadapan dari tengah barisan hadapan dan membuka jarak di peringkat awal. 'Doktor' diikuti Marquez yang mengetuai lempat pelumba lain iaitu Cal Crutchlow (LCR Honda), Viñales, Jorge Lorenzo (Ducati Team) dan Dovizioso.
Tidak lama kemudian, Dovizioso memintas Lorenzo dan kumpulan itu mula menjarakkan diri. Percaturan berkelajuan tinggi berterusan di antara keempat mereka yang masih mampu menggugat Rossi, sehingga tiba-tiba kepulan asap memaksa Marquez keluar dari perlumbaan.

Baki empat pelumba mula mendesak Rossi dan akhirnya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan, Dovizioso melepasi rakan senegaranya, dengan diikuti pantas oleh Viñales. 'Doktor' berupaya mengejar tetapi mendapati kedua-duanya agak tak mampu dicabar lagi dengan pusingan akhir kian menghampiri.
Persaingan rapat disaksika ketika kedua-duanya mengepalai pusingan akhir Silverstone dan setelah mempamerkan tunggangan yang hampir sempurna, Dovizioso telah mampu mengekalkan kelebihannya untuk meraih kemenangannya yang keempat tahun ini. Viñales mengambil tempat kedua, dengan Rossi melengkapkan podium.

Cal Crutchlow mengekori, dan Lorenzo mempamerkan aksi perlumbaan yang hebat untuk melepasi garisan di tempat kelima - dan hanya 3.5 saat dari masa pemenang perlumbaan yang merupakan rakan sepasukannya. 'Spartan' mengatasi Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) di peringkat akhir untuk membuka jurang yang cukup besar dengan pelumba Perancis itu. Zarco menduduki P6, jauh di hadapan Dani Pedrosa (Repsol Honda Team).

Kini Misano menanti: litar halaman sendiri bagi ramai pelumba, termasuk Valentino Rossi dan pemimpin kedudukan keseluruhan baharu Andrea Dovizioso.

Keputusan MotoGP British
1 - Andrea Dovizioso (ITA - Ducati) 40'45.496
2 - Maverick Viñales (SPA - Yamaha) +0.114
3 - Valentino Rossi (ITA - Yamaha) + 0.749

Pelumba Pasukan Bebas 1:
P 4 Cal Crutchlow (GBR - Honda) + 1.679



No comments: