Kemalangan nyata bukanlah sesuatu yang kita inginkan. Tiada siapa yang dapat lari dari hakikat ini, dan menghadapi kemalangan adalah lumrah hidup terutama sekali bagi menunggang. Namun begitu, jatuh motor mampu membuatkan kita hilang keyakinan dan kurangan bersemangat untuk meneruskannya, terutama sekali selepas mengalaminya kali pertama, ataupun baru pulih dari kemalangan yang agak teruk dan membuatkan anda gayat untuk menunggang semula, apatah lagi membonceng.
Penderitaan fizikal dan mental yang dialami selepas kemalangan memang mengganggu, namun begitu apa yang diperlukan adalah untuk mendapatkan kekuatan untuk kembali menunggang.
Di sini kami paparkan antara langkah langkah langkah yang boleh diambil untuk membantu anda mendapatkan kembali kekuatan semangat untuk menunggang semula.
1. Ketahui penyebabnya
Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan setelah mengalami kemalangan ialah belajar dari kemalangan tersebut dan siasat mengapa ia berlaku. Sekiranya anda tahu mengapa ia berlaku, anda boleh mula membuat pembetulan untuk memastikan ia tidak berlaku lagi.
Dari situ, anda harus memberi tumpuan kepada pembetulan dan bukannya kesilapan. Jika kesilapan menguasai fikiran anda semasa anda menunggang, ia akan berterusan membuatkan anda berasa takut dan tidak selesa di atas motosikal dan akan menghilangkan keseronokan menunggang anda. Tumpukan pada langkah penyelesaian dan apabila anda dapat melakukannya dengan betul dan dapat menangani keadaan yang sama ketika anda kemalangan dengan baik, keyakinan anda akan mula datang semula.
2. Kembali menunggang dengan seberapa segera.
Semakin cepat anda menunggang semula setelah pulih dari kemalangan adalah lebih baik. Jangan beri peluang mainan perasaan anda yang mungkin dipengaruhi faktor luaran seperti kawan kawan. Semakin cepat anda menunggang semula, semakin mudah anda dapat menangani ketakutan anda.
3. Ambil masa anda untuk kembali beraksi.
Jangan mengharapkan untuk langsung nai ke atas motosikal dan tunggang secepat sebelumnya. Luangkan masa anda dan bina kelajuan anda perlahan-lahan dan jangan merasa sedih jika anda rasa anda tidak setangkas sebelum ini. Ia nya sesuatu yang dialami secara semula jadi oleh majoriti penunggang selepas kemalangan.
Ia akan mengambil masa, tetapi anda akan dapati bahawa kelajuan anda akan meningkat dengan baik jika anda menanganinya secara sabar. Letakkan satu matlamat yang mudah dicapai dan tanganinya secara berkadar, daripada cuba mengatasi semua perkara sekaligus.
4. Hanya sekadar tersilap
Sedari bahawa anda bukan penunggang yang tidak baik tetapi sekadar membuat kesilapan ketika kemalangan. Semua orang membuat kesilapan dalam semua bidang kehidupan dan itulah yang berlaku dalam kemalangan tersebut.
Jangan melihat kesilapan itu sebagai kecacatan peribadi, anda hanya melakukan sesuatu dengan cara yang terbukti tidak betul, jadi belajar darinya supaya anda dapat mencegahnya dari berulang. Buang semua kebimbangan kerana anda sebenarnya tidak perlu untuk memikirkannya lagi.
5. Cuba berlatih
Latihan sama ada dari kelas menunggang atau jurulatih peribadi merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan kembali keyakinan anda dengan menumpukan kepada aspek aspek yang mengganggu anda. Latihan benar-benar boleh menjadi salah satu perkara yang membantu anda bukan sahaja untuk mendapatkan kelajuan, tetapi juga meningkatkan tahap tunggangan yang telah anda capai sebelum ini.
Mengatasi fobia atau ketakutan setelah mengalami kemalangan jalanraya bukanlah mudah, terutamanya jika ia nya lebih daripada sekadar beberapa lebam di sana sini. Anda mungkin dapati bahawa anda telah kehilangan semangat untuk menunggang. Ia benar-benar sesuatu yang normal dan dengan mengambil langkah-langkah positif anda boleh dapat kembali keseronokkan dan keghairahan menunggang sepertimana dahulu.
Jangan berputus asa! Dengan kegigihan manusia dapat menangani masalah apa sekali pun, dan menangani ketakutan setelah kemalangan juga tidak terkecuali.
No comments:
Post a Comment