Tahun pertama kontrak baharu pada 2019 itu juga akan menandakan ulang tahuk ke-20 sejak litar tersebut menyertai kalendar MotoGP™ pada tahun 1999, dan tempat itu telah menjadi tuan rumah beberapa perlumbaan paling penting dalam era moden termasuk kemenangan kejuaraan musim lalu oleh Marc Marquez.
Terletak di antara lokasi semula jadi indah yang luas di daerah Kanto Utara, Jepun, litar Motegi ini terdiri daripada litar bujur 1.5 batu dan litar jalan raya sejauh 2.9 batu yang dibina mengikut piawaian antarabangsa. Ia dibina oleh Honda sebagai kemudahan litar ujian mutakhir pada bulan Ogos 1997, litar jalan taya itu menjadi tuan rumah kepada MotoGP pada tahun 2000 sementara litar bujur itu direka untuk memperkenalkan budaya sukan motorsport Amerika ke negara tersebut.
Twin Ring Motegi merupakan tarikan utama para peminat motorsports sepanjang tahun kerana ia juga merupakan di mana terletaknya Honda Collection Hall, sebuah muzium koleksi motosikal, kereta dan jentera perlumbaan dari keseluruhan era. Kompleks ini juga menempatkan sekolah keselamatan dan menunggang, trek tanah, go-kart, hotel, restoran, kedai dan dewan acara dan kini menggaji kira-kira 300 kakitangan.
Jepun merupakan negara tuan rumah kepada pasukan MotoGP™ Honda, Yamaha dan Suzuki, dan ini menjadikan negara itu sebagai pengeluar motosikal terbesar di dunia. Jepun juga mempunyai warisan perlumbaan motosikal yang kaya dan Litar Twin ring Motegi telah menjadi lokasi tetap kalendar MotoGP™ sejak ia mula menjadi tuan rumah pertama pada tahun 1999.
Grand Prix Jepun pertama diadakan pada tahun 1963 di litar Suzuka, dan 40 Grand Prix telah berlangsung di Negara Matahari Terbit itu sehingga 2017.
Susumu Yamashita, Presiden Mobilityland Corp dan CEO Dorna Carmelo Ezpeleta |
No comments:
Post a Comment